Jumaat, 14 September 2007

Ramadhan ; Antara 2 Zaman

Assalamualaikum buat semua pebaca budiman. Alhamdulillah kita telah berada di hari kedua Ramadhan. Berhemahlah dalam berbelanja. Umat Islam di Indonesia diuji lagi, kita juga tak terlepas dari gempa bumi yang berlaku sebanyak 3 kali dalam tempoh 2 hari. Mungkin ianya peringatan dari Allah agar manusia tidak leka.

Sekadar mengimbau nasyid tentang Ramadhan, teringat saya pada sebuah nasyid yang pernah disampaikan oleh The Zikr. Liriknya sangat bermakna dan membenarkan perbezaan yang berlaku antara 2 zaman ; generasi para Nabi, para sahabat dan salafussoleh terdahulu dengan umat Islam yang lalai dan leka di akhir zaman.

Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza
Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berasa di awal zaman
Ramadhan kami malang terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah nur al-Qur’an
Tapi malam kami muram berkabung dengkur

Mereka berlumba mengejar ma’rifat
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap taqwa
Jiwa kami gelap didera dosa
Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan Ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak bermaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga

Justeru, sangat jelas kita jauh ketinggalan berbanding mereka generasi terdahulu. Menjelang Ramadhan ini, diharap tiada berita palsu menjajah minda, tiada hiburan noda yang mengikis pahala, tiada perbuatan lagha yang sia-sia, tiada rancangan televisyen yang menjolok mata. Apa yang kita mohon kepada Allah Yang Maha Esa, agar terus istiqamah dengan amalan, yang menjamin kebahagiaan masa depan, di negara Akhirat yang dijanjikan.
14 September 2007, 2 Ramadhan 1428,
3.37 petang, Malaysia Timur

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude