Isnin, 16 Julai 2007

Isu Aurat Atlit Wanita Islam : Kenyataan Azalina bertentangan dengan Islam



Kita tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said berhubung dengan isu pemakaian tudung dan pakaian menutup aurat oleh para atlit negara.

Khaleejtimes online memetik laporan berita yang bersumberkan wawancara wartawan agensi berita antarabangsa, Reuters bersama Azalina pada selasa baru-baru ini berhubung isu ini dan menyebarkannya melalui laman web mereka.

Azalina ditanya berhubung dengan kebebasan pemakaian atlit yang beragama Islam dalam sukan-sukan seperti gimnastik dan acara renang atau kolam air.

Pada pandangan beliau pemakaian pakaian renang atau baju gimnas yang ketat dan menampakkan peha atlit wanita Islam tidak menjadi isu dikalangan rakyat Malaysia dan beliau berterima kasih kerana rakyat dinegara ini kononnya berfikiran terbuka terhadap perkara ini.

Setiap atlit yang beragama Islam bebas untuk memakai pakaian yang dipakai oleh mereka yang bukan Islam untuk bersukan.

Azalina yang juga ahli dan penyokong kuat Sisters in Islam memperjuangkan hak dan kebebasan wanita Islam untuk memilih jalan hidup dan aktiviti harian khususnya dalam aspek kesukanan.

Beliau juga bangga untuk menjadi contoh sebagai pemegang tali pinggang hitam dalam sukan Tae Kwan do yang tidak memakai tudung dan bagi beliau wanita Islam yang aktif bersukan dinegara ini khususnya mereka yang bertanding untuk mengharumkan negara tidak diwajibkan memakai tudung sebagai mencontohi dirinya.

Dan kita melihat bahawa aspek sukan yang dibawa oleh Azalina ini benar-benar menyimpang dari Islam dan menyebabkan wanita Islam dipandang sama sahaja dengan mereka yang bukan Islam.

Kita menggesa agar Azalina menarik balik kenyataan beliau dan berusaha memperbaiki imej atlit-atlit Islam dinegara ini. Kita amat malu apabila beliau sanggup mempermainkan hukum Allah demi survival Hak Asasi yang tidak jelas ini.
Kejayaan Ruqaya Al Ghasara dari Bahrain memenangi pingat emas dalam acara lumba lari 200 meter wanita di Sukan Asia tahun lalu sebenarnya sudah cukup untuk menjawab kritikan terhadap pemakaian tudung oleh atlit Islam yang kononnya dikatakan merencatkan kualiti persembahan mereka.

Perkara ini harus diteliti dan tidak dikesampingkan oleh Azalina. Sebagai pemimpin beliau harus memikirkan yang terbaik untuk rakyat dan atlit wanita Islam dan tidak memperlekehkan apa yang disuruh oleh Allah sebegini.

Imej pemimpin atlit Melayu Islam harus ditonjolkan dengan bijak kerana Islam tidak pernah menengelamkan imej dan keupayaan mana-mana umatnya dan telah banyak bukti yang kita telah lihat selama ini.
15 Julai 2007, 1 Rejab 1428,
1.00 petang, Malaysia Timur

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude