Rabu, 13 Jun 2007

Umat Islam Perlu Jatidiri Kukuh Hadapi 5S


Lihatlah gambar di atas. Ia menjadi bukti, tiada alasan bagi umat Islam meninggalkan solat. Sebagaimana sabda Nabi saw " Solat tiang agama. Barang siapa yang mendirikannya, maka sesungguhnya dia telah mendirikan agama, dan barangsiapa yang meninggalkannya, maka dia telah meruntuhkan agamanya".

Persoalannya, mutakhir ini ada segelintir umat Islam yang mencuaikan solat dengan pelbagai alasan. Allah telah berfirman " Sesungguhnya solat itu mencegah dari perkara keji dan munkar.."Namun begitu, masih ada yang tidak melaksanakan solat kerana kesibukan dalam mengejar dunia atau hal-hal yang remeh.

Pembaca yang budiman, tahukah kita semua-Yahudi dan Nasrani telah melancarkan 5S sekian lama untuk melemahkan pegangan agama umat Islam. 5S tersebut ialah :

1) Sex-Kini remaja Melayu Islam semakin biasa dengan seks bebas sebelum berkahwin.

2) Song-Kini banyak lagu-lagu lagha yang tidak membawa pendengarnya mengingati Allah

3) Sport-Diberikan alasan, jika tidak memakai seluar pendek maka pergerakan akan sukar. Bagaimana pula dengan Ruqaiyyah yang memenangi pingat emas Suka Asia 2006 dengan pakaian yang menutup aurat? Islam telah menawarkan pakej pakaian yang terbaik kepada umat manusia.

4)Screen-Semakin banyak lambakan vcd dan filem lucah di negara umat Islam

5)Smoke-Di Malaysia sahaja, hampir 3 billion dibelanjakan untuk rokok. Tahukah kita kebanyakan syarikat pembuat rokok terkemuka dunia adalah milik Yahudi seperti Salem dan sebagainya?

Justeru, Islam adalah penyelesai segala masalah dan Islam agama yang terbaik. Umat Islam perlu menunjukkan contoh dengan akhlak yang terpuji agar dengan asbab itu, non-muslim tertarik untuk mengenali Islam.

13 Jun 2007, 27 Jamadil Awal 1428,

8.07 pagi, Malaysia Timur





Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude