Isnin, 8 Oktober 2007

Iman yang lemah perlu diperkasa sebagaimana handset yang lemah baterinya perlu dicas

Perhatikan gambar di atas. Then, buka laman web yg tertera dan anda akan mendapati fakta yg sebenar tentang status sebenar Dr. Syeikh Muszapar Syukor, samada beliau adalah angkasawan atau hanya space flight participant (penumpang kapal angkasa)!
The Expedition 16 crew members pose for a portrait at the Johnson Space Center . From the left (front row) are Russia 's Federal Space Agency cosmonaut Yuri Malenchenko, flight engineer and Soyuz commander; astronaut Peggy Whitson, commander; and Malaysian spaceflight participant Sheikh Muzhaphar Shukor. From the left (back row) are European Space Agency (ESA) astronaut Læcopy;opold Eyharts, astronaut Garrett Reisman and astronaut Dan Tani, all flight engineers.

Picture and caption are from the Nasa website . Note that Sheikh Muzhaphar is referred to as "spaceflight participant" and not "astronaut" or "cosmonaut, as the other crew members are.


Alhamdulillah, sehingga 26 Ramadhan ini kita masih dipanjangkan umur. Di kala masih ada yang tidak berpuasa, masih ada yang terus-menerus melakukan maksiat, masih ada yang mencuaikan ibadah tarawih, masih ada yang meninggalkan terus al-Quran dalam diari hidup dan masih ada yang tidak menyebarkan maklumat yang benar!-maka kita bersyukur kerana masih diberikan kekuatan untuk melakukan yang sebaliknya!


Sebagai hamba Allah yang lemah, bukannya Nabi dan Rasul-iman kita terkadang bertambah dan terkadang berkurang. Bayangkan handset yang baterinya penuh-cakaplah 2-3 jam pun, nescaya kita masih boleh berbual tanpa sebarang masalah. Sebabnya, baterinya masih banyak-maka kekuatan untuk long term talk tiada masalah. Macamana pula kalau bateri handset itu lemah atau tinggal satu bar? Sudah tentu-percakapan kita terputus-putus.
Begitulah iman dalam diri kita. Kita rasa kita dah kuat, tapi sebenarnya kita masih lemah apabila amalan-amalan yang tidak baik yg telah saya nyatakan kita lakukan. Bagi saya, kalau seseorang itu tak berpuasa-dia dengan Allah. Cuaikan tarawih-dia menyesal nanti. Tak baca quran-diri sendiri yg rugi. Buat maksiat-segalanya akan dibentangkan kelak oleh CCTV Allah. Tapi bagaimana kalau menipu, membohong dll! Ini melibatkan manusia dengan manusia dan dia dengan Allah.
Saya nak kaitkan penipuan ini dengan fakta tentang angkasawan pertama negara. Kalau benar, ia bukan angkasawan-maklumkan yang benar, tidak perlu mengabui mata rakyat ! Apatah lagi ianya di dalam bulan Ramadhan! Bagaimana dengan pahala puasa kita ? Bukankah apabila seseorang berbohong semakin terhakis pahala puasanya? Maka, apalagi makna puasanya ketika itu?
Sebab itu saya katakan, iman apabila ianya lemah ia perlu diperkasa sebagaimana handset yang perlu dicas bateri semakin habis. Banyak penodaan iman masih berlaku pada bulan Ramadhan. 10 Oktober-lusa, "angkasawan kita" akan berangkat ke ISS. Kita doakan keselamatan mereka. Mereka mungkin tidak bersalah, tetapi yang bersalah ialah pihak yang menganjurkannya kerana tidak memaklumkan perkara yang benar. Kelak, akan dituntut di akhirat ! Duit golongan teramai habis dilaburkan atas nama ketidakbenaran yang licik! Moga Allah memberikan hidayah kepada pihak yang berkenaan!
8 Oktober 2007, 26 Rmadhan 1428,
9.22 pagi, Malaysia Timur.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya rasa saudara tersilap mentafsir 'Malaysian spaceflight participant' tu..actually maksud dia ialah 'peserta program angkasawan Malaysia'..
don't underestimate your own race...be proud of them..

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude