Dr. Abdullah Nasih Ulwan di dalam bukunya al-Syabab al-Muslim fi Muwajihah al-Tahaddiyat(Generasi muda Islam dalam menghadapi cabaran globalisasi) telah menyatakan perkara-perkara berikut :
1) Musuh-musuh Islam samada di peringkat tempatan dan antarabangsa telah bergerak siang dan malam selepas keruntuhan Khilafah Islamiyyah dengan satu tujuan ; meruntuhkan aqidah Islam dari hati generasi Muda Islam.(Komentar – sebab itulah, apabila kita melihat situasi di Sabah dan Sarawak khususnya dan kebanyakan bandar-bandar besar di Semenanjung ; gerakan kristianisasi bergerak cergas. Justeru, para pendakwah Islam perlu lebih giat menyampaikan keindahan Islam kepada masyarakat non-muslim dan memperkukuh dakwah Islahiyyah di kalangan yang muslim. Pesanan Ustaz Fathi Yakan di dalam kitabnya Jundullah ; Thaqafatan wa Akhalqan -Tentera Allah ; Keilmuan dan Akhlak : 3 syarat untuk memastikan keberkesanan dakwah-1) Ikhlas 2) Sabar 3) Beramal dengan apa yang disampaikan.
2) Musuh-musuh Islam berusaha memadamkan jihad di jalan Allah di kalangan generasi. muda Islam. Natijahnya, apabila mereka telah berubah dari beriman dengan penuh keyakinan kepada keraguan, dari beramal kepada tawakkal semata-mata tanpa usaha, dari berakhlak kepada penyelewengan, maka ia menjadi makanan bagi pelahap yang ingin memadamkan sebarang usaha untuk menegakkan negara Islam yang berdaulat. (Komentar – kita di ambang sambutan kemerdekaan Negara yang ke-50. Dalam usaha melakukan persiapan oleh pihak pemerintah, saya sangat terkejut apabila ada konsert oleh artis luar negara di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 15 Ogos nanti. Melihat kepada klip video ringkasnya sahaja di TV3, sudah cukup memualkan saya. Saya tertanya-tanya apa kaitan Gwen Stefani yang menyanyi dengan aksi yang menghairahkan dengan usaha untuk mewujudkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia! Generasi muda Islam hilang fokus. Leka dengan hiburan yang sekian lama disogokkan sehingga hilang minat untuk membincangkan perkara-perkara yang serius, apalagi yang membabitkan kemaslahatan umat Islam di seluruh dunia!)
3) Kuasa-kuasa yang bergerak untuk melakukan serangan dari segenap sudut ke atas umat Islam ialah :
a) Kristian dan penjajahan
b) Komunis antarabangsa
c) Zionis antarabangsa (Freemason)
d) Golongan Salib yang dengki
e) Talibarut asing
Setiap satu dari kuasa ini mempunyai perancangan, penyusunan, uslub dan wasilah yang tersendiri di dalam usaha merosakkan generasi Muslim dan menghancurkan pemuda dan pemudinya, seterusnya menguasai negara-negara umat Islam.
(Komentar – Yang terkini, Amerika Syarikat telah membekalkan kelengkapan senjata kepada Israel bernilai 30 billion! Ini akan memudahkan Israel untuk terus membunuh umat Islam Palestin dan bersekongkol dengan pihak Fatah yang telah menafikan kemenangan HAMAS di dalam pilihanraya yang lepas. Semalam juga, Syria telah membantah tindakan Liga-liga Arab yang diketuai Setiausaha Agungnya ; Amr Mousa dari Mesir yang telah memutuskan, bahawa Liga-liga Arab bersetuju dengan tindakan Amerika Syarikat untuk menganjurkan pelan damai untuk Palestin dan Israel. Saya tambah terkejut apabila Raja Arab Saudi dengan bersahaja memeluk rapat dajal dunia-Bush sewaktu menonton Berita Dunia RTM 1 malam tadi. Mengapa kita masih tidak merenung kegagalan sekian banyak perjanjian damai antara Palestin dan Israel yang dianjurkan oleh US ; kononnya sebagai penganjur keamanan dunia! Jelas, umat Islam begitu mudah diperkotak-katikkan. Tadabburlah ayat Allah - Dan sekali-kali tidak akan redha ke atas engkau (Muhammad dan umat Islam) Yahudi dan Nasrani sehingga engkau mengikut jejak langkah (cara hidup,budaya dan agama) mereka.)
Sekian dulu, coretan untuk hari ini. Moga ia mendatangkan kebaikan kita bersama dan apa yang lebih penting, kita cakna dan prihtain dengan apa yang berlaku dalam suasana mutakhir ini yang sangat menggerunkan kita umat Islam amnya dan generasi muda Islam khususnya!
1 Ogos 2007, 17 Rejab 1428,
8.32 pagi, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan