Assalamualaikum kepada semua pembaca budiman. Alhamdulillah, akhirnya selama 2 hari, saya dan beberapa orang sahabat akhirnya melepasi suatu exam yang perlu kami ambil. Ternyata, walaupun exam tersebut boleh dibawa buku ke dalam dewan exam, ianya bukan begitu mudah. Perlukan kepakaran untuk menangkap maksud soalan yang dinyatakan dan barulah merujuk kepada perkara-perkara berkaitan yang ada di dalam buku.
Menjawab 10 soalan dalam masa 3 jam juga suatu cabaran besar. Namun berkat doa ahli keluarga dan sahabat-sahabat, maka saya alhamdulillah dapat menjawab yang pada perkiraan saya, Insya Allah saya boleh lulus dalam exam tersebut.
Berbalik kepada berita mutakhir, ada seorang kawan saya telah mendapat cahaya mata sulung di bulan Ramadan yang mulia. Alhamdulillah, moga dengan kelahiran tersebut dapat menceriakan keluarga mereka.
Sesungguhnya tugas mendidik anak-anak bukan mudah. Apatah di peringkat mereka hendak membesar, banyak ilmu yang perlu kita belajar sebagai ibu bapa. Peristiwa adik Norashila Jaafar yang melarikan diri dari rumah bersama 2 rakannya kerana merajuk dengan ayahnya yang telah memarahinya perlu direnung bersama. Apatah lagi, kita dikejutkan dengan penemuan mayat anak gadis berusia sekitar 6-9 tahun dalam keadaan yang cukup mengaibkan dan menyedihkan semalam. Semoga pembunuhnya dapat ditangkap.
Kita bimbang mutakhir ini, kejadian jenayah makin menjadi-jadi. Walaupun Ramadhan yang mulia menaungi kita sekarang, ternyata nafsu-nafsu jahat yang tidak terdidik itulah yang menjadi pelapis bagi iblis dan syaitan yang dirantai. Mari kita berdoa agar Allah selamatkan negara kita dari sebarang malapetaka seperti penyelewengan, rasuah, pecah amanah, jenayah dan juga bencana alam-Amin.
19 September 2007, 7 Ramadhan 2007,
2.40 petang, Malaysia Timur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan