Isnin, 29 Oktober 2007

Antara Kereta Sport Dengan Sebuah Al-Quran

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir> pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport> daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu> hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang> ternama...si ayah hanya tersenyum... si anak> bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya> begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi> miliknya.. > Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan> berkat kesungguhannya. .telah beroleh kejayaan yang> cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan... satu> hari...si ayah memanggil si anak ke bilik> bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil> menyatakan betapa bangga hati seorang bapa> sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup> cemerlang... si anak tersenyum puas...di ruang> matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang> selama ini menjadi idamannya itu... Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak,> menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan> cantik...si anak terkesima... sungguh.. .bukan itu> yg kuhajatkan.. . > dengan hati yang berat...kotak itu bertukar> tangan...matanya terarah kepada riak wajah> ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan;> seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang> bersarang dihatinya... .
Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang> membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa> makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn> cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di> muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa> dirinya dipermainkan. ..amarahnya membuak...nafsu> mudanya bergelojak.. . ayah sengaja mempermainkan> saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai> kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya.> .. sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya> nak...katanya. > keras...al-quran itu dihempaskan keatas meja> bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa> memberi walau sesa'at utk si ayah> bersuara...pakaiann ya disumbatkan ke dalam> beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah> ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping> ijazah yg dimilikinya. ... 10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang> yang berharta...punyai syarikat sendiri...dengan> isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...cukup> membahagiakan. ..namun hatinya tersentuh... Sudah 10> tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah> menjenguk ayahnya...sedang dia berkira2> sendiri...telefonny a berdering... dari peguam> ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan> mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak> diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg> berkaitan perwarisan harta...
Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar> bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhati> kan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm> hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila> mendapati diatas meja di bilik bacaannya... Al-quran> yang di hempaskannya masih lagi setia berada di> situ...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan> kepulangannya selama ini...perlahan2 langkahnya> menuju ke situ...mengambil al-quran itu..membelek2-> nya dengan penuh keharuan...tiba- tiba...jatuh> sesuatu dari Al-quran itu...segugus kunci...di muka> belakang Al-quran itu...sebuah sampul surat ternyata> diselotepkan disitu... Kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya.> ..nyata sekali...di dalam sampul surat> itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya...> dibeli pada hari konvokesyennya. .. Dengan bayaran> yg telah dilunaskan oleh si ayah...sepucuk> warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya> selama ini..hadiah teristimewa utk putera> kesayanganku. ...air mata si anak menitis> deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan> mula bertandang.. . > > Namun semuanya sudah terlambat... Sekadar renungan> bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah,> hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak> "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan> yg kita hajati?? > >

BEST EXPLANATIONS - THE EXISTANCE OF ALLAH

BEST EXPLANATIONS - THE EXISTANCE OF ALLAH MAN WENT TO A BARBERSHOP TO HAVE HIS HAIR CUT AND HISBEARD TRIMMED. AS THE BARBER BEGAN TO WORK, THEY BEGANTO HAVE A GOOD CONVERSATION. THEY TALKED ABOUT SO MANYTHINGS AND VARIOUS SUBJECTS. WHEN THEY EVENTUALLYTOUCHED ON THE SUBJECT OF ALLAH, THE BARBER SAID: "I DON'T BELIEVE THAT ALLAH EXISTS." "WHY DO YOU SAY THAT?" ASKED THE CUSTOMER. "WELL, YOU JUST HAVE TO GO OUT IN THE STREET TOREALIZE THAT ALLAH DOESN'T EXIST. TELL ME, IFALLAH EXISTS, WOULD THERE BE SO MANY SICK PEOPLE?WOULD THERE BE ABANDONED CHILDREN? IF ALLAH EXISTED,THERE WOULD BE NEITHER SUFFERING NOR PAIN.
I CAN'TIMAGINE A LOVING ALLAH WHO WOULD ALLOW ALL OF THESETHINGS."THE CUSTOMER THOUGHT FOR A MOMENT, BUT DIDN'T RESPONDBECAUSE HE DIDN'T WANT TO START AN ARGUMENT. THEBARBER FINISHED HIS JOB AND THE CUSTOMER LEFT THESHOP. JUST AFTER HE LEFT THE BARBERSHOP, HE SAW A MAN IN THESTREET WITH LONG, STRINGY, DIRTY HAIR AND AN UNTRIMMEDBEARD. HE LOOKED DIRTY AND UNKEMPT. THE CUSTOMERTURNED BACK AND ENTERED THE BARBER SHOP AGAIN AND HESAID TO THE BARBER: "YOU KNOW WHAT? BARBERS DO NOT EXIST." "HOW CAN YOU SAY THAT?" ASKED THE SURPRISED BARBER. "IAM HERE, AND I AM A BARBER. AND I JUST WORKED ONYOU!" "NO!" THE CUSTOMER EXCLAIMED. "BARBERS DON'T EXISTBECAUSE IFTHEY DID, THERE WOULD BE NO PEOPLE WITH DIRTY LONGHAIR AND UNTRIMMED BEARDS, LIKE THAT MAN OUTSIDE." "AH, BUT BARBERS DO EXIST! THAT'S WHAT HAPPENS WHENPEOPLE DO NOT COME TO ME.""EXACTLY!" AFFIRMED THE CUSTOMER. "THAT'S THE POINT!ALLAH, TOO, DOES EXIST! THAT'S WHAT HAPPENS WHENPEOPLE DO NOT GO TO HIM AND DON'T LOOK TO HIM FORHELP. THAT'S WHY THERE'S SO MUCH PAIN AND SUFFERING IN THE WORLD."

Jumaat, 26 Oktober 2007

Pengalaman Bersama al-Syahid Syeikh Ahmad Yasin


Subject: Pengalamanku Bersama Syeikh Ahmad Yassin Di Dalam Penjara Sumber: Oleh : Saamir Khuwairah (wartawan www.islam-online.net) yang telah menemuramah Ir. Farid Ziadah yang pernah mendiami sel penjara bersama as-syahid Syeikh Ahmad Yassin.



Ketika pihak rejim Zionis Israel memberikan peluang kepada tahanan HAMAS di penjara pusat Nablus untuk ditukarkan ke Kufr Yuna pada tahun 1994, Farid Ziadah , salah seorang aktivis HAMAS yang dipenjarakan oleh pihak rejim Zionis tidak melepaskan peluang tersebut. Ini kerana itulah sahaja peluangnya untuk bertemu dengan seorang individu yang hebat yang sentiasa beliau impikan untuk bertemu dengan individu tersebut. Ketika beliau ditemui untuk di wawancara di rumahnya di sebuah kampung yang bernama Madama di Selatan Nablus, beliau telah mengimbas kembali kenangannya bersama Syeikh Ahmad Yassin di penjara Kufr Yuna yang tidak dapat dilupakannya. Beliau telah menceritakan bagaimana sepanjang tempoh beliau bersama dengan Syeikh Yassin di dalam satu sel untuk berkhidmat kepada pejuang agung tersebut dan amat berbangga dengan tempoh yang beliau habiskan untuk khidmat tersebut. Ziadah menceritakan: Ianya semua bermula apabila para tahanan HAMAS diberikan peluang untuk berpindah ke penjara Kufr Yuna di mana Syeikh Yassin tinggal.




Saya tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk bertemu lebih dekat dengan Syeikh Yassin yang merupakan satu gambaran kepada mukjizat keimanan di zaman ini. Ziadah menambah lagi : Bukan hanya saya seorang sahaja yang berusaha untuk bertemu dengan Syeikh Yassin , malah ramai lagi yang terdiri daripada penyokong-penyokong dan murid- murid Syeikh turut meminta untuk bersama dengannya. Keadaan ini telah memaksa anggota- anggota HAMAS di penjara pusat Nablus untuk melakukan undi bagi memilih siapa yang layak untuk dipindahkan ke Kufr Yuna demi memberikan khidmat kepada Syeikh Yassin yang amat mereka sayangi. Ditakdirkan oleh Allah, Ziadah telah terpilih untuk tugas yang mulia tersebut. Program seharian Syeikh Ahmad Yassin di penjara Ziadah telah menceritakan hari-hari yang dipenuhi dengan kasih sayang, kerinduan, keimanan yang dilalui olehnya bersama dengan Syeikh Yassin dan juga keperitan yang dialaminya ketika berpisah dengan Syeikh tersebut, walaupun perpisahan tersebut adalah untuk pembebasannya dari penjara. Jika anda ingin memperkatakan tentang Syeikh Yassin, anda akan memperkatakan tentang program -program hidupnya yang padat, dan seolah-olah tubuhnya yang lemah itu bukanlah bekas untuk menampung ruh dan jiwanya yang besar dan aktif tersebut.




Beliau mengatakan : Beliau sentiasa bangun pada pukul 3 pagi untuk bertahajjud, membaca al-Quran sementara menantikan solat Subuh Al-Quran sentiasa menjadi teman karib Syeikh Ahmad Yassin. Waktu-waktu selepas solat Subuh beliau habiskan untuk bersama dengan tuhannya dengan membaca al-Quran. Waktu-waktu tersebut seolah- olah melupakan beliau terhadap kesempitan hidup beliau di penjara dan membuka keluasan rahmat Allah di hadapannya. Aktiviti tersebut berterusan sehinggalah pintu sel dibuka untuk para tahanan keluar untuk bertemu di antara satu dengan lain di dalam kawasan penjara. Waktu tersebut digunakan oleh Syeikh untuk mengambil udara segar dan bertemu dengan para tahanan yang lain. Ziadah dan juga rakan- rakan yang lain memapah Syeikh yang ingin bersama dengan para tahanan lain yang melakukan riadah. Ia menunjukkan seolah-olah Syeikh tidak mahu menyerah dengan lumpuh yang dihadapinya, dan seolah-olah beliau ingin membuktikan kepada pegawai-pegawai penjara bahawa beliau tetap bertenaga dan tidak akan menyerah kalah. Kami juga akan mengurut dan menggerak-gerakkan sendi-sendi Syeikh sebagai salah satu daripada rawatan terapi untuk tubuhnya yang lumpuh itu, dan kami bagai dapat merasakan darah yang mengalir itu terkandung di dalamnya semangat perjuangan yang tidak akan terpadam. Selepas itu kami akan masuk semula ke dalam sel, di mana Syeikh akan berwudhu dan bersolat dhuha, sambung beliau.




Perpustakaan yang intensif di dalam sel yang kecil .Selesai sahaja solat, Syeikh akan mengkhususkan waktunya untuk ilmu. Dia akan segera dibawa ke perpustakaan mininya yang intensif dengan pelbagai buku di dalam selnya yang kecil. Beliau tidak jemu menatapi helaian-helaian buku di perpustakaan tersebut demi menajamkan pemikirannya. Menurut Ziadah, beliau bukan hanya membaca, malah daya ingatannya yang kuat telah membolehkannya menghafal maklumat hatta isi kandungan buku-buku yang dibacanya. Beliau amat menggemari buku al-Bidayah wa al-Nihayah(buku sejarah Islam) karangan Ibnu Kathir yang mengandungi 20 jilid. Beliau juga sering meminta pembantu-pembantunya untuk menguji ingatan dan hafalannyaterhadap apa yang beliau dapat dari buku tersebut. Lebih menarik lagi,beliau ingatkan muka surat yang terkandung di dalamnya maklumat yang beliau telah baca. Selesai aktiviti keilmuan, beliau akan bersolat Zohor bersama dengan pembantu- pembantunya, dan akan tidur selepas itu selama sejam, dan apabila beliau bangkit dari tidurnya beliau akan menghabiskan waktu menonton rancangan berita televisyen, mendengar radio dan juga mendengar nasyid-nasyid Islami.





Beliau amat menggemari nasyid-nasyid Islami. Selepas aktiviti tersebut, Syeikh akan segera ke perpustakaannya kembali untuk membaca sehingga tiba waktu Asar. Selepas Asar beliau akan membaca al-Quran yang menjadi wirid hariannya. Selesai sahaja menghabiskan wirid-wirid tersebut, beliau akan makan bersama pembantu-pembantunya. Mereka hanya makan makanan yang mereka masak sendiri sahaja dan bukan yang disediakan oleh pihak penjara. Selepas itu mereka keluar bersama untuk beriadah. Waktu riadah mereka diasingkan daripada waktu riadah banduan-banduan jenayah, agar mereka tidak bertemu dan tidak diganggu.Syeikh akan kembali ke selnya untuk berwudhu dan mempersiapkan diri untuk solat Maghrib bersama dengan yang lain. Usai solat Maghrib mereka akan menunaikan solat sunat sambil menantikan waktu Isyak. Selesai solat Isyak, mereka akan bertadarrus dan menyemak hafalan al-Quran mereka bersama Syeikh.Tidak untuk bermalas-malasan dan membuang masa.Syeikh tidak sukakan keadaan santai dan bermalas-malasan pada waktu malam.Beliau juga tidak suka berjaga sehingga lewat malam. Beliau juga amatsedikit meminum teh dan tidak langsung meminum kopi. Biasanya mereka akan berehat- rehat sahaja sebelum tidur. Semangat Syeikh Ahmad Yassin membakar sehingga kini walaupun jasadnya hancur di mamah roket rejim Zionis. Beliau juga seorang yang amat mudah mesra dan suka bergurau, tetapi tidak berlebihan. Walaupun keluarganya tidak dapat menziarahinya selalu, namun beliau tidak pula merasakan kesedihan seperti kebanyakan banduan yang sentiasa merindukan ahli keluarga mereka.




Ziadah juga menceritakan bagaimana Syeikh menghidapi sakit perut dan telinganya dan sentiasa sabar menghadapinya. Telinganya juga tidak dapat mendengar dengan normal, malah para pembantunya sering memasangkan ear-phone untuk Syeikh mendengar televisyen. Rakan penjaraku Ziadah juga sempat menceritakan ketajaman pemikiran Syeikh Yassin dan juga keperibadiannya yang diwarnai dengan pelbagai warna politik, figur agamawan, figur intelek dan juga universalitinya. Ini semua membuatkan Syeikh mudah didampingi dan didekati oleh sesiapa sahaja. Beliau sempat menceritakan perihal gelas kecil milik Syeikh Ahmad Yassin yang kelihatan agak lama digunakan olehnya. Bila beliau menawarkan untuk menggantikannya dengan yang baru, Syeikh segera menolak dan mengatakan gelas itulah temannya di penjara semenjak dahulu lagi. Syeikh juga mengatakan saiz gelas itu sesuai untuknya menyukat bilangan air yang diminumnya seharian.Apabila dibalas oleh Ziadah bahawa beliau akan menggantikanya dengan gelas yang baru yang sama saiz dengannya Syeikh segera menjawab : Apalah untungnya menggantikan sesuatu yang lama dengan yang baru jika yang lama masih lagi elok Perpisahan yang memeritkan Ketika Ziadah menceritakan saat perpisahan beliau dengan Syeikh, beliau tidak dapat mengawal emosinya, dan air matanya bagaikan empangan yang pecah tanpa dapat dihalang alirannya. Kata beliau , Ketika pengurusan penjara memberitahu bahawa saya akan dibebaskan setelah selesai menjalani dua pertiga dari tempoh tahanan saya, saya langsung tidak berminat untuk keluar sepertimana halnya banduan-banduan yang lain.





Saya merasakan keberadaan bersama Syeikh Yassin di dalam penjara lebih berharga buat diri saya, namun Syeikh memberikan semangat kepada saya untuk keluar dari penjara. Akhirnyasaya akur dan menurut perintah Syeikh lantas keluar meninggalkan penjara tersebut. Saat pengumuman pembebasannya oleh pihak mahkamah yang sepatutnya diserikan dengan perasaan kegembiraan bertukar kepada tangisan kesedihan kerana tidak sanggup menghadapi saat perpisahan dengan Syeikh Ahmad Yassin.Seminggu sebelum tarikh pembebasannya dia berazam untuk mengumpul sebanyak mungkin ilmu dari Syeikh, namun semuanya berkecai apabila dia diperintahkan untuk dibebaskan dengan segera. Beliau walaubagaimanapun enggan meninggalkan Syeikh selagi pihak penjara tidak menghantar pembantu baru untuk Syeikh.Apabila seorang pembantu baru yang didatangkan dari penjara lain dihantar kepada Syeikh Yassin, barulah dia dapat meninggalkan Syeikh tersebut. Saat perpisahan yang dilaluinya amat sedih dan pilu dan tidak mungkin beliau melupakannya. Dia masih terbayangkan bagaimana Syeikh Ahmad Yassin telah menyuruhnya pergi selepas beliau memeluk Syeikh dan tenggelam di dalam tangisannya. Susuk tubuh Syeikh melambaikan tangannya di lapang riadah masih terbayang di dalam kotak pemikirannya sehingga kini. Perpisahan kali pertama itu tidak akan dapat dilupakan sepertimana dia tidak melupakan perpisahan kali kedua apabila tubuh Syeikh Ahmad Yassin hancur dimamah roket tentera Israel. Syeikh yang kuat berpuasa Bukan hanya Ziadah seorang sahaja yang pernah berkhidmat untuk Syeikh Ahmad Yassin.






Sameeh Alawi, seorang anggota HAMAS dari Nablus juga pernah berkhidmat untuk Syeikh di dalam penjara selama 100 hari. Hari-hari bersama Syeikh Ahmad Yassin adalah saat-saat yang paling indah dalam hidupnya, walaupun sepanjang 100 hari tersebut mereka ditempatkan di dalam sel yang amat kecil yang tiada cahaya matahari dapat menerobos masuk ke dalamnya. Sameeh ketika menceritakan perihal Syeikh Ahmad Yassin telah mengatakan :Syeikh akan bangun pagi dua jam sebelum solat Subuh untuk menunaikan Qiyamullail. Di siang harinya pula beliau amat rajin berpuasa. Beliau tidak ketinggalan berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis. Beliau juga banyak menghabiskan waktunya untuk membaca al-Quran, dan mendengarnya bersama dengan para pemuda di penjara. Syeikh membaca 3 juzuk dalam sehari dan mendengar bacaan al-Quran sejuzuk sehari. Syeikh amat gemar membaca buku al-Bidayah wa al-Nihayah, mendengar berita dan juga menonton rancangan-rancangan agama di T.V. Menurut Alawi lagi : Para pemuda di penjara berlumba-lumba untuk berkhidmat kepada Syeikh. Mereka juga gemar mendengar kata-kata dan juga nasihat-nasihat Syeikh. Walaupun beliau tidak banyak bercakap, namun kata-katanya yang sedikit itu penuh dengan hikmah dan pengajaran. Antara mereka yang pernah berkhidmat untuk Syeikh Ahmad Yassin ketika beliaudi dalam penjara ialah Syeikh Diyaf al-Samur dari Ramallah, di mana Syeikh telah menulis surat kepadanya dengan menggunakan tulisan tangannya sendiri dengan penuh kepayahan. Ini kerana Syeikh amat sayangkan beliau. Antara yang lain juga ialah Syeikh Naaji Sinqrit dari Khalil (Hebron), Syeikh Sameeh Zainuddin, seorang akauntan dari Bait Lid berdekatan dengan bandar Netanya, Syeikh Nidhal Abu Saadah dari Bait Dujan, dan juga Ir. Farid Ziadah dari Madama.Hatta pegawai penjara pun sukakan Syeikh Yassin Syeikh bukan hanya disukai oleh para pemuda muslim yang bersama dengannya,yang lebih menarik lagi, para pegawai penjara Israel yang berketurunan Yahudi pun ada yang mengkagumi dan menyukai beliau.






Antaranya ialah salah seorang pegawai penjara yang merahsiakan namanya telah mengatakan : Saya tidak melihat apa-apa pun pada peribadi Syeikh Yassin yang menunjukkan beliau seorang pengganas. Saya merasakan ketenangan dan juga berasa senang sekali jika dapat mengawalnya, hatta apabila berdiri berdekatan dengannya pun. Inilah yang mungkin dapat dirasakan oleh para pemuda yang telah berkhidmat kepadanya Beliau menambah : Saya sentiasa mengikuti perkembangan beliau (Syeikh) di dalam penjara ketika beliau bersama rakan-rakanya. Dan saya dapat merasakan bahawa HAMAS akan mengamuk jika Syeikh ini diapa-apakan oleh sesiapa pun. Beliau adalah bapa spiritual kepada HAMAS!. (Kenyataan ini telah dinyatakan oleh pegawai berkenaan di dalam sebuah rancangan Talk Show di salah sebuahrangkaian Televisyen Israel pada malam Sabtu 3 / 4 / 2003). Note: sumber : maszlee malek"Anonymous writes "...sambungan #1Yassin diberkas buat pertama kali pada 1984 atas pemilikan senjata dan Bahan letupan secarah haram, tetapi dilepaskan setahun kemudian di mana selaepas itu beliau mula membentuk Hamas, nama yang menjadi akronim bagi "Pergerakan Penentangan Islam." Pada 1989, Sheikh Yassin ditangkap oleh Israel dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas tuduhan mengarahkan pembunuhan orang Palestin yang bekerjasama dengan Israel. Beliau akhirnya dibebaskan pada 1997sebagai pertukaran dengan 2 agen Israel yang ditangkap di Jordan atas cubaan membunuh seorang pemimpin Hamas, Khaled Meshaal. Hamas telah memberikan sumbangan berbentuk material melalui tabung kebajikan untuk sekolah-sekolah, klinik-klinik dan hospital yang Menyediakan perkhidmatan per*****a kepada keluarga yang terdesak.





Sejak penubuhannya pada 1987, Hamas telah melaksanakan serangan-serangan.Pemimpin baru Hamas, Khaled Meshaal berjaya mengelakkancubaan bunuh Israel yang besar terhadap Israel, menjadikan Zionis sebagai musuh paling utama. Hamas tidak mengiktiraf hak kewujudan Israel, sasaran jangka panjang mereka ialah pembentukan sebuah Negara Islam dengan sempadan-1948. Syeikh Yassin merupakan penentang utama terhadap Perjanjian Damai Oslo antara Israel dan Palestin,dimana beliau berkali-kali mengatakan bantahan pergerakannya terhadap sebarang pelan perdamaian Barat yang tidak menyatakan hak-hak penuh rakyat Palestin. Walaupun beliau cuba untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan pihak berkuasa Palestin (PA), terdapat beberapa cubaan untuk menyekat aktiviti beliau. Pada Dec 2001, seorang lelaki mati dalam Pada September 2003, askar Israel cuba membunuh Syeikh Yassin ketika berada di rumah salah seorang ahli Hamas. Syahid Yang Hidup - Kesan dan Prospek Kesan serta-merta selepas pembunuhan Syeikh Yassin adalah luahan Kemarahan seluruh dunia Islam serta perarakan tunjuk perasaan besar-besaran di jalanan di Negara Arab dan Islam. Pembunuhan itu berlaku hanya beberapa hari selepas bantahan antarabangsa dibuat sempena mengingati kempen setahun serangan US terhadap Iraq. Kejadian ini menyemarakkan lagi sentiment anti-US dan anti-Israel kerana marah dengan penjajahan US yang berterusan di Iraq. Lebih menarik lagi, US yang bersungguh-sungguh untuk mendirikan kerajaan pro-US di Iraq, dan memenangi hati dan fikiran orang awam di sana, mendapati tujuanmereka lebih sukar ekoran ribuan orang Iraq mengadakan tunjuk perasaan di jalan raya, mengkritik pembunuhan Yassin oleh Israel. Kemarahan orang Iraq terhadap pembunuhan Yassin bukan hanya meliputi puak Sunni sahaja. Ayatollah Ali Sistani, ulama besar Shiah dan orang paling berpengaruh di Iraq, menyeru umat Islam untuk bersatu menentang Israel, sementara Moqtada al Sadri, ulama Shiah yang lebih militant menawarkan kepada orang Palestin "sokongan moral dan fizikal."





Dalam suasana yang tegang ini, US yang dianggap sebagai dalang di sebalik tindakan Israel, telah menaikkan kemarahan orang Iraq lalu menyukarkan keadaan askar dan pegawai US di Iraq. Secara dalaman pula, kesan atas pembunuhan Yassin adalah peningkatan kekuatan dan pengaruh Hamas di jalan raya Palestin, berkurangnya peranan pihak berkuasa Palestin (PA) selepas PA dilihat gagal dan tidak bersungguh-sungguh dalam melindungi pemimpin pergerakan penentangan Palestin walaupun mempunyai banyak hubungan keselamatan dengan pertubuhan keselamatan antarabangsa. Sebagai akibatnya, PA akan sukar untuk menentang Hamas - tindakan mengumpul senjata, menangkap militant atau menghalang pelancaran roket berpandu Qassam akan menjadi tindakan politik yang berbahaya buat PA. Perkara lain yang mungkin berlaku akibat pembunuhan ini adalah Hamas yang kekurangan pemimpin berwibawa akan berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil secara berperingkat-peringkat, sepertimana yang berlaku pada IkhwanulMuslimin di Mesir selepas Sayyid Qutb digantung mati oleh Gamel Nasser. Kumpulan kecil itu selalunya akan membentuk ideologi mereka sendiri dan corak operasi mereka selalunya lebih radikal daripada pertubuhan asal mereka. Pergerakan penentangan Palestin selama ini mengelak sebarang jalinan dengan al-Qaeda. Walaubagaimanapun, Abdel Aziz al- Rantissi mengumumkan yang Hamas telah membuka account khas dengan Israel, mengaitkan pembunuhan Yassin sebagai pengisytiharan perang ke atas Islam. Ancaman al Rantissi akan menjadi kenyataan jika beberapa pemimpin Hamas bersetuju untuk mengadakan hubungan langsung dengan objektif dan serangan al Qaeda ke atas Israel, Yahudi dan Amerika.





Dalam apa-apa halpun, kesan yang pasti terjadi akibat pembunuhan ini Adalah Hamas akan menjadi lebih radikal. Perlu diingatkan tentang pembunuhan Ismail Abu Shanab oleh Israel pada musim panas 2003-pemimpin Hamas yang berkaliber dan pragmatic- telah menyebabkan Hamas menjadi lebih radikal. Manifestasi terbaru tentang keradikalan pergerakan itu merupakan pilihan AL-Rantissi-dianggap sebagai pemimpin Hamas paling radikal yang enggan menerima sebarang kompromi dengan Israel.Kesimpulan Pembunuhan Syeikh Ahmad Yassin tidak syak lagi merupakan titk tolakperubahan dalam pergolakan Arab-Israel dan konflik Barat-dunia Islam.Penjajahan ke atas tanah suci Islam, sokongan terhadap "ketua Negara Zalim yang berlagak baik" dan lagi pembunuhan seorang ikon Islam secara tidak berperikemanusiaan, sudah tentu menyemarakkan keradikalan di Timur Tengah dan menghentikan suara-suara yang menyeru kepada kesederhanaan. Bagi jutaan Muslim, Syeikh Yassin ialah symbol penentangan, ketakwaan dan pengorbanan diri. Lebih menarik lagi, penentangannya memberikan kesan berpanjangan kepada dunia Islam yang di mana menjangkaui keadaan fizikalnya yang lemah dan lumpuh. Mungkin pembunuhannya ini ialah seruan kepada seluruh umat Islam untuk bangkit daripada tidur nyenyak mereka. Semua harus mengingat kembali bagaimana pembunuhan Syeikh Abdullah Azzam di Peshawar, Pakistan pada 1989, menyebabkan Arab-Afghan menjadi radikal serta penubuhan al-Qaeda. Sesungguhnya, syahid yang hidup selalunya akan kembali menghantui penentang mereka yang zalim.




Kareem M. Kamel ialah seorang penulis bebas Mesir yang bertapak di Kaherah, Mesir. Beliau mempunyai ijazah sarjana dalam Hubungan Antarabangsa dan membuat pengkhususan dalam pengajian keselamatan, proses membuat keputusan, perang nuclear, politik Timur Tengah, dan politik Islam. Beliau sekarang menjadi pembantu di Jabatan Sains Kemanusiaan di Universiti Amerikan di Kaherah.

Aktivis Dakwah ; Bersaudaralah !



'Maafkan saya kak, saya dah tak mampu nak join kawan-kawan lain, ikut program lagi. Saya nak.' Husna mengeluh panjang dan berat, sambil menahan gejolak hatinya yang kencang. Berat sekali untuk meneruskan kata-kata yang hendak ia ucapkan buat murabbinya. Tapi di waktu lain, dia benar-benar merasakan dia tak mampu untuk bersama-sama dengan jemaah dakwah yang ia sertai selama ini.Fikiran Husna menerawang jauh mengenangkan detik-detik awal dia memasuki dunia dakwah. Husna akui bahawa tarbiyahnya yang selama ini dia ikuti memberi impak yang sangat besar kepada pembentukan peribadinya. Dia mampu mengenakan busana muslimah secara sempurna kerana tarbiyahnya dan dia juga temukan keindahan ukhuwah dengan tarbiyah, bahkan dia mampu 'bekerja' sekarang kerana tarbiyah.


Tapi saat ini, keindahan ukhuwah yang dulu pernah dia rasakan terasa begitu hambar. Kemesraan dan kecintaan yang dibina bersama teman-teman sehalaqah sudah mula memudar. Husna merasakan teman-temannya terlalu cepat berjalan dan dia tertinggal jauh. Mereka begitu sibuk dengan amanah dakwah masing-masing, sementara pada waktu yang sama dia berasa tenggelam, malas dan letih dengan semua itu. Dia pun tak tau mengapa. Dia ingin teman-temannya mengerti kelemahan jiwanya dan membantunya keluar daripada jeratan-jeratan maksiat yang menjadi asbab kepada kemunduran semangatnya.Namun ketika mahu dia luahkan pada mereka, dia lantas berasa sangat malu.


Teman-temannya asyik membincangkan masalah dakwah bersama murabbinya sehingga Husna tak sampai untuk mengucapkannya.'Ala.. masalah kecik je, diorang mesti rasa buang masa je untuk cerita' Begitu fikirnya. Akhirnya dia tenggelam keseorangan menelan permasalahannya sehinggalah dia mencari teman-teman di luar komuniti dakwahnya untuk sekadar melabuhkan masalah di hati.Fenomena di atas bukanlah sesuautu yang mustahil dalam putaran dakwah. Jatuh bangunnya aktivis dakwah dalam meniti jalan ini, fenomena futurnya iman serta berguguran jundi-jundi dakwah adalah biasa dalam perjuangan ini. Itu adalah sunnatullah. 'Imanu Yazid way an quz- Iman itu naik dan turun'.



Akan tetapi yang patut disesalkan adalah ketika berjatuhannya aktivis dakwah ini bukan kerana mereka tidak mahu bangun dan kembali bersama dakwah, tetapi kerana orang-orang yang disekelilingnya tidak mahu membantunya bangkit semula bahkan tidak peduli sama sekali kalau saudaranya sedang terjatuh. Inilah yang patut direnungi bersama.Kisah Husna adalah satu contoh. Kadang-kadang seorang murabbi itu merasakan bahawa anak-anak buahnya sangat bagus sekali, mendengar pengisian dengan teliti dan bersemangat, mencatat nota dengan rapi, kemudian pulang ke rumah masing-masing dengan aman. Tiada masalah. Padahal di sebalik penampilan yang bagus di hadapan murabbinya, ada jurang kemaksiatan yang dilakukan tanpa pengetahunnya. Anak buah seterusnya mahu mengundur diri dan merasa diri tidak standing dengan teman-teman halaqahnya.Kuncinya adalah berterus-terang.


Mutu sesebuah halaqah itu sangat bergantung kuat pada kualiti dialog yang dibina di dalam halaqah itu. Tidak mungkin dialog-dialog itu mampu berlaku dengan bestnya jika tidak adanya keterbukaan pada jiwa individu(afrod) yang ada didalam halaqah tersebut. Keterbukaan di sini adalah berterus terang dalam menyampaikan segala permasalahan walaupun sekecil manapun masalah itu. Jangan memandang enteng sesuatu masalah itu jika itu memang memerlukan penyelesaian.Bagi seorang murabbi tidak sebolehnya terlalu mempercayai bahawa ia telah memberikan banyak bahan dan terlalu yakin bahawa mad'unya telah menjadi kader-kader yang tidak mungkin jatuh tatkala ketika tersadung batu ujian.




Lihat sahaja kisah terbukaan Kaab bin Malik di perang Tabuk pada Rasulullah. Panglima besar Islam itu tidak mahu berperang hanya kerana malas! Namun dia bersimpuh di hadapan Rasulullah sambil berkata, 'wahai Rasulullah, andai aku berhadapan dengan selain engkau, aku yakin aku dapat mencari alasan, namun aku khuatir Allah akan membuatmu marah padaku dengan mengungkapkan kedustaan itu melalui wahyu."Apa yang ditonjolkan Kaab sudah cukup menjadi renungan kite semua akan erti keterbukaan, berterus terang dan kejujuran. Di sanalah kuncinya.Ketika seorang mad'u berterus terang akan kesalahannya, makan akan legalah hati, walaupun mungkin ianya memalukan. Di saat itulah motivasi rohani dari murabbi dan nasihat teman-teman harus segera diberikan untuk mengupgradekan langkah-langkah yang sudah tertinggal. Eratkan kembali ukhuwahSatu lagi perkara yang berperanan besar dalam menjaga stamina ruhiyah seorang afrod (individu) dalam tarbiyah adalah ukhuwah. Kadang-kadang kerana kesibukan yang mencengkam, hak-hak ukhuwah yang seharusnya kita berikan kepada saudara kita menjadi terabai. Maka wajarlah bila kita rasakan sewaktu berprogram, pertemuan rutin menjadi kering tanpa makna. Kosong. Perkara sebegini haruslah diatasi.




Sesibuk manapun aktiviti kita, hak-hak ukhuwah harus tetap kita berikan. Berwajah cerah ketika bertemu, saling berziarah sehingga kita tahu keadaan keluarganya, masalah yang sedang dihadapinya serta keadaan imannya. Cari masa untuk bermalam bersamanya agar dapat bertukar cerita sehingga kita boleh berempati ( empathy ) terhadap permasalahan saudara kita. Saling nasihat menasihati baik diminta ataupun tidak, saling bertukar-tukar hadiah dan saling mendoakan doa rabithah. Andai kesemua hak-hak ukhuwah tersebut kita tunaikan, akan menjadi tipislah kemungkinan untuk bergugurannya sahabat-sahabat kita di jalan dakwah, insyaAllah.Akhirnya saudaraku, tarbiyah itu unik. Di situ bukan sahaja sekadar perpindahan( transfer) ilmu dan bahan, tetapi adalah proses bagi setiap individu di dalamnya untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.Dan lebih dari itu, langkah-langkah ke arah menjadi lebih baik itulah yang menjadikan kita mengerti akan hakikat hidup berjemaah. Tarbiyah bukanlah segalan-galanya, namun segalanya-galanya bermula dari tarbiyah.

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude