Assalamualaikum kepada semua pembaca budiman. Sekali lagi saya tertangguh dalam mengemaskini blog ini. Mungkin yang selalu mengunjungi blog ini, maaf yang saya pinta. Kekangan program, access internet dan kesibukan menyampaikan pengisian antara faktor utama blog ini tidak diupdate hampir 10 hari.
Kepada yang telah mengambil manfaat di atas disertasi yang dipaparkan, Alhamdulillah. Ingin saya jelaskan, segala bahan disertasi yang saya sertakan adalah bahan yang saya kumpul dari rakan-rakan sewaktu menyambung ijazah sarjana di UM pada tahun 2003-2007. Hasil karya saya yang sebenarnya adalah-1)Tafsir Ayat 180 Surah al-A'raf 2) Disertasi tentang Ustaz Musatafa Abd Rahman(Hadith 40) dan akan datang tesis master saya-Metodologi Ibn Qayyim al-Jawziyyah dalam Kitab al-Amthal fi al-Qur'an.
Alhamdulillah setelah hampir 3 tahun setengah saya menyiapkan pengajian sarjana-akhirnya saya akan menerima ijazah sarjana pada awal September nanti dalam majlis konvokesyen d UM. Pesanan saya, bagi yang ingin menyambung pengajian-ikhlas, disilin dan komitmen adalah faktort penting untuk menyudahkan pengajian kita. Kalau tidak ia hanya akan tinggal hangat hangat tahi ayam sahaja.
Berbalik kepada tajuk di atas, inilah soalan yang biasa saya ajukan pada hadirin yang mendengar pengisian saya. Kerap kali kita tertipu dan tersilau dengan kemewahan dunia. Akhirnya kita menjadi golongan yang tujuan hidupnya adalah untuk dunia semata-mata. 3 minggu lepas, ada seorang menteri di sini menyebutkan dengan jelas kebahagiaan tidak terletak pada kemewahan. Yang mejadikan saya agak terkejut ialah dia seorang yang bukan Islam. Nah, bagaimana kita yang muslim? Adakah nafsu masih menguasai diri kita untuk mengejar segala keindahan dunia yang sementara? Sebab itu saya tegaskan, kereta besar, rumah besar, tv besar, peti sejuk besar belum tentu menjamin kebahagiaan khususnya dalam rumahtangga sekiranya ia tidak dibajai dengan iman dan taqwa.
Guru mendisiplinkan murid
Kisah benar yang saya dapat dari Tan Sri Ainuddin Wahid(bekas NC UTM Skudai) bahawa arwah ayahnya pernah menghukum murid yang bising di dalam kelasnya dengan menggantungkan budak itu dengan kaki di atas dan kepala di bawah dan kemudian dibakar kemenyan di bawah kepalanya. Itu dulu dan tak pernah menjadi isu. Lalu apabila seorang guru di Sek Men Bawang Assan, Sibu merendam hampir 200 murid di dalam kolam kerana tiada yang mengaku membuang tuala wanita di dalam tandas-apa masalahnya? Ternyata, pelajar kini semakin manja dan puncanya ibu bapa yang terlalu percaya dengan anak mereka. Kalau tidak masakan seorang pelajar sanggup mencekik guruya di Kota Tinggi 2 hari lepas! Bagi para guru, teruskan usaha dalam mendisiplinkan anak murid anda dengan had yang ditetapkan kerana saya yakin andalah penyumbang jasa yang sangat besar kepada dunia pendidikan.
Ancaman kepada blogger yang menyentuh isu sensitif
Bagi saya berkatalah benar walaupun pahit. Berani kerana benar dan takut kerana salah. Apa yang penting kita menulis berdasarkan fact and figure. Justeru, para bloggers teruskan usaha anda menyampaikan kebenaran dan dakwah melalui penulisan! Firman Allah swt " Katakanlah (ya Muhammad) kebenaran itu pasti akan datang dan kebatilan pasti lenyap. Sesungguhnya kebatilan pasti lenyap".
Pilihanraya umum
Makin banyak telahan bila PRU akan diadakan. Yang terbaru, PM pun maklum masih tak dapat ilham lagi. Pelik ye, kalau di negara lain seperti di Turki dan Jepun, tarikh dimaklumkan awal supaya semua pihak boleh membuat persiapan. Inikah nilai demokrasi dalam negara kita?
Mengambil iktibar kemenangan Parti AKP dan kekalahan parti PM jepun -Abe;renunglah wahai rakyat Malaysia semua. Apa pilihan anda kelak? Pilihlah wakil rakyat dan kerajaan yang benar-benar memperjuangkan aspirasi rakyat marhaen teramai dan negara berkebajikan!
30 Julai 2007, 14 Rejab 1428,
12.45 tgh, Malaysia Timur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan