Assalamualakium kepada semua pembaca budiman. Maaf kerana saya tak sempat mengupdate blog ni yang hampir seminggu lamanya. Kerana kesibukan tugas, update blog terpaksa diabaikan buat beberapa ketika.
Alhamdulillah, hari ini dapat saya mencoret seketika dalam ruangan yang bermakna ini. Semalam baru selesai berbengkel bagaimana untuk menjadi seorang fasilitator dan penyampai ucapan yang baik. Yang membentangkan kertas kerja ialah Dr. Mua'ti@Zamri bin Ahmad yang merupakan Timbalan Dekan , Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.
Ada 2 kertas kerja yang sangat berguna untuk kita semua-yang merasakan ingin melatih dirinya untuk menjadi fasilitator dan penyampai yang baik serta seorang daie ilallah.
Akhir kalam terimalah perkongsian ilmu dari beliau. Doakan saya dan rakan-rakan sekerja kerana kami akan ke Lawas pada esok hari sehingga Khamis.(Sekali lagi update blog terabai). Apapun, moga kita semua diberikan kekuatan semangat untuk terus membaca, menulis dan mendokumentasikan pengalaman, ilmu dan maklumat semasa yang kita peroleh demi kepentingan bersama! Wassalam.
9 Julai 2007, 24 Jamadil Akhir 1428,
1.23 petang, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan