Salam buat semua pembaca budiman. Hampir 3 hari menjalankan kursus di sebuah kampung di Sri Aman, agak memenatkan. Namun begitu, kepuasan di hati tetap ada. Berkongsi ilmu dengan mereka yang dahagkan pengisian, sememangnya suatu perkara yang sangat bermakna untuk saya.
Apatah lagi, kampung yang kami kunjungi itu, agak jauh dari pekan Sri Aman. Kelihatan wajah para ibu dan ayah yang sangat komited dalam kursus yang dianjurkan. Semuanya kerana satu matlamat;ingin menambah ilmu di dada.
Saya mengerti setelah menjelajah hampir seluruh bahagian di Sarawak-banyak pengalaman baru yang saya alami. Situasi di sini tidak sama dengan di Semenanjung. Di sana, kuliah di surau berjalan agak baik. Hampir setiap malam dipenuhi. Tetapi tidak di sini. Dengan persaingan gerakan Kristianisasi yang hebat dengan segala prasarana mereka, peranan untuk menyebarkan dakwah Islamiyyah agak mencabar di sini.
Saya teringat kata-kata seorang sahabat dari suku kaum Dayak Bidayuh. Katanya " Di sini, penghayatan agama di kalangan muslim masih kurang. Mereka mudah kembali kepada agama asal seperti Kristian ataupun animisme. Di Semenanjung, walaupun tak solat dan tak puasa, mereka tak begitu mudah untuk murtad."
Benar inilah realiti di sini. Sebab itu, bumi Malaysia Timur amat subur untuk gerakan dakwah. Apatah lagi, kekuatan untuk menguasai loghat Sarawak amat penting. Sebab itu Nabi saw pernah bersabda :"Kami diperintahkan untuk menyeru manusia dengan kadar kemampuan aqal mereka"(juga termasuk tahap pendidikan dan budaya mad'u).
Berbalik kepada tajuk utama di atas-saya amat sedih dengan kehilangan 6 wira negara yang terkorban dalam nahas Nuri di Gneting Sempah. Benar, ajal maut di tangan Tuhan. Namun begitu, waktu yang sama kita diajar untuk berikhtiar untuk menjaga keselamatan diri. Sebab itu, renungan buat TUDM dan Kabinet, Nuri telah beroperasi hampir 38 tahun. Saya teringat sewaktu menonton Buletin Utama TV3, ada seorang bekas juruterbang TUDM menyifatkan Nuri sebagai keranda terbang! Dan sepatutnya ia ditamatkan perkhidmatannya 15 tahun yang lalu! Lalu apa justifikasinya Nuri terus digunakan sehingga hari ini yang jelas mengundang pelbagai risiko?
Semoga ia menjadi iktibar bersama. Marilah kita menghadiahkan al-Fatihah untuk mereka. Agar roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.
20 Julai 2007, 5 Rejab 1428,
5.09 petang, Malaysia Timur
1 ulasan:
baru tadi diya menerima email yang disertakan dgn dua attachment.
Gambar klip tangisan salah seorg mangsa dalam helikopter NURI yang terhempas. Agak sebak saat melihat klip video dan membaca SMS yang disertakan di dalam email itu.
Catat Ulasan