Kepada semua pembaca budiman, salam Aidilfitri saya ucapkan. Moga bertemu kembali nanti. Insya allah saya akan pulang beraya di Semenanjung pada malam ini. Doakan ye agar kami sekeluarga selamat pergi dan selamat kembali. Raya kali ni agak padat. Pagi esok, saya sekeluarga akan balik ke Kelantan. Then, raya keempat di Puchong. Dan raya kelima balik ke N. Sembilan. Raya kesepuluh, barulah kami sekeluarga kembali ke Bumi Kenyalang.
Orang kata, raya di Sarawak meriah. Saya tak pasti, apapun saya masih sempat melihat sendiri suasana di tempat baru ini, sekembalinya saya nanti dari Semenanjung. Buat teman dan taulan, terima kasih atas kunjungan dan ziarah pada setiap hari. Saya percaya bukan mudah untuk mengekalkan isi kandungan blog dan menarik minat pembaca sekalian. Masih jauh nak dibandingkan dengan ustaz zaharuddin, roslan sms, saifulislam, muhtarsuhaili dan lain-lain.
Apapun, saya cuba sedaya upaya menghidangkan maklumat terkini, penulisan ilmiah dan ulasan isu semasa supaya dapat sama-sama kita manfaatkan. Sekadar itu sahaja coretan buat kali ini. Moga kita kembali kepada fitrah asal seorang insan sesuai dengan makna eid al-Fitri. Jangan lupa pula kena puasa sunat 6 hari di bulan Syawal, moga kita terus istiqamah beribadah walaupun setelah berlalunya Ramadhan.
Maaf Zahir dan Batin dipohon dari kalian semua.
11 Oktober 2007, 29 Ramadhan 1428,
11.32 pagi, malaysia Timur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan