Inilah wajah kumpulan The Lima yang memenangi hadiah utama USD100,000 malam tadi dalam Gangstarz Final. Ucapan Allahu Akbar sebanyak 3 kali ucapan pertama yang terpacul dari mulut ketua kumpulan The Lima yang berasal dari Indonesia.
Seimbas lalu, baguslah lafaz Allahu Akbar disebut sebagai tanda kesyukuran. Namun begitu, sebagai seorang Muslim sejati kita tidak rela lafaz yag mulia dicampur adukkan dengan perbuatan maksiat. Lafaz Allahu Akbar setelah senggol-sengolan dengan Mas Idayu sebagai penyanyi undangan! Lafaz Allahu Akbar setalah cubit-cubitan dengannya? Lafaz Allahu Akbar setelah goyangan punggung yang membangkitkan keghairahan audien?
Ternyata TV3 tidak sensitif dengan isu ini. Kalau tidak, masakan mereka sanggup membiarkan perkara ini berlaku. Anak-anak muda yang menjadi die hard fan club akan menganggap itulah role model mereke. Setelah melakukan maksiat, boleh pula mengucapkan lafaz Allahu Akbar-Masya Allah. Moga Allah membukakan pintu hati mereka kerana sesungguhnya mereka tidak mengerti!
18 Jun 2007, 3 Jamadil Akhir 1428,
9.25 pagi, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan