Ahad, 30 September 2007
Antara kerakusan penguasa dan mujahadah pembela kebenaran
Sabtu, 29 September 2007
Penjara Sebagai Tarbiyyah Buat Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim al-Jawziyyah
Sehubungan dengan ini, Ibn Kathir menjelaskan bahawa pada hari Sabtu pertengahan bulan Sya‘ban tahun 726 H, ramai pengikut Ibn Taymiyyah termasuk Ibn Qayyim al-Jawziyyah ditangkap dan dimasukkan ke penjara Damsyik[3]. Sementara itu, Ibn Taymiyyah sendiri telah ditangkap dan dimasukkan ke penjara Damsyik pada hari Isnin, 16 Sya‘ban tahun 726 H[4]. Dan Ibn Qayyim al-Jawziyyah hanya dibebaskan dari penjara Damsyik selepas kematian Ibn Taymiyyah pada tahun 728 H[5].
Dari peristiwa penangkapan Ibn Qayyim al-Jawziyyah dan Ibn Taymiyyah tersebut, ada beberapa perkara yang dapat dianalisa dan diketengahkan, antaranya ialah:
a) Pertama
Dengan penangkapan Ibn Qayyim al-Jawziyyah dan Ibn Taymiyyah, menunjukkan bahawa pemerintah berpendapat mereka adalah orang-orang yang bahaya. Penangkapan dan penahanan tersebut sekurang-kurangnya memberi gambaran bahawa mereka berdua adalah berupaya mempengaruhi orang awam sehingga boleh membahayakan kedudukan kerajaan.
Pandangan dan penilaian pemerintah terhadap Ibn Qayyim al-Jawziyyah dan Ibn Taymiyyah adalah kerana keadaan pada ketika itu menunjukkan bahawa pemikiran orang awam sedang diselubungi oleh ketaksuban dan ketaqlidan yang membuta tuli[6]. Apa yang di takuti oleh pemerintah termasuk musuh-musuh Ibn Taymiyyah ialah andainya Ibn Taymiyyah dan Ibn Qayyim al-Jawziyyah dibiarkan bebas, keadaan ketaksuban dan ketaqlidan yang membuta tuli itu akan membawa kepada mata hati dan akal fikiran yang terbuka. Maka, sudah tentu keadaan demikian akan menyebabkan kedudukan pemerintah tergugat.
b) Kedua
Suasana penjara yang tidak kelam kabut dengan sifat dan ragam manusia, sekurang-kurangnya memberi peluang kepada Ibn Qayyim untuk mempelajari dan mendalami segala ilmu pengetahuan yang ada pada Ibn Taymiyyah. Suasana sebegini, nyata sukar ditemui oleh orang-orang seperti Ibn Taymiyyah dan juga Ibn Qayyim yang sentiasa berjuang untuk menegakkan kebenaran dan kemurnian Islam. Oleh sebab itu, Ibn Taymiyyah apabila diberitahu kepadanya pada hari Rabu 16 Sya‘ban tahun 726 H, bahawa beliau akan ditangkap dan akan dimasukkan pada hari tersebut ke penjara Damsyik, beliau merasa gembira dan senang hati[7], malah beliau berkata :
Begitu juga Ibn Qayyim, suasana penjara telah memberikan peluang kepada beliau untuk mendapatkan ketenangan dan kemantapan jiwa yang sebenar-benarnya.[9]
c) Ketiga
Suasana penjara yang dihadapi memberi peluang kepada Ibn Qayyim untuk mendekati, meneliti dan menilai watak dan kewibawaan gurunya iaitu Ibn Taymiyyah. Beliau dapat melihat bagaimana gurunya menghabiskan saki-baki umurnya yang penuh dengan perjuangan, yang tidak kenal penat. Bahkan, beliau juga dapat menyaksikan bagaimana gurunya membahagikan waktu di antara beribadat kepada Allah dan untuk membaca serta menulis. Malah, beliau juga melihat bagaimana hak gurunya untuk membaca dan menulis dirampas dengan sewenang-wenangnya[10].
Sementara itu, beliau juga melihat bagaimana pada hari Isnin, 9 Jamadil Akhir tahun 728 H, semua harta benda Ibn Taymiyyah yang berbentuk kitab-kitab, kertas-kertas, dakwat dan pena dirampas dari Ibn Taymiyyah dan dibawa keluar dari penjara Damsyik[11]. Dalam keadaan yang sebegitu buruk, Ibn Taymiyyah masih mampu berkata :
Kata-kata gurunya itu meresap ke dalam jiwanya, dan beliau dapat merasakan betapa gagah dan mantap jiwanya, serta semangat dan keimanannya yang semakin tinggi. Sekurang-kurangnya ini memberikan suatu rangsangan dan dorongan kepada beliau bagi meneruskan cita-cita dan matlamat mereka untuk membasmi ketaksuban dan ketaqlidan umat Islam.
Ternyata, ketiga-tiga perkara yang tersebut diatas membentuk suatu perhubungan yang dapat membentuk gaya dan sikap saling bantu-membantu, teguh-meneguh dalam menempuh segala beban perjuangan yang sehaluan antara mereka berdua selaku seorang murid dan seorang guru. Kesanggupan Ibn Qayyim untuk sentiasa berada di samping gurunya, sama ada pada waktu kesusahan atau pada waktu kesenangan dan kesediaannya di samping gurunya dalam menghadapi pelbagai rintangan, telah memberikan suatu keberkatan kepada kehidupan beliau[13]. Keberkatan itu secara kasar dapat dilihat apabila beliau mampu menghasilkan kira-kira 60 buah kitab semasa hayatnya.
2.9.2 Hubungan di antara seorang tokoh Ilmuan dengan seorang tokoh Ilmuan lain.
Walaupun hubungan di antara Ibn Qayyim dengan Ibn Taymiyyah sama ada semasa di luar penjara atau dalam penjara lebih banyak bersifat hubungan di antara seorang murid dengan seorang guru, namun di sebalik hubungan tersebut, tersirat suatu hubungan di antara seorang tokoh ilmuan dengan seorang tokoh ilmuan yang lain. Ini kerana mengikut Syarf al-Din, Ibn Qayyim tidak secara mutlak menerima semua pendapat gurunya dan tidak pula menolak kesemuanya.
Di antara Ibn Qayyim dengan Ibn Taymiyyah, wujud perbezaan watak keperibadian masing-masing. Ibn Taymiyyah bersifat ‘pemberontak’ kerana pendapat-pendapat yang dikeluarkannya sentiasa spontan dan jitu tanpa tunggu dan lihat terlebih dahulu. Manakala Ibn Qayyim pula berwatak tenang. Dengan ketenangan ini, beliau dapat meneliti dan menilai segala pendapat gurunya. Walau bagaimanapun, banyak pendapat gurunya yang diungkapkan kembali dalam karya-karya beliau seperti Madarij al-Salikin, Zad al-Ma‘ad dan Miftah Dar al-Sa‘adah.
Sesungguhnya di antara Ibn Qayyim dan Ibn Taymiyyah wujud suatu hubungan yang saling lengkap-melengkapi di antara satu dengan yang lain. Masing-masing ada mempunyai gaya dan sikap peribadi tersendiri, tetapi menuju ke arah yang satu ; iaitu mempertahankan kebenaran dan kemurnian Islam.
[1] al-Qunuji (1963), op.cit., h. 420.
[2] Ibid.
[3] Ibn Kathir (1994), op.cit., j.13-14, h. 123.
[4] Ibid.
[5] al-Qunuji (1963), op.cit., h. 420.
[6] Syarf al-Din (Dr.) (1967), op.cit., hlm. 103-104.
[7] Ibn Kathir (1994), op.cit., j. 13-14, h. 123.
[8] Ibid.
[9] al-Qunuji (1963), op.cit., h. 417.
[10] Ibn Kathir, op.cit, j. 13-14, h. 134.
[11] Ibid.
[12] Abi Abd ‘Allah Muhammad Ibn ‘Abd. al-Hadi (1938) ( tahqiq) Muhammad Al-Faqr, al-‘Uqud al-Durriyyah, Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, h. 367.
[13] al-Qunuji (1963), op.cit., hlm. 420.
Jumaat, 28 September 2007
Keinsafan di sebalik tirai besi (Penjara)
Salam sejahtera untuk semua pembaca budiman. Alhamdulillah, kita masih diberi kekuatan dan nikmat untuk terus menghirup udaraNya, berjalan di atas bumiNya, menikmati keindahan pemandangan ciptaanNya dan di antara nikmat yang sangat berharga juga ; kita berada di luar tirai besi – tidak terkurung di dalam sana, sebagaimana nasib sesetengah insan yang ditakdirkan untuk berada di sana.
Syukur saya kepada Allah, penyebaran mesej dakwah di bumi kenyalang ini masih dapat diteruskan. Pada waktu yang sama, saya berusaha memperbaiki kemahiran interpersonal dari sudut pergaulan, komunikasi dan belajar kelaka Sarawak. Sehingga kini beberapa tempat telah saya hadiri untuk memenuhi jemputan. Di antaranya ialah :
1) Masjid Muhajirin, Kuching.
2) Masjid Ihsan, Kuching
3) Masjid Politeknik, Kuching
4) Surau Institut Kemahiran Mara, Kuching
5) Kolej Telekom Cawangan Sarawak
6) Jabatan Pendaftaran Negara Sarawak
7) Ibu Pejabat Kastam Sarawak
8) INTAN Sarawak
9) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Cawangan Sarawak
10) Pusat Serenti Kuching
11) Penjara Pusat Kuching
12) Jabatan Agama Islam Sarawak Bhgn Kapit
13) Masjid Syakirin, Bintulu
14) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Miri
15) Agensi Anti Dadah Kebangsaan Sibu (Program di Sarikei)
16) Institut Pengajian Tu Abdul Razak, Kota Samarahan
17) Kg Sungai Apin, Simunjan
18) Kg. Hulu Lingga, Sri Aman
19) Kakitangan awam di pekan Lawas (sempadan Brunei)
20) Sekolah Kebangsaan Telaga Air, Kuching
21) Kakitangan awam di pekan Sibu
22) Taman Seri Puteri, Telaga Air Kuching (di bawah KEMAS)
Sesungguhnya besar nikmat Allah buat saya dan teman-teman di sini. Dalam masa 8 bulan saya berada di sini, itulah tempat-tempat yang telah saya jejaki atas satu mesej ; menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat di sini. Lupakan soal persepsi bahawa kita akan ada krisis dengan mereka kerana kita orang Semenanjung atau orang Malaya. Kalau kena gaya dan caranya, Insya Allah mereka sambut kita dengan mesra dan sangat menghormati tetamu.(Sebab itu, kalau raya di sebulan-kalah kita di Semenanjung).
Apapun bagi saya, ia merupakan pengalaman yang sangat berharga. Walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga di Semenanjung, saya anggap ianya sebagai cabaran. Sesungguhnya jalan dakwah bukan mudah, bahkan akan bertemu dengan 1001 ujian dan mehnah. Bukan mudah untuk menyatakan kebenaran kerana ia menuntut keberanian! Dan bukan mudah menjadi seorang yang berani, kalau diri tidak dilengkapi dengan kekuatan dalaman, yang ditunjangi amalan wirid al-Ma’thurat yang konsisten, dan hubungan yang rapat dengan al-Khaliq. Saya berdoa kepada Allah agar terus diberi kekuatan untuk menyampaikan dakwah dengan baki umur yang ada.
Pembaca yang budiman sekalian, semalam saya dijemput untuk menyampaikan pengisian kepada sekumpulan banduan di Penjara Pusat Kuching. Langkah pertama, saya perlu melalui pintu besi yang memisahkan penghuni di dalamnya dengan dunia luar. Kemudian, segala alatan elektronik seperti handset perlu disimpan di kaunter pengawal. Saya kemudiannya dibawa ke surau-perlu melalui satu lagi pintu pagar yang dikawal oleh pengawai yang bertugas. Akhirnya, saya bertemu dengan sekumpulan banduan yang telah diuruskan oleh penganjur untuk mendengar ceramah saya.
Sekali imbas apabila menatap wajah mereka, sebak hati saya. Air muka yang jernih dengan ada di antara mereka mempunyai tanda-tanda sujud di dahi cukup menginsafkan saya. Ketika saya sampai di surau, mereka baru sahaja selesai membaca tahlil. Sangka baik saya, mereka ini orang baik-baik sebenarnya cuma mungkin tersalah memilih jalan ataupun mungkin dianiaya. Akhirnya mereka dipenjarakan.
Saya mulakan ceramah saya dengan menyatakan kepada mereka-Ingatlah, sekali kita silap bukan bermakna kita silap selama-lamanya. Berada di penjara buatan manusia masih bernasib baik kerana mungkin kita akan dibebaskan suatu hari nanti, berbanding berada kekal abadi di penjara Allah ; neraka Jahim merayulah bagaimana sekalipun, mustahil Allah akan lepaskan kita ! Kalau di penjara dunia kita masih boleh makan nasi, lauk ayam dan daging tetapi di penjara Allah makanannya adalah buah zaqqum yang sangat memeritkan dan tiada masa untuk merasai keselesaan walaupun sebentar, melainkan hanya azab yang sangat pedih!
Saya terus meyakinkan mereka dengan kisah seorang pemuda yang telah membunuh 99 orang. Bila dia berjumpa orang alim pertama, dia menceritakan kisahnya serta bertanya adakah Allah menerima taubatya. Orang alim itu yang tidak hikmah dalam menangani masalah pemuda itu, dengan tegas menyatakan-Mana mungkin Allah akan terima taubatmu! Memikirkan apa yang disebut oleh orang alim itu-terus dia berkata-Kalau begitu, alang-alang aku dah buuh 99 orang, baik aku cukupkan 100 orang. Lalu dibunuh orang alim tersebut. Lalu dia berjalan lagi. Bertemu pula dengan orang alim kedua. Masalahnya diceritakan dan soalan yang sama ditanyakan. Orang alim kedua ini menyatakan dengan penuh hikmah-Sebesar gunung pun dosamu, yakinlah pengampunan Allah lebih luas dari itu. Dia menunjukkan kepada pemuda itu supaya pergi ke suatu tempat. Di sana ramai orang yang soleh dan taat kepada Allah. Lalu pemuda ini gembira, kerana masih ada ruang untuk Allah menerima taubatnya. Dia terus menuju ke tempat tersebut. Dalam perjalanan itu, takdir Allah dia meninggal dunia. Turun 2 malaikat. Satu nak membawanya ke syurga dan satu nak membawanya ke neraka. Lalu turun malaikat yang ketiga sebagai hakim.
Diukur jarak perjalanan pemuda itu dengan tempat yang dimaksudkan orang alim kedua tadi. Bila diukur, nyatalah dia semakin hampir dengan tempat tersebut. Maka dengan izin dan rahmat serta kasih sayang Allah, akhirnya pemuda itu dimasukkan ke dalam syurga. Alhamdulillah, ada di antara mereka yang sebak bila mendengar kisah benar ini. Dan saya yakin, bahawa mereka mampu untuk memperbaiki kelemahan diri dan tidak mengulang kesilapan yang sama. Terpancar keikhlasan di wajah jernih mereka.
Saya katakan kepada mereka-2 seruan Allah kepada kita cukuplah sebagi pengajaran yang sangat besar. Allah menyatakan ” Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha”... dan ”Wahai manusia sesungguhnya kamu adalah faqir dalam perjalanan menuju Allah ”.... Benarlah firman Allah. Kita banyak melakukan dosa kepadanya sebab itu kita dituntut bertaubat. Segala apa yang ada pada kita kini meliputi harta, rumah, kereta, isteri, suami, anak pinak hanyalah pinjaman semata-mata. Bila kita mati, semuanya itu akan ditinggalkan.
Saya tertarik dengan kata-kata Imam al-Ghazali dalam kitab Bidayatul Hidayah(Permulaan Mendapat Hidayah). Dia menyatakan kita jangan merasakan diri kita telah baik. Hendaklah kita mencela diri kerana masih banyak kekurangan pada diri kita.
Katanya :
1)Kalau kamu bertemu dengan anak kecil-Katakan kepada dirimu - Ya Allah, budak ini masih kecil. Dia masih tidak banyak dosa. Hatinya putih bersih. Sedangkan aku banyak dosa.
2)Kalau kamu bertemu dengan orang tua yang masih tekun beribadat kepada Allah-Katakan kepada dirimu - Ya Allah, orang tua ini masih istiqamah taat kepadamu. Sedangkan diriku tidak pasti bagaimana hala tuju hidupku di waktu tua kelak.
3) Kalau kamu bertemu dengan orang yang melakukan maksiat – Katakan kepada dirimu(pada waktu yang sama berusaha mencegah kemungkaran yang dilakukannya)- Ya Allah, dia melakukan maksiat kerana jahil. Andaikata dia sedar dari kesilapannya dan bertaubat nasuha, nescaya dia akan menjadi orang yang mulia. Sedangkan aku taat kepadaMu, belum tentu Engkau menerima segala amalanku.(Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya-Fiqh al-Awlawiyyat, dia menyebut - Kita telah dibuka oleh Allah pintu taat, tetapi belum tentu kita dibuka pintu maqbul).
Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam kitab yang sama memetik kata-kata Saidina Ali k.w.-”Satu kebaikan yang kamu buat, tetapi kamu berbangga dengannya (riya’), lebih hina berbanding seorang yang melakukan maksiat kemudiannya dia bertaubat nasuha kepada Allah.” Justeru, bagi saya kita yang bebas di luar tirai besi, belum tentu mulia di sisi Allah kalau kita ingkar kepadanya. Tetapi mereka yang berada di sebalik tirai besi, adakalanya lebih mulia di sisi Allah berbanding kita, andainya mereka sedar dan bertaubat nasuha di atas kesilapan yang telah dilakukan dan berazam tidak mengulanginya kembali! Akhir kalam, moga kita mendapat keinsafan dengan kisah banduan di sebalik tirai besi. Ternyata penjara, kadangkala mampu memanusiakan seorang manusia.(Akan saya paparkan nanti kisah Syeikhul Islam Imam Ibn Taimiyyah yang dipenjara bersama anak muridnya ; Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah, hanya kerana mereka menongkah arus dan berusaha memecahkan kejumudan dan ketaqlidan di kalangan umat pada zaman mereka).
Ya Allah, ampunkanlah dosa kami. Baik dosa yang zahir atau dosa yang batin. Baik dosa yang kecil mahupun dosa yang besar. Sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan dosa kami melainkan Engkau Ya Allah. Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, teguhkan iman kami, mantapkan aqidah kami, mudahkan urusan kami, murahkan rezeki kami, matikanlah kami di dalam Iman dan Islam. Halalkanlah makan minum kami selama ini, berkatilah kehidupan kami, masukkanlah kami ke dalam syurgaMu dan hindarkanlah kami dari azab nerakaMu. Amin, Ya Rabbal Alamin. Berkat bulan Ramadhan yang mulia ini Ya Allah, terimalah taubat dan amal kami.
Selesai membaca doa ini selepas solat Magrib berjamaah, kami bersalaman di antara satu sama lain. Ada yang mencium tangan dan mengucapkan terima kasih kepada saya di atas tazkirah yang diberikan. Benarlah kata Nabi saw ” Seseorang yang mendapat hidayah dengan asbab kamu, lebih baik dari kamu menerima seekor unta betina merah(yang sangat mahal harganya). Moga Allah menilai ia sebagai amalan soleh yang akan menjadi hujjah untuk saya di akhirat nanti. Ya Allah, aku telah menyampaikan kebenaran risalah dakwah Islam. Terimalah ia Ya Allah sebagi hujjahku di akhirat kelak! Akhirnya saya melangkah keluar dari penjara dengan satu harapan-Ya Allah mereka ini ikhlas mengakui kesalahan mereka. Ampunkanlah dosa mereka Ya Allah.
28 September 2007, 16 Ramadhan 1428,
11.33 pagi, Malaysia Timur
Khamis, 27 September 2007
Kita pasti mati !
Kematian pasti menjemput kita. Larilah ke kubu mana sekalipun pasti kita akan didatangi Malaikat Izrail. Nabi berpesan " Orang yang bijak ialah mereka yang menyucikan dirinya dan beramal untuk selepas kematian". Mati pasti hadir tanpa sebarang signal bila tiba ajalnya. Ya Allah matikan kami dengan kesudahan yg baik dan jangan Engkau matikan kami dengan penyudahan yang tidak baik.
Rabu, 26 September 2007
Sejadah pun solat !
Saya tak pasti ia benar ataupun tidak, wallahu a'lam. Andainya benar Subhanallah. Andainya tidak sekadar renungan bersama. Akhir zaman, macam-macam orang buat untuk kembalikan manusia kepada agama Allah dan jalan yang mustaqim.
AMALAN DI BULAN RAMADHAN
Oleh itu pada bulan yang mulia ini hendaklah kita sentiasa melakukan sebanyak mungkin amalan kebajikan selagi mampu kerana setiap amalan yang dilakukan pada bulan ini akan dilipatgandakan pahalanya. Antara amalan yang boleh boleh dilakukan pada bulan Ramadhan adalah dengan memperbanyakkan membaca al-Quran secara tadarus berkumpulan atau secara sendirian, berdoa, solat sunat dan terawih secara berjamaah di surau atau di masjid, sedekah dan bersahur. Ini kerana ada sebuah hadis yang menyebut bahawa:
“Orang yang sembahyang pada bulan Ramadhan, setiap kali sujud, akan dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah di dalam syurga daripada permata. Bagi orang yang berpuasa dan beribadah 70 ribu malaikat akan meminta ampun baginya daripada pagi hingga tenggelam matahari dan dibina sebuah mahligai baginya”.
Selain itu, terdapat juga hadis dari Jabir dari Nabi s.a.w:
Hadis ini menunjukkan bahawa amalan-amalan orang yang berpuasa sentiasa dalam pemerhatian Allah S.W.T. dan barangsiapa yang banyak berdoa dan ikhlas dalam amalannya, nescaya Allah akan memakbulkan doa orang-orang yang bertakwa.
Ini menjelaskan bahawa amalan bersedekah ini sangat dimuliakan di sisi Allah walaupun sedekah tersebut dihulurkan kepada orang kafir. Ini kerana yang dinilaikan di sisi Allah ialah keikhlasan hati seseorang dalam menghulurkan hartanya kepada orang lain dan keikhlasannya dalam melaksanakan sesuatu ibadah.
Ianya juga meneladani sifat Ar Rahman dan Ar Rahim di sisi Allah S.W.T, di mana dengan sifat Ar-Rahman iaitu penyayangnya Allah kepada makhluk di syariatkan sedekah yang boleh diluaskan pemberiannya kepada semua makhluk sekalipun kafir. Begitu juga dengan sifat Ar Rahim iaitu Maha Pengasihnya Allah kepada orang-orang yang beriman kepadaNya, dikiaskan dengan perlaksanaan ibadah zakat yang hanya dikhususkan kepada umat Islam memberi dan menerimanya.
Sesungguhnya Islam itu tidak membebankan hambanya. Oleh itu orang yang berpuasa juga digalakkan melakukan amalan bersahur pada pertengahan malam sehingga terbit fajar dan sunat dilewatkan. Ini bagi mengelakkan mereka dari merasa lapar ketika melakukan ibadah puasa pada keesokan harinya.
Dari Zaid bin Thabit berkata: “Kami bersahur bersama Rasulullah s.a.w, lalu kami berdiri untuk menunaikan solat, saya bertanya: “Berapakah jarak antara keduanya?” Ujar Nabi s.a.w: “50 ayat (lebih kurang 15 minit)”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
أهلا يا رمضان
Hukuman sebat tak mampu mencegah jenayah dari kembali berulang!
Klip video tentang sejadah solat dan hukuman sebat ini saya cut dari cd ceramah Ustaz Abdullah Khairi yang kini semakin terkenal dengan klip video yang pelik bila berceramah. Cuma klip video hukuman sebat ini untuk renungan bersama. Bagi saya, mungkin banduan akan insaf tapi mungkin juga akan kembali melakukan jenayah. Sebatan nampak agak zalim sedangkan mengikut aturan Islam hukuman sebatan tidak sampai begitu apatah lagi ia perlu dilakukan di khalayak ramai. Kesimpulannya-undang-undang ciptaan manusia masih ada kelemahan dan tak mampu menangani masalah sosial yg semakin berleluasa mutakhir ini. Oleh itu, kembalilah mendaulatkan undang-undang Allah sebagai penyelesai segala masalah!
Panduan jadi blogger
2) Klik dekat create blog di header blog
3)Ikut arahan yang ditetapkan.Isi alamat email,password,nama enta/samaran utk dipapar di blog nak,word verification,terima syarat dan click continue.
4)Namakan blog anda dan alamat blog yang anda rasa sesuai(based on blog name pun boleh)
5)Choose template yg anda nak. Ada lebih kurang 12 semuanya.Pilih yg berkenan di hati.Then,click continue.
6)Akan terpapar,your blog has been created. Lepas tu ada start posting. Anda dah boleh start hantar artikel.
7)Akan keluar posting.Title=tajuk artikel anda nak publish.Lepas tu isi dlm kotak bawah yang 4 segi. Then anda click publish post. Selamat mencuba.
Ragam Ramadhan
Buffet di hotel atau juadah di rumah?
Polemik ini seringkali ditimbulkan. “ Salahkah aku nak buka puasa di hotel? Aku mampu. Siapa tak mampu tak payahlah” -Mungkin ini jawapan sesetengah dari kita yang dikurniakan rezeki yang lebih. “Yelah nak, sabar ye, abah tak mampu beli ayam minggu ni. Insya allah kalau ada rezeki minggu depan, abah beli ye.”- Jawapan si ayah yang hidupnya kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang kepada anak-anaknya untuk menenangkan mereka apabila ditanya tiadakah lauk ayam untuk buka puasa hari itu.
Bagi saya, memang tiada salahnya bagi yang mampu untuk berbuka dengan menikmati buffet di hotel dengan segala jenis macam lauk-pauk. Cuma, sebagai renungan bersama-cuba kita fikirkan, apakah falsafah dan hikmah puasa? Bukankah untuk merasai kelaparan orang yang biasa berlapar? Tambahan pula, belanja untuk pakej buffet bukanlah murah sangat. Adakalanya mencapai RM 150 ++ seorang? Alangkah baiknya kalau kita sedekah pada mereka yang lebih memerlukan. Nabi saw pernah menyatakan “ Barangsiapa yang menjamu orang yang berpuasa, maka akan diberi kepadanya pahala sebagaimana orag itu berpuasa tanpa dikurangkan sedikit pun hatta dengan sebiji tamar”. Apakah hadith ini tak menggalakkan kita untuk memanfaatkan rezeki yang diperoleh ke arah yang lebih bermakna? Bukankah kita akan ditanya tentang harta kita ; di mana kita peroleh dan ke mana ia dibelanjakan. Oleh itu, bagi saya masih ramai orang susah di sekitar kita-mari kita hulurkan bantuan berdasarkan kemampuan yang kita ada. Bulan Ramadhan bulan kasih sayang dan bertebarannya rahmat Allah – kecapilah ia!
Beli juadah di bazar Ramadhan dengan mereka yang menutup aurat atau pun tak kisah beli dengan sesiapa pun?
Pertamanya hadith Nabi saw ” Para peniaga yang jujur akan ditempatkan bersama para siddiqin”. Bukankah hadith ini mengajak para peniaga untuk menilai-aku meniaga ni sebab nak untung atau kerana Allah. Bila meniaga sebab nak untung saja-kadang-kadang tak kisah kualiti makanan yang dijual. Saya terkena semalam. Beli tauhu soya, bila sampai waktu iftar tak boleh makan-dah basi! Masya allah, macam ni ke cara kita meniaga! Jadi, jujurlah wahai peniaga. Jangan kenakan kami pembeli yang ikhlas membeli makanan kamu dan secara tak langsung dengan asbab kami sampai rezeki Allah kepada kamu dengan belian kami.
Yang kedua, perkara yang biasa kita perhatikan, kita membeli dengan peniaga tanpa kita nilai cara da gaya mereka. Pernah saya dipesan oleh seorang ulama-angan kamu beli makanan dari orang yang derhaka kepada Allah. Antara bentuk penderhakaan kepada Allah di bazar Ramadhan apabila peniaga tak menutup aurat! Yang perempuan tak pakai tudung, yang lelaki pakai seluar pendek. Kata ulama tersebut ” Sanggupkah kita beli makanan dari mereka, dalam menikmati rezeki Allah sebagai penutup kepada ibadah puasa yang kita lakukan sepanjang hari! Ada orang tempelak balik. Kalau macam tu, camana nak berdakwah dengan mereka. Ye, kalau anda boleh menasihati mereka dengan nasihat terbaik-silakan. Soalnya makanan itu disediakan dalam keadaan mereka ingkar perintah Allah-adakah berkat. Melainkan di bazar ramadhan-kita edarkan risalah dakwah-Insya allah terbuka pintu hati mereka.
Bulan posa, tapi ponteng posa-cmana?
Saya ingat waktu slot Jangan Tidur Lagi di TV3-Azwan Ali dan Adlin Aman Ramlie dapat tangkap sekumpulan lelaki yag tak puasa. Alasan-tak bangun sahur, gastrik, appendix, malah yang mengejutkan alasannya-tak mandi wajib! Persoalanya, kenapa bulan puasa, baru timbul penyakit-penyakit tu. Kalau tak bangun sahur-tak mati pun kalau terus berpuasa ataupun memang malas nak bangun sahur, lalu dijadikan alasan untuk tak puasa! Lepas tu, apa kena-mengena tak mandi wajib dengan tak puasa. Buat apa malam-malam, di waktu orang lain sibuk tarawih! Yelah kalau suami isteri kita faham-tapi yang jawab ni bujang lagi! Kalau tak mandi wajib, confirm tak sembahyang jugak. Hai macam-macam ragam Ramadhan!
Kembalilah mendaulatkan undang-undang Allah
Saya lihat Buletin Utama 2 hari lepas. Bila ditanya kepada 2-3 non muslim-apa patut kita buat pada pembunuh arwah Nurin? Kata mereka-tikam pembunuh banyak kali. Bunuh penjenayah depan orang ramai dan banyak lagi komen mereka. Bukankah Islam dah meletakkan undang-undang yang terbaik? Kenapa tak ikut? Allah yang buat kita-Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Bukan kita yang memandai nak modify undang-undang Allah. Natijahnya, penjara semakin penuh dan jenayah semakin banyak. Cuba laksana hukum rejam sampai mati di Dataran Merdeka kepada pembunuh arwah Nurin. Pastu buat live-telecast ke seluruh negara. Siapa yang nak tengok secara live di dataran pun boleh. Agak-agak berani ke orang nak buat onar lagi-ye mungkin ada tapi Insya Allah tak banyak macam la ni. Kepada arwah Nurin, arwah Nurul Huda Ghani-syurga untuk kamu. Itu janji Nabi saw bagi orang yang dizalimi!
Panel Bebas untuk siasat skandal percaturan hakim
Alhamdulillah, ditubuhkan juga panel tersebut tapi memadaikah? Kalau dapat Suruhanjaya Diraja-lebih telus dan integriti! Sekian banyak campurtangan sebelum ini-harapnya bidang perundangan dan kehakiman negara tidak terus dicurigai rakyat keseluruhan! Moga kebenaran akan terserlah dan mereka yang bersalah perlu didakwa!
Pegawai kanan polis ada harta haram hampir RM 9 juta?
Benarlah gaji yang tinggi bukan jaminan untuk atasi masalah rasuah. Kalau tidak takkan Presiden negara pun rasuah seperti di Indonesia dan Filipina. Sebab itu bila polis pakai lencana Saya Anti-Rasuah itu elok tapi tak cukup. Sebabnya nak elak rasuah mula dari dalam diri. Kalau penghayatan agamanya tinggi, Insya Allah-kalau tak, tok imam pun boleh dibeli! Nabi saw sudah menyatakan ” Pemberi rasuah dan penerima rasuah, kedua-duanya di dalam neraka”. Wal iya zu billahi min zalik. Sesungguhnya ujian akhir zaman amat mencabar iman kita. Kalau tidak iman kita terhakis dek godaan yang pelbagai, maka bersedialah untuk mempertahankan iman dengan menafikan segala kecenderungan nafsu untuk melakukan kemungkaran. Ya Allah sesungguhnya kami amat mengarapkan redhaMu dan syurga. Dan kami berlindung dari kemarahanMu dan neraka. Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Mulia. Engkau suka mengampunkan, maka ampunkanlah kami Ya Allah. Amin ya Rabbal Alamin.
26 September 2007, 14 Ramadhan 1428,
Selasa, 25 September 2007
JADILAH ABID RABBANI DAN BUKANNYA ABID RAMADHANI
JADILAH ABID RABBANI DAN BUKANNYA ABID RAMADHANI
Umat Islam yang benar-benar bertakwa dan mengakui kekuasaan Allah S.W.T mestilah menjadikan setiap amal yang dilakukan bukan sekadar mengharapkan balasan dari Allah S.W.T, malah menyerahkan segala-galanya hanya kepada Allah semata-mata.
Oleh itu, manfaatkanlah masa hidup kita, kesihatan kita dan masa muda kita dengan amal kebaikan sebelum maut datang menjemput. Bertaubatlah kepada Allah S.W.T dengan sebenar-benar taubat dalam setiap waktu dari segala dosa dan perbuatan terlarang. Jagalah segala perintah Allah dan jauhilah setiap larangannya, baik di bulan Ramadhan, mahupun pada bulan selainnya. Segeralah bertaubat, janganlah menunda-nunda taubat, kerana kita tidak tahu adakah kita sempat untuk menemui lagi bulan Ramadhan akan datang atau tidak.
Sesungguhnya, setiap amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan akan dilipat gandakan oleh Allah S.W.T akan ganjarannya. Walaupun demikian, sebagai hamba yang sentiasa mengharapkan keredhaanNya, seharusnya tidak terhenti segala amalan hanya pada bulan Ramadhan sahaja, tetapi ianya harus diteruskan juga pada bulan-bulan yang lain. Kerana walau pada bila-bila masa sahaja, sebagai hamba, tujuan kita diciptakan adalah untuk beribadat kepada Allah dan bukannya terhad pada bulan-bulan tertentu sahaja.
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Zariyat ayat 56:
﴿وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَ الإِنْسَ إِلا لِيَعْبُدُوْن﴾
“Sesungguhnya tidak diciptakan jin dan manusia itu, kecuali untuk beribadat kepada Ku”.
Kita seharusnya perlu menjadikan diri kita sebagai abid Rabbani dan bukannya Abid Ramadhani. Abid Rabbani ialah hamba yang beribadat kepada allah sepanjang masa tanpa mengira masa atau musim cuma pada bulan-bulan tertenti ia akan mempergiatkan dan mempertingkatkan amalannya seperti di bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadhan. Hasil daripada peningkatan amalan tersebut akan memberi kesen kepada peningkatan kualiti amalannya di masa-masa yang lain. Manakala Abid Ramadhani ialah seorang hamba yang beribadat hanya pada bulan Ramadhan atau ibadahnya hanya bermusim dan ibadahnya pula tidak dapat mempertingkatkan prestasi ibadah seterusnya yang dilakukan pada luar musim atau selepas Ramadhan.
Ini bagi membuktikan bahawa diri kita benar-benar beriman kepada Allah Ta’ala dalam setiap masa dan bukan sekadar beramal untuk mengharap balasannya sahaja. Oleh itu, jika sekiranya pada bulan Ramadhan, masjid-masjid sentiasa dipenuhi dengan solat berjemaah, sedekah sentiasa dihulur, di pertengahan malam selalu diwarnai dengan solat-solat sunat dan zikir, maka alangkah baiknya jika selepas Ramadhan juga tradisi ini tetap diteruskan. Masjid-masjid sentiasa meriah dengan para jemaah, yang miskin dan kaya, tua dan muda sama-sama bersuka-ria kerana tidak ada yang kelaparan dan meminta, dipertengahan malam juga begitu syahdu dengan alunan zikrullah dan ketenangan solat-solat sunat, maka inilah dikatakan amal yang sebenar-benarnya. Segala-galanya hanya untuk Allah.
Bersungguh-sungguhlah dalam mengurus keluarga, anak-anak dan sesiapa sahaja yang menjadi tanggungjawab kita. Jika di bulan Ramadhan, anak-anak diajar berpuasa dan bertarawikh, maka alangkah baiknya jika selepas Ramadhan juga mereka terus diajar supaya mendekati Allah.
Jadilah suri teladan yang baik dalam segala bidang, kerana kitalah pemimpin mereka dan bertanggungjawab atas mereka di hadapan Allah Ta’ala. Bersihkan rumah-rumah kita dari segala bentuk kemungkaran yang menjadi penghalang untuk berzikir dan solat kepada Allah. Sibukkanlah diri kita dan keluarga kita dalam hal-hal yang lebih bermanfaat. Dan sentiasalah ingatkan mereka agar menjauhkan diri dari hal yang membahayakan mereka dalam agama, dunia dan akhirat kelak.
Semoga Allah melimpahkan taufik dan hidayahNya kepada kita semua untuk amal yang diredhaiNya, serta menjadi hamba yang bertakwa tak kira masa.
Buat para Tentera Allah , sejarah sepanjang Ramadhan membuktikan umat Islam berada ditahap kekuatan kerohanian tertinggi yang mampu diterjemahkan di dalam perjuangan mereka.
Ihsan Mimbar Ulama
Isnin, 24 September 2007
SALAMUN 'ALAIKA RAMADHAN
Ramadhan kau bulan suci yang penuh rahmat
Oh Ramadhan!
Kini senyumanmu meluapkan dendamku padamu
Ramadhan kuranduk di setiap sudut
Abu Dzar r.a berkata :"Kami telah berpuasa di bulan Ramadhan bersama Nabi S.A.W. Namun, baginda tak pernah mendirikan (solat tarawikh) bersama-sama kami sehingalah tinggal tujuh malam (terakhir). Baginda telah bangun bersama-sama kami sehingga berlalu satu pertiga malam. Kemudian, baginda tidak mendirikan (solat tarawikh) bersama-sama kami pada malam keenam (terakhir) dan baginda hanya bangun pada malam kelima (terakhir) sehinga separuh malam. Aku berkata : Ya Rasulullah! adakah engkau sunatkan kami melakukan qiyam pada malam ini. Jawab baginda : Sesngguhnya apabila seorang lelaki telah solat (terawikh) bersama imam sehingga di beredar (memberi salam) maka ditulis baginya pahala menyamai qiyam sepenuh malam. Kemudian, baginda tidak mendirikan (solat tarawikh) bersama-sama kami pada malam keempat (terakhir) dan baginda hanya bangun pada malam ketiga (terakhir) sehingga kami bimbang waktu al-Falah luput. Aku bertanya: Apakah al-Falah? Jawabnya : Sahur." [ hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, an-Nasaai dan ad-Darimi. Ia diklasifikasikan sebagai sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan Abu Daud]
KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN DAN BERAMAL DI DALAMNYA
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, Bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Ketika datang bulan Ramadhan: sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka diharamkan kebaikannya bagi siapa yang tidak beramal baik di dalamnya, sesungguhnya tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini”.
(Hadis riwayat Ahmad, Nasai dan Baihaqi)
Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Solat lima waktu, solat Jumaat sampai solat Jumaat berikutnya, puasa Ramadhan sampai puasa Ramadhan berikutnya, adalah menutup dosa-dosa (kecil) yang diperbuat di antara keduanya, bila dosa-dosa besar dijauhi”.
(Hadis riwayat Muslim)
Dari Abdullah bin Amru, bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Puasa dan Al-Quran itu memintakan syafaat bagi seseorang hamba di hari kiamat. Puasa berkata: Wahai Tuhanku, aku telah mencegah dia memakan makanan dan menyalurkan syahwatnya di siang hari, maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Dan berkata pula al-Quran: Wahai Rabbku aku telah mencegah dia tidur di malam hari (kerana membacaku), maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Maka keduanya diberi hak untuk memintakan syafaat”.
(Hadis riwayat Ahmad)
Dari Sahal bin Sa’ad, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Bahawa sesungguhnya bagi Jannah itu ada sebuah pintu yang disebut “Rayyaan”. Pada hari kiamat dikatakan: Di mana orang yang berpuasa? (untuk masuk jannah melalui pintu itu), jika yang terakhir antara mereka sudah memasuki pintu itu, maka ditutuplah pintu itu”.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa puasa Ramadhan kerana beriman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang”.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Jabir r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka”.
(Hadis Riwayat Ahmad)
>Keistimewaan Bulan Ramadhan
>Bulan yang penuh Barakah
>Pada bulan ini pintu Jannah di buka dan pintu Neraka ditutup
>Pada bulan ini syaitan-syaitan dibelenggu
>Dalam bulan ini ada suatu malam yang keberkatan beramal di dalamnya adalah lebih baik dari beramal selama seribu bulan, iaitu Malam Al-Qadar.
>Pada bulan ini juga setiap hari akan ada malaikat yang menyeru dan menasihati umat Islam supaya berbuat baik dan menjauhi perkara maksiat
>Amal itu dapat menutup dosa-dosa kecil antara Ramadhan ini sehingga bertemu Ramadhan berikutnya
>Menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan memintakan syafaat daripada amalan membaca al-Quran dan puasa itu sendiri dan perisai siksaan neraka
>Bagi orang yang berpuasa disediakan pintu khusus baginya untuk memasuki Jannah iaitu yang dinamakan “Rayyaan”
Jumaat, 21 September 2007
Moga pembunuh akan ditangkap dan mendapat hukuman yang setimpal!
PETALING JAYA, 20 Sept (Bernama) — Polis hari ini mengesahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya Utama Isnin lepas adalah Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang hilang sejak sebulan lepas.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata ujian darah ke atas mayat dan juga ibu bapa Nurin Jazlin mengesahkan hubungan antara kedua-dua pihak.
Katanya, ibu bapa Nurin Jazlin telah dimaklumkan tengah hari ini mengenai keputusan DNA itu.
Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang pada 20 Ogos setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam yang berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini.
Mayat budak perempuan yang tidak berbaju yang dipercayai menjadi mangsa deraan seks ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1 pada pagi Isnin lepas.
Sementara itu di KUALA LUMPUR, bapa Nurin, Jazimin Abdul Jalil, 33, seorang pemandu teksi enggan menerima keputusan DNA itu bahawa mayat kanak-kanak itu adalah anaknya.
“Saya ayah Nurin… Saya lebih mengenali anak saya dari semua orang. Dalam hati saya berkata mayat itu bukan anak saya.
“Jika polis suruh saya ambil mayat tersebut, saya akan terima, saya akan mandikan dan akan mengebumikannya. Tetapi saya hendak polis teruskan usaha mencari Nurin kerana saya tahu Nurin masih berada di luar sana dalam keadaan selamat,” kata Jazimin kepada pemberita di perkarangan bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Jazimin juga berkata beliau pasti mayat itu bukan anaknya berdasarkan keadaan gigi dan parut yang dipunyai oleh Nurin.
Nurin, katanya, mempunyai kedudukan gigi yang rapat dan mempunyai parut akibat luka di pangkal pehanya.
Jazimin berkata beliau dimaklumkan mengenai keputusan DNA tersebut pada pukul 12.30 tengah hari oleh polis daerah Petaling Jaya dan diminta datang ke bilik mayat HKL untuk membuat pengecaman semula mayat tersebut.
Sebelum ini, Jazimin dan isterinya Norazian Bistaman, 35, telah dipanggil untuk proses pengecaman di HKL pada Isnin lepas dan tidak mengaku mayat itu anaknya, Nurin berdasarkan kepada keadaan fizikal kanak-kanak yang ditemui itu.
Norazian yang kelihatan sugul ketika ditemui pemberita berkata beliau rela menerima sebarang keputusan pihak berkuasa.
“Apa lagi yang boleh saya kata. Keputusan DNA menunjukkan itu anak saya. Saya reda dengan kehendak Ilahi.
“Sebagai seorang ibu saya masih berharap bahawa itu bukan anak saya, ibu mana yang sanggup terima kenyataan bahawa anaknya diperkosa dan dibunuh begitu kejam. Hanya Tuhan sahaja tahu perasaan kesedihan yang saya alami,” katanya dengan linangan air mata.
Norazian berkata sekiranya Nurin Jazlin selamat ditemui, perayaan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini adalah yang paling bermakna dalam hidupnya.
Malah pakaian raya untuk Nurin Jazlin sudahpun dibeli dan “saya tetap akan menunggu kepulangannya,” katanya sebak.
Norazian berkata lebih memilukan perasaannya adalah apabila dalam keadaan beliau bersedih dengan kehilangan Nurin, ada pula orang yang tergamak mempermain-mainkan mereka suami isteri dan keluarga dengan membuat panggilan telefon kononnya Nurin Jazlin yang dikenali dengan panggilan “Kak Ngah” ada dalam kawalan mereka.
Menurutnya beliau turut menerima satu panggilan semalam daripada seorang yang tidak dikenali yang memberitahunya Nurin berada dalam penjagaannya.
“Saya dah lemah, dah tidak bersemangat lagi untuk menerima sebarang panggilan yang menyakitkan hati.
“Sekarang ini saya harap Tuhan akan balas (tindakan kejam) pembunuh anak saya supaya setimpal dengan apa yang telah dibuat terhadap Nurin,” katanya pilu apabila mengenangkan pelbagai kesengsaraan yang dialami oleh anak perempuannya itu sejak sebulan lepas sebelum mayatnya disumbat di dalam beg.
Mangsa dibunuh 24 jam sebelum mayatnya ditemui dalam beg yang ditinggalkan di tangga premis perniagaan tiga tingkat di kawasan itu.
Bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati pembunuh telah memasukkan timun dan terung ke dalam kemaluan mangsa, menyebabkan rektum mangsa pecah hingga dijangkiti bakteria antara faktor yang menyumbang kepada kematian menyayatkan kanak-kanak itu.
Fizikal kanak-kanak itu yang ditemui mati dengan keadaan “kurus kering” selain dengan pelbagai kesan lebam pada badannya menyebabkan ibu bapa Nurin Jazlin tidak mengenalinya semasa membuat pengecaman pertama kali Isnin lepas.
Imej kanak-kanak itu kemudian disiarkan dalam semua media tempatan, menyaksikan banyak pihak yang bersimpati menawarkan ganjaran wang kepada mereka yang dapat memberikan maklumat hingga tertangkapnya pembunuh kes itu.
Selain media tempatan, media asing turut membuat liputan perkembangan semasa kes itu.
Ulasan : Ternyata kini suasana sekeliling kita semakin tidak selamat. Ibu bapa perlu lebih berhati-hati dalam mengawal anak masing-masing terutamanya anak-anak perempuan. Besar pahala sebagaimana dikatakan oleh Nabi saw, bagi mereka yang mampu bersabar dengan karenah anak perempuan. Bagi keluarga arwah Nurin, moga Allah memberikan mereka kekuatan di atas apa yang berlaku. Jika benar bukan anak mereka, kita berharap identiti kanak-kanak perempuan yang diperlakukan dengan begitu kejam sekali tanpa perikemanusiaan akan didedahkan kepada masyarakat. Al-Fatihah buat mangsa.
ZAKAT PENGIKAT KASIH MENYEBAR RAHMAT
Zakat merupakan suatu kewajipan yang mesti dilaksanakan dengan perbuatan dan tidak memadai dengan hanya percaya semata-mata. Ia merupakan suatu sistem tanggungjawab sosial ke atas orang Islam yang merdeka di mana harta yang dimilikinya melebihi daripada keperluan asas. Pemberian itu adalah wajib bagi diri setiap orang yang beragama Islam yang sempat hidup walau seketika di bulan Ramadhan.
Hadis Rasulullah s.a.w dari Anas Ibn Malik r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Puasa hamba itu tergantung antara langit dan bumi sehingga tertunainya zakat fitrah. Apabila telah menunaikan zakat, Allah akan datangkan padanya 2 kepak lalu menerbangkan kepak itu hinggga langit ke 7 dan Allah menjadikan lampu-lampu ‘Arasy itu bersinar hingga waktu pagi”.
Zakat mempunyai banyak kelebihannya antaranya dapat menyucikan jiwa daripada sifat tamak, bakhil, kedekut, hasad dengki dan sebagainya. Selain itu, ia juga dapat melahirkan sifat terpuji di dalam jiwa insan seperti tidak mementingkan diri dan dalam masa yang sama dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.
Dan telah diriwayatkan, bahawa Uthman bin Affan r.a terlupa menunaikan zakat fitrahnya sebelum solat, maka dia memberikan tebusan (kifarat) dengan memerdekakan seorang hamba. Kemudian Nabi s.a.w datang, maka dia (Uthman) berkata: “Ya Rasulullah, aku terlupa menunaikan zakat fitrah sebelum solat hari raya dan aku telah memberikan kifaratnya dengan memerdekakan seorang hamba” Maka Nabi s.a.w bersabda: “Kalau sekiranya engkau ya Uthman, memerdekakan 100 hamba, maka belumlah sama dengan pahala zakat fitrah sebelum solat hari raya”.
Hukum memberi zakat adalah berbeza mengikut waktu-waktunya. Iaitu ianya menjadi wajib setelah terbenam matahari pada akhir Ramadhan. Manakala bermula dari awal Ramadhan hingga sebelum tenggelamnya matahari hukumnya adalah harus.
“Sesiapa yang mendirikan solat dan tidak menunaikan zakat, maka ia bukan Islam dan tidak manfaat amalan atau pekerjaannya”.
Kadar zakat yang ditetapkan ialah setengah sha’ atau 2.4kg dari gandum atau satu sha’ dari tamar atau anggur. Satu sha’ itu sama dengan lapan kati atau 4.8kg. Membayar zakat dengan nilaian wang dibolehkan sebagaimana difatwakan, kerana yang demikian itu lebih memenuhi kepada hajat orang fakir. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa memberikan zakat fitrah, maka syurga baginya, dan tiap-tiap biji atau butir diberikan dibalas dengan 70 ribu istana yang panjang. Panjang tiap-tiap istana itu sejauh antara timur dan barat”.
Sesungguhnya mengeluarkan zakat itu begitu besar ganjarannya. Ini kerana di samping menunaikannya sebagai suatu kewajipan, ianya juga merupakan suatu amalan yang dapat mengikat kasih sayang sesama insan. Oleh itu, ‘yang lebih’ dapat meringankan beban bagi ‘yang kurang’. Daripada sinilah wujudnya perasaan tanggungjawab sosial terhadap sesama insan yang sangat-sangat dititikberatkan di dalam agama kita.
Ghulam al-Dakwah (Iman dan Harakah)- Bhgn 5
iii) Kami tidak bermaksud mesti beriltizam sepenuhnya dalam masalah yang berbentuk peribadi. Tetapi kami melihat kepada kepentingan memberitahu kepada daie dalam bentuk meminta pendapat. Selepas itu mad’u memilih apa yang difikirkan sesuai. Kecuali apabila daie melihat kepentingan yang menuntutnya memperingati madu tentang kepentingan tersebut atau memestikannya mengikut pendapat yang tertentu.
iv) Kami juga tidak bermaksud merujuk kepada daie dalam urusan harian yang biasa dilakukan ataupun masalah yang kecil. Apa yang kami maksudkan ialah dalam masalah yang memberi kesan langsung kepada mad’u dan kerja-kerja dakwahnya seperti suasana keluarga yang penting, perkahwinan, bermusafir, bersyarikat dengan orang lain dan lain- lain.
v) Tindakan merujuk kepada daie akan bertukar menjadi titik mula untuk bermesyuarat dengan saudaranya yang amat dikasihi dan dipercayai di samping dia sendiri memiliki kemampuan untuk membuat keputusannya sendiri. Ini berlaku apabila dia telah mencapai tahap kematangan yang sepatutnya.
vi) Merujuk, tidak bemakna menghalang daripada meminta pendapat daripada orang lain dalam menyelesaikan masalah yang sama. Perkara ini berbeza dan segi kepentingan dan kedudukannya berdasarkan kematangan seseorang dan jauh pandangannya serta kesan yang ditimbulkan oleh masalah yang dihadapi. Begitu juga dengan pengalaman hidup.
vii) Daie juga boleh meningkatkan kualiti tarbawi mad’u dengan perbincangan yang tenang, mendalam dan terperinci, tidak memestikan mengikut pendapatnya dan memberikan kebebasan berfikir kepadanya. Begitu juga dengan kebebasan meminta pendapat daripada orang lain, ini akan menghasilkan kebebasan dalam berfikir, jauh pandangan, membuat keputusan, mengerat dan mendalamkan ukhuwwah serta menghormatinya. Oleh itu, merujuk kepada daie tidak bermaksud wujudnya kemestian beriltizam dan hubungan berbentuk ketenteraan. Tetapi ia mengandungi pengertian meminta nasihat, kasih sayang, thiqah, ukhuwwah, syura dan kebebasan.
viii) Kebanyakkan mereka yang menolak hubungan bentuk ini dalam urusan peribadi adalah berpunca daripada penentangan terhadap pengalaman pahit disebabkan mereka yang mengekploitasikannya. Ini melahirkan gambaran buruk terhadap hubungan ini dan menyebabkan mereka tersilap. Ia juga merupakan tindakbalas yang berkait dengan penolakan mereka terhadap hubungan tarbawi yang mendalam dan menyeluruh. Di sini saya bawakan petikan kata-kata Imam Hasan al-Banna yang amat memberi faedah kepada kita dalam masalah ini. Beliau berkata; ‘Kepimpinan (qiadah) dalam dakwah Ikhwan mempunyai hak sebagai seorang ayah dalam hubungan hati, ustaz dalam memanfaatkan ilmu, syeikh dalam tarbiah ruhiyyah dan pemimpin berdasarkan polisi-polisi umum dakwah. Dakwah kita mengumpulkan semua pengertian ini”.
Sesungguhnya Rasulullah menyuruh kita mengambil yang baik dan meminta pendapat dalam semua urusan sehingga dalam masalah yang berkaitan dengan kasut. Orang yang paling utama untuk meminta pandangan ialah penunjuk ajar yang bercirikan inurabbi. Rasanya cukup sekadar ini supaya kita tidak memanjangkan komentar ini lebih daripada ini.
Kedua: Hubungan daie dengan golongan sasaran (mad’u).
Daie sepatutnya hidup bersama-sama madu. Daie hendaklah merasakan bahawa mad’u adalah pintu yang besar untuk mendapatkan pahala dan dia adalah teman rapatnya dalam perjalanan menuju jihad di jalan Allah. Dengan itu daie akan mentarbiah, memberi peringatan, menolong, menyelesaikan masalah peribadi dan dakwah mad’u sekadar yang termampu dilakukan.
Daie yang bercirikan murabbi semestinya berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai tahap kesungguhan orang yang bersungguh, firasat ahli politik, penilaian seorang alim, kelembutan bapa, keberanian pejuang di medan perang, berjaga-jaga seorang fakih (orang alim yang cerdik dan pintar) dan meninggalkan perkara yang dibolehkan melakukannya agar dia tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan.
Imam Syahid Hasan al-Banna telah menyifatkan seorang mujahid dengan terperinci. Bcliau berkata; Saya menggambarkan seorang mujahid sebagai individu yang telah mempersiapkan bekalannya, telah mendapatkan kesedarannya dan apa yang tersemat di jiwa dan terbuku di hatinya menguasai dirinya. Oleh itu beliau adalah seorang yang sentiasa berfikir, tersangat mengambil berat, sentiasa bersedia, apabila dipanggil dia menjawab, apabila diseru dia menyahut. Pergi dan pulangnya, percakapan dan perbualannya, kesungguhan dan berguraunya tidak melebihi apa yang telah ditetapkan olehnya untuk dirinya sendiri. Kerjanya hanyalah menunaikan segala tanggungjawab yang dihalakan kepadanya segala kehidupan dan kehendaknya. Dia sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya. Kamu dapat membaca melalui raut wajahnya, melihat melalui kilauan kedua matanya dan mendengar daripada tutur katanya kedukaan yang membara dan kepedihan yang tersembunyi di dalam hatinya, keazaman yang benar yang melimpah dan jiwanya dan semangat yang berkobar-kobar serta matlamat yang jauh”.
Sesungguhnya kerja-kerja tarbawi bukanlah halaqah pengajian atau pengetahuan yang dicurahkan padanya berbagai maklumat. Ia juga bukan semata-mata melaksanakan program dan bekerja tanpa asas kefahaman dan ilmu. Sebaliknya ia adalah usaha mewarnakan jiwa manusia berdasarkan kefahaman dan neraca yang tertentu. Ia meliputi aspek kerohanian, pengetahuan, akhlak, berharakah, kejiwaan dan lain-lain. Ia amat memerlukan kepada niat yang ikhlas dan meminta pertolongan daripada Allah, kemudian mengorbankan tenaga dan waktu, bersama-sama dengan mad’u dalam kehidupan harian, mengutamakannya, memberi tunjuk ajar dan nasihat serta berperingkat-peringkat meningkat dengannya, sehinggalah Allah mengurniakan kepada kedua-duanya dan kepada dakwah kebaikan yang banyak.
3) Pengajaran lain yang kita boleh pelajari daripada penyelesaian yang dicadangkan oleh rahib kepada ghulam demi menjaga dakwah dan para daie ialah yang berhubung dengan menolak kefasadan dan mendapatkan maslahah (manfaat). Rahib telah menyuruh ghulam berbohong kepada ahli sihir dan keluarganya untuk menyelamatkannya daripada kesakitan yang benar-benar dirasainya.
Imam Nawawi telah membuat komentar terhadap hadis ini dengan katanya; “Hadis ini mengandungi hukum harus berbohong ketika dalam peperangan dan seumpamanya dan ketika ingin menyelamatkan diri daripada binasa sama ada dirinya atau orang lain. Iaitu diri yang diharamkan danpada dibunuh”.
Daripada Ummu Kalthum binti ‘Utbah katanya: Aku tidak mendengar Rasulullah (s.a.w.) memberi kebenaran untuk berbohong kecuali dalam peperangan, menyelesaikan perbalahan yang berlaku di antara manusia, perbualan suami dengan isterinya dan perbualan isteri dengan suaminya
Suasana yang berlaku dalam hadis ini tanpa diragukan lagi adalah lebih besar maslahah dan kepentingannya daripada menyelesaikan perbalahan yang berlaku dan mencari keredhaan isteri. Kami tidak bermaksud untuk membuka pintu kepada sesiapa saja untuk berijtihad dalam menentukan dharurah dan maslahah. Perkara ini mempunyai garis panduan dan dikhususkan kepada ahlinya. Tetapi kami menyebut perkara ini memandangkan, sebahagian daripada para pekerja untuk Islam hampir-hampir tidak menerima kewujudan dhorurah dan maslahah yang diiktiraf oleh syarak. Sebahagian yang lain pula, mengambil sikap bermudah-mudah dalam masalah ini dan memperluaskan skopnya sehingga mengkategorikan banyak masalah ke dalamnya sedangkan ia bukan daripadanya. Sebenarnya dharurah dan maslahah mempunyai hukum-hukum syarak yang wajib beriltizam dengan syarat-syarat dan garis panduannya tanpa keterlaluan atau pengecuaian. Kita sebutkan di sini secara ringkas sebahagian daripada pengertian yang berkisar sekitar maslahah dan dharurah.
Maslahah: Ia bermaksud mendapatkan manfaat dan menolak kemudaratan (iaitu kefasadan). Ia mengandungi aspek positif iaitu mewujudkan manfaat dan aspek negatif iaitu menolak kefasadan. Kadang-kadang kalimah maslahah digunakan untuk aspek positif sahaja. Ketika itu dia akan diikuti dengan penggunaan kalimah menolak kefasadan sepertimana kata-kata ahli fiqh : Menolak kefasadan lebih diutamakan daripada mendapatkan maslahah. (Iaitu keadaan terpaksa yang membolehkan seseorang menggunakan atau mengambil apa yang ditegah oleh syarak-Majmu’ Buhuth Fiqhiyyah oleh Dr Abdul Karlin Zaidan - penterjemah)
Al-Imam al-Izz bin Abdus Salam berkata: Maslahah ada dua bentuk. Pertamanya, hakiki iaitu kegembiraan dan kelazatan. Keduanya, majazi (bukan hakiki) iaitu sebab-sebabnya. Boleh jadi sebab-sebab yang membawa kepada maslahah adalah perkara fasad, maka disuruh melakukamnya atau diharuskan bukan disebabkan kefasadannya tetapi kerana dia membawa kepada rnaslahah. Begitu juga kefasadan mengandungi dua bentuk. Pertamanya, hakiki iaitu kesedihan dan keperitan dan keduanya majazi iaitu sebab-sebabnya. Boleh jadi sebab kepada kefasadan ialah perkara maslahah. Maka syarak melarang daripada melakukannya bukan disebabkan maslahahnya tetapi kerana dia membawa kepada kefasadan.
Perhatikan kenyataan di atas dengan teliti dan jangan lupa. Selepas itu mari bersama saya (penulis kitab) berpindah kepada pembahagian lain bagi maslahah.
Maslahah terbahagi kepada tiga.
1) Maslahah yang diambil kira.
Iaitu semua maslahah dan maqasid di mana hukum syarak disyariatkan untuk menghasilkannya. Ahli Fiqh telah membahagikannya kepada tiga;
a) Ad-Dharuriah : laitu perkara yang mesti ada untuk mewujudkan maslahah agama dan dunia serta menjaga perkara dharuriah. Perkara dhoruriah tersebut ialah menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta.
b) Al-Haajiah. laitu perkara yang diperlukan untuk menghilangkan kesempitan. Kesempitan tersebut pula pada kebiasaannya membawa kepada kesusahan dan kesulitan yang membawa kepada tidak tercapainya apa yang dikehendaki. Apabila perkara tersebut tidak diambil kira, maka ia akan menyebabkan mukallaf menghadapi beberapa kesusahan dan kesempitan tetapi tidak sampai ke peringkat kerosakan yang menyeluruh.
c) Al-Tahsiniah (Al-Kamaliah). Maksudnya adat-adat yang baik. Ia terkumpul dalam bahagian akhlak yang mulia.
Setiap peringkat daripada peringkat ini dikira sebagai penyempurna kepada peringkat yang lebih penting daripadanya. Haajiah adalah penyempurna kepada dhoruriah, dan kamaliah adalah penyempurna kepada haajiah. Perkara yang menyempurnakan diambil kira dengan syarat, apabila ia diambil kira ia tidak membatalkan apa yang disempurnakannya. Ini kerana apabila batal yang asal (yang disempurnakan), maka batallah bersamanya apa yang menyempurnakannya.
2) Maslahah yang tidak diambil kira.
Ia meliputi semua maslahah yang dinyatakan oleh syarak sebagai maslahah yang ditolak dan terdapat nas syarak yang melarang daripada menggunakannya. Contohnya ialah maslahah yang terdapat pada jual beli ribawi. Ia ditolak dengan nas yang mengharamkan riba.
3) Masolih Mursalah.
laitu maslahah yang syarak tidak mengatakan bahawa ia diambil kira atau tidak. Sebaliknya syarak mendiamkan diri. Dinamakan sebagai mursalah kerana tidak ada dalil yang menunjukkan bahawa maslahah tersebut diambil kira atau ditolak. Para ulama berselisih pendapat dalam masalah beramal dengannya. Pendapat yang betul ialah (sebagaimana yang ditegaskan oleh al-Quraafi dan Ibnu Daqid al-Eid); Tidak ada mazhab dan seorang fakih pun yang tidak beramal dengannya sama ada terdapat munasabah yang kuat atau lemah. al-Quraafi berkata: Setelah dikaji didapati semua mazhab beramal dengannya kerana mereka beramal dengan munasabah.
Di antara contoh masolih mursalah ialah tindakan Khalifah Uthman bin Affan menjadikan semua orang menggunakan satu mashaf dan mewajibkan mereka membaca dengan satu qiraat sahaja, membentuk dewan-dewan, membunuh sekumpulan manusia yang terlibat (bersyarikat) dalam pembunuhan seseorang dan lain-lain lagi.
Imam Syaatibi melihat betapa pentingnya berjaga-jaga ketika berhadapan dengan masolih rnursalah. Beliau berkata; Berusaha untuk mendatangkan maslahah adalah tindakan yang betul dengan syarat sentiasa berjaga-jaga sekadar termampu tanpa merasa sebarang kesempitan.
Dipandang dari sudut yang lain, maslahah tetap diambil kira sekalipun bertentangan dengan nas syariat dan ijmak apabila menghasilkannya adalah termasuk dalam bab dharurah. Maksudnya; Hendaklah wujud di sana dua maslahah yang bertentangan seperti maslahah perlaksanaan hukum syarak dan maslahah tidak melaksanakannya ketika pelaksanaannya membawa kepada kemudaratan. Atau ketika berlakunya pertentangan di antara dua usul daripada lima usul yang telah disebutkan dalam perbincangan mengenai dharuniah. Ketika itu, wajib mengambil yang paling kurang mendatangkan kemudaratan dan paling hanyak mendatangkan maslahah. Banyak hukum syarak yang beroperasi berdasarkan kepada apa yang disebutkan di atas seperti harus memakan bangkai ketika dharurah dan bimbangkan kebinasaan (mati) dan harus menuturkan kalimah yang membawa kepada kufur ketika dipaksa dengan syarat hati masih lagi merasa tenang dengan keimanan.
Imam Ghazali telah menyebut perkara ini dengan katanya; Apabila berlaku pertentangan di antara dua keburukan atau dua kemudaratan ,maka maqasid syarak ketika itu ialah menolak yang paling besar kemudaratannya dan paling besar keburukannya.
Imam Ibnu Qayyim aI-Jawzyyiah berkata: Syariat dibina di atas dasar menolak yang paling banyak kerosakannya dengan menanggung salah satu daripada keduanya yang paling sedikit kerosakannya, dan mendatangkan maslahah yang paling besar dengan rneninggalkan salah satu maslahah yang lebih kecil daripada keduanya, Bahkan maslahah duniawi dan agama dibina di atas kedua-dua asas ini. Beliau menambah lagi; Syariat tidak membatalkan maslahah yang kuat untuk mendapatkan maslahah yang lemah.Imam aI-Izz bin Abdus Salam telah membentangkan tajuk berkumpulnya maslahah dan mafsadah di dalam kitab Qawaidnya dan mengemukakan lebih daripada enam puluh contoh dalam masalah yang mentarjih (menguatkan) pengambilan maslahah daripada mafsadah. Di antara yang dinyatakan ialah; Contoh yang keempat puluh empat: Berbohong adalah mafsadah yang diharamkan kecuali apabila mendatangkan maslahah ataupun menolak mafsadah. Ketika itu kadang-kadang ia diharuskan dan kadang-kadang diwajibkan contohnya;
a) Berbohong kepada isteri dengan tujuan memperbetulkannya dan memperbaiki hubungan dengannya. Ketika itu berbohong adalah diharuskan. Ini kerana kejelekan berbohong (yang tidak mendatangkan kemudaratan dan manfaat) adalah sedikit. Apabila berbohong, mengandungi maslahah yang mengatasi kejelekkannya, maka diharuskan untuk dilakukan demi mendapatkan maslahah tersebut. Begitu juga berbohong untuk menyelesaikan perbalahan yang berlaku di kalangan manusia. Ia lebih utama diharuskan disebabkan maslahahnya lebih umum.
b) Seorang yang terpelihara darah bersembunyi di rumahnya daripada si zalim yang ingin memotong tangannya. Maka dia ditanya lalu dijawab; Saya tidak melihatnya. Berbohong di sini adalah lebih afdal daripada berkata benar disebabkan kewajipan menjaga anggota adalah lebih besar maslahahnya daripada berkata benar yang tidak mendatangkan kemudaratan dan manfaat. Apatah lagi apabila berkata benar dijangka akan mendatangkan kemudaratan. Yang lebih utama daripada masalah ini ialah apabila seorang yang terpelihara darahnya bersembunyi di rumahnya daripada mereka yang ingin membunuhnya.
c) Seorang zalim datang untuk merampas barang amanah yang ditinggalkan kepada pemegangnya. Dia wajib berbohong demi menjaga barang amanah tersebut. Dan perbuatan berbohong di sini adalah untuk memeliharanya. Sekiranya dia bercakap benar dan memberitahu si zalim tersebut, maka dia dikehendaki membayar ganti ruginya dan perbuatan berbohongnya itu dikira sebagai berbuat baik.
d) Seorang perempuan atau orang suruhan yang ingin dizinai bersembunyi di rumahnya. Orang yang ingin melakukan zina dengannya datang bertanya, maka dia wajib berbohong.
e) Sesorang dipaksa untuk melakukan syirik kcpada Allah (syirik adalah lebih buruk daripada berbohong) atau melakukan sebarang perkara kufur. Maka dia diharuskan untuk melafazkannya (melakukannya) demi menjaga dirinya. Ini kerana melafazkan perkataan syirik tanpa beriktiqad dengannya adalah tidak sama kefasadannya dengan hilangnya ruh (mati).
Kajian terhadap contoh-contoh di atas dan yang seumpamanya;
Berbohong adalah diharuskan dan diberi pahala berdasarkan maslahah yang terkandung di dalamnya dan berdasarkan kadar kewajipan menjaga maslahah tersebut yang terdiri daripada menjaga harta, kehormatan dan nyawa. Sekiranya dia berkata benar ketika itu, nescaya dia berdosa iaitu dosa orang yang menyebabkan berlakunya mafsadah tersebut dan kadarnya adalah berbeza-beza.
Kitab Ihya Ulumiddin menyebut; Maimun bin Mahran berkata: Pada sesetengah keadaan, berbohong adalah lebih baik daripada berkata benar. Apa pandangan kamu jika kamu melihat seorang lelaki mengejar seorang manusia dengan pedang yang terhunus untuk membunuhnya. Lalu dia bersembunyi di sebuah rumah. Lelaki tersebut datang berjumpamu lalu bertanya; Apakah kamu melihat fulan? Apakah yang akan kamu jawab? Bukankah kamu akan menjawab aku tidak melihatnya? Kamu tidak akan bercakap benar kepadanya. Pembohongan ini adalah wajib.
Kemudian Imam Ghazali berkata; Oleh itu kami berpendapat; percakapan adalah wasilah kepada sesuatu tujuan. Setiap tujuan yang boleh dicapai dengan bercakap benar dan berbohong, maka berbohong adalah diharamkan. Sekiranya ia hanya dapat dicapai melalui berbohong, maka berbohong adalah diharuskan jika tujuan yang dicapai adalah diharuskan. Jika tujuan adalah wajib, maka berbohong adalah diwajibkan. Contohnya ialah menjaga kehormatan darah adalah wajib. Di dalam masalah ini, apabila bercakap benar, akan menumpahkan darah seseorang muslim yang sedang bersembunyi daripada si zalim, maka berbohong adalah wajib. Selagi tujuan peperangan atau menyelesaikan perbalahan tidak dapat disempurnakan kecuali dengan berbohong, maka berbohong adalah diharuskan. Perlu diingatkan, bahawa berbohong hendaklah dihindarkan sekadar termampu. Ini kerana apabila seseorang mula membuka pintu berbohong untuk dirinya, ditakuti akan membawanya kepada berbohong dalam perkara yang tidak memerlukannya dan dalam perkara yang bukan dharurah. Pada asalnya berbohong adalah haram kecuali kerana dhorurah.
Kemudian Imam Ghazali membincangkan hadis Ummu Kalthum yang telah disebutkan sebelum ini. Hadis ini mengandungi keharusan berbohong dalam tiga perkara. Selepas itu, beliau berkata; Untuk ketiga-tiga perkara ini terdapat pengecualian yang jelas. Termasuk dalam perkara tersebut ialah perkara lain yang mengandungi tujuan yang baik untuk dirinya atau untuk selainnya. Mengenai harta, seorang zalim ingin mengambilnya dan bertanyakannya mengenai hartanya itu, maka dia boleh berbohong. Sultan menangkapnya lalu ditanya tentang maksiat yang dilakukannya yang hanya diketahui oleh Allah, maka dia boleh berbohong. Dia boleh berkata; Aku tidak berzina, aku tidak mencuri. Rasulullah (s.a.w.) bersabda “Sesiapa yang melakukan kejahatan, dia hendaklah berlindung dengan lindungan Allah.” Ini kerana menzahirkan maksiat adalah lebih hina. Setiap orang diharuskan menjaga darah dan hartanya daripada diambil secara zalim sekalipun dengan cara berbohong. Mengenai berbohong untuk orang lain ialah seperti seseorang bertanyakannya mengenai rahsia saudaranya. Ketika itu dia dibolehkan untuk berbohong.
Beliau berkata lagi; Dinaqalkan daripada salaf bahawa menggunakan ta’ridh (laitu tidak menggunakan ayat yang jelas menunjukkan kepada makna yang dikehendaki. Atau maksud zahir ayat tidak menunjukkan makna sebenar yang dikehendaki seperti kata-kaa alangkah buruknya bakhil sebagai ta’ridh bahawa dia adalah bakhil - penterjemah) adalah dibolehkan sebagai ganti kepada berbohong. Salaf mengatakan; Mengenai ta’ridh, maka ia diharuskan sebagai ganti kepada berbohong. Ini diriwayatkan daripada Ibnu Abbas dan lainnya. Keharusan tersebut hanyalah ketika seseorang terpaksa berbohong. Sekiranya tidak ada keperluan dan dharurah, maka ta’ridh adalah tidak diharuskan. Dengan ini berbohong terang-terangan adalah lebih-lebih lagi tetapi ta’ridh adalah lebih ringan.
Saya akhiri perbincangan yang penting dan mendalam ini dengan menyebut apa yang disebutkan oleh Dr. Abdul Karim Zaidan dalam kitabnya Majmu’ Buhuth Fiqhiyyah dalam kajiannya mengenai Dharurah Dalam Syariat Islam di bawah tajuk “Harus Berbohong Dan Bersumpah Dusta Kerana Dharurah.” Beliau berkata;
Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya juga telab meriwayatkan daripada ahli fiqh di kalangan tabi’in mengenai harusnya berbohong dan bersumpah dusta demi menyelamatkan nyawa dan harta pelakunya ataupun nyawa atau harta orang lain daripada tindakan kejam si zalim dan seumpamanya. Riwayat-riwayat tersebut merupakan peninggalan fiqh lama yang telah berjaya membongkar salah satu sudut yang hujah penting daripada fiqh Islam di dalam menghadapi realiti kehidupan. Ia juga menunjukkan bagaimana fiqh Islam mengambil kira niat manusia dan kesudahan sesuatu perbuatan. Antara riwayat yang disebut di dalam tafsir al-Qurtubi ialah apa yang telah dinyatakan oleh Hasan al-Basri (r.a.) sebagai jawapan terhadap pertanyaan yang diajukan kepadanya. Hasan al-Basri telah ditanya mengenai sultan zalim yang meminta seorang lelaki bersumpah ataupun dia menunjukkan tempat persembunyian orang yang sedang dicari-carinya supaya dapat disiksa secara zalim, ataupun tempat simpanan harta supaya telah dia dapat merampasnya dengan cara yang tidak sebenar? Beliau menjawab: “Sekiranya dia bimbang terhadap keselamatan diri atau hartanya, maka bersumpahlah dan sumpahnya itu tidak akan dikenakan kafarah.”
Abdul Malik bin Habib, salah seorang ulama mazhab yang Maliki pula berkata: Ma’bad telah menceritakan kepadaku daripada al-Musayyib bin Syarik daripada Abu Syaibah, beliau oleh berkata: “Aku telah bertanya kepada Anas Bin Malik tentang seorang lelaki yang akan dibunuh secara zalim, adakah dia dibolehkan bersumpah untuk rnenyelamatkan dirinya?” Beliau menjawab: “Ya. Aku bersumpah tujuh puluh kali kemudian aku melanggarnya adalah lebih aku sukai daripada menunjukkan tempat persembunyian seorang muslim”.
Diceritakan juga bahawa al-Walid bin Abdul Malik telah meminta Raja’ Bin Haiwah (salab seorang ahli fiqh di kalangan tabi’in) supaya bersumpah memberitahunya siapakah yang mengatakan sesuatu yang buruk terhadap khalifah} di dalam majlisnya, Perkara tersebut benar-benar berlaku dan berita tersebut sampai kepada al-Walid melalui mata-matanya. Maka Raja’ bin Haiwah bersumpah mengatakan bahawa perkara tersebut sedikitpun tidak berlaku di dalam majlisnya. Selepas itu al-Walid menyebat mata-mata yang menyampaikan berita tersebut kepadanya dengan tujuh puluh kali sebatan. Kemudian mata-mata tersebut datang menemui Raja’ lalu berkata: ‘Wahai Raja’, dengan berkat doa engkaulah kami memohon hujan ketika kemarau dan kerana pendustaan engkaulah juga belakang tubuhku kami menerima tujuh puluh kali sebatan”. Raja menjawab: “Tujuh puluh kali sebatan yang hinggap di belakang tubuhmu itu jauh lebih baik daripada dibunuhnya seorang muslim.”
Perkara yang semestinya kami peringatkan untuk kali kedua, ketiga dan keempat bahawa berbohong yang di luar daripada apa yang diharuskan oleh syarak adalah termasuk dalam dosa besar. Al-Hafiz az-Zahabi ad-Dimasyqi dan lainnya telah mengkategorikannya sebagai dosa besar. Rasulullah (s.a.w.) juga menjelaskan bahawa seorang mukmin tidak sekali-kali berbohong tetapi dia kadang-kadang menjadi pengecut dan bakhil.
Perkara penting juga bagi kami, bahawa para pemuda yang bekerja untuk Islam mestilah memahami bahawa perkara ini mempunyai garis sempadan yang telah ditentukan oleh syarak dan kita wajib berpandukan kepadanya. Kita janganlah melampauinya yang menyebabkan kita akan kehilangan banyak kebaikan. Kita juga janganlah mencuai dan bermudah-mudah dengannya yang akan menyebabkan perjalanan kita menuju kepada keredhaan Allah akan tergendala. Kedua-dua ini adalah dimurkai Allah Taala. Wallahu A’lam.
Ghulam al-Dakwah (Iman dan Harakah)- Bhgn 4
“Setiap kali ghulam mendatangi ahli sihir, dia akan melalui rahib dan bertemu dengannya. Apabila dia mendatangi ahli sihir maka dia dipukul. Lalu dia mengadu perkara tersebut kepada rahib. Rahib menjawab; Apabila kamu takut kepada ahli sihir, maka katakanlah; Keluargaku menyebabkan aku terlewat. Apabila kamu takut kepada keluargamu, maka jawablah; Ahli sihir menyebabkan aku pulang lewat. (Riwayat Muslim)
Dalam riwayat Tarmizi;
“...Apabila dia mendatangi ahli sihir, dia dipukul. Ahli sihir bertanya; ‘Apakah yang menghalangmu sehingga menyebabkan kamu terlewat.” Apabila dia pulang ke pangkuan keluarganya, mereka memukulnya. Mereka bertanya; “Apakah yang menghalangmu sehingga menyebabkan kamu pulang lewat.”
1) Mad’u hendaklah bersabar ketika menuntut ilmu, bersabar lantaran panjangnya tempoh tarbiah, bersungguh-sungguh dan sanggup bersusah payah, sentiasa mendampingi mereka yang sepatutnya didampingi sebagaimana yang dilakukan oleh ghulam terhadap rahib. Dia telah beijumpa dengan rahib sebanyak dua kali sehari yang menyebabkan kelewatannya. Abu Umamah al-Bahili meriwayatkan hadis daripada Rasulullah (s.a.w.), baginda bersabda: ‘Barangsiapa yang membesar dalam keadaan menuntut ilmu dan beribadah sehingga dewasa, dan dia tetap dalam keadaan yang sama, Allah menulis untuknya pahala tujuh puluh orang yang benar (siddiq)”.
Ibnu Abdul al-Birr berkata: Jarir bin Hazim menceritakan kepada kami bahawa Ibnu Abbas telah berkata: “Ketika Rasulullah (s.a.w.) wafat, aku masih muda. Aku berkata kepada seorang pemuda Ansar; Wahai fulan, marilah bersamaku. Kita bertanya para sahabat Rasulullah dan kita belajar daripada mereka. Mereka masih ramai.” Dia menjawab; “Pelik sungguh kamu ini wahai Ibnu Abbas, Apakah kamu berpandangan bahawa orang ramai akan mendatangi kamu sedangkan di atas muka bumi ini terdapat para sahabat Rasulullah sepertimana yang kamu lihat.” Ibnu Abbas berkata: “Aku tidak pedulikan kata-katanya itu. Aku tetap dengan pendirianku dan mengambil ilmu daripada seorang sahabat selepas seorang. Pada suatu hari, aku mendatangi seorang sahabat yang meriwayatkan hadis. Aku mendapat tahu bahawa beliau mendengarnya danpada Rasulullah. Maka aku berbantalkan serbanku di muka pintu rumahnya. Angin pula menerbangkan debu-debu ke mukaku sehinggalah beliau keluar. Apabila beliau keluar, beliau berkata; Wahai sepupu Rasulullah, kenapa kamu melakukan perkara ini? Aku menjawab; Aku mendapat tahu bahawa anda ada meriwayatkan hadis danipada Rasulullah (s.a.w.). Maka aku mahu mendengarnya daripada anda. Ibnu Abbas menceritakan lagi. Sahabat itu berkata; Mengapa kamu tidak mengutuskan seorang supaya aku datang berjumpa denganmu?. Aku menjawab; Akulah yang sepatutnya datang berjumpa denganmu. Selepas itu, pemuda Ansar berjumpaku. Ketika itu para sahabat telah meninggal dan orang ramai mendatangiku. Beliau berkata; Kamu lebih bijak daripada aku.
Ibnu Abdul al-Birr juga meriwayatkan dengan sanadnya daripada Malik bahawa beliau berkata; “Sesungguhnya ilmu tidak akan dapat dicapai sehinggalah penuntutnya merasai kepahitan kefakiran.” Beliau menyebut kefakiran yang dihadapi oleh Rabiah dalam usahanya menuntut ilmu sehingga ke peringkat beliau menjual kayu atap rumahnya demi menuntut ilmu. Sehingga ke peringkat beliau memakan buah kismis dan buah kurma yang dijumpainya di tempat buangan sampah di Madinah.
Penuntut ilmu juga semestinya ikhlas dan berniat baik dalam menuntut ilmu. Kalau tidak, segala usahanya tidak bermakna bagaikan debu yang berterbangan. Imam Ghazali telah berkata ketika menasihati anak muridnya; “Wahai anak-anakku, berapa banyak malam yang kamu hidupkan dengan mengkaji ilmu dan membaca buku. Kamu menghalang dirimu pada tidur. Aku tidak tahu apakah dorongan yang menyebabkan kamu bertindak dernikian? Sekiranya kerana tujuan duniawi, mencari saki bakinya, mendapatkan habuan di dunia berbangga-bangga terhadap kawan dan taulan, maka celakalah kamu, celakalah kamu. Sekiranya kamu bertujuan untuk menghidupkan syariat Nabi (s.a.w.), memperelokkan akhlak kamu, mendidik nafsu yang sentiasa menyuruh kepada kejahatan, maka beruntunglah kamu, beruntungkh kamu, Benarlah penyair yang berkata;
Mata yang berjaga kerana selain daripadamu adalah sia-sia,
Tangisan mereka bukan kerana kehilanganmu tidak bermakna.
Juga, bagi sesiapa yang ingin mengenali dakwah dan jamaah, maka dia hendaklah bergaul dengan para pendokong pendakwahnya. Dia hendaklah berbincang dan meminta penjelasan daripada mereka sehingga kebenaran jelas kepadanya. Dia tidak sepatutnya berpada dengan cerita-cerita yang didengarinya daripada sebarangan orang, pembawanya pula tidak diketahui benar atau bohong atau, jahil dan sebagainya.Sesungguhnya berusaha untuk mengetahui perkara sebenar dan kebenaran dalam apa-apa masalah adalab diwajibkan oleh syarak kepada setiap individu.
2) Kita dapat perhatikan dalam petikan hadis ini bahawa beberapa kefahaman terhadap tarbiah telah tersebar luas di dalam masyarakat (sekalipun mereka berada dalam kesesatan dan kekufuran). Ahli sihir memukul ghulam kerana kelewatannya dan tidak beriltizam dengan waktu yang ditentukan. Begitu juga dengan keluarga ghulam. Di zaman kita ini juga, kita dapati terdapat beberapa peraturan dan adab-adab umum di negara kafir. Mereka telah menghayatinya, demi kebaikan masyarakat dan negara mereka. Sedangkan kita orang-orang Islam masih jauh untuk melaksanakannya. Ini menyebabkan ramai yang terfitnah termasuklah anak-anak umat Islam.
Menjadi kewajipan kepada semua muslimin (terutamanya golongan daie) mengambil berat semua aspek pentarbiahan akhlak dan tindak-tanduk. Mereka semestinya menganggapnya sebagai bahagian asasi dan salah satu rukun tarbiah. Begitu juga dalam masalah pembinaan peribadi muslim.
3) Pukulan yang diterima oleh ghulam adalah sebahagian daripada ujian dan cubaan. Ia juga merupakan sebabagian daripada bentuk persediaan untuknya. Mad’u semestinya sanggup mengorbankan waktu, tenaga dan harta demi mempelajari dakwah dan tarbiah berdasarkan kefahamannya yang betul. Setiap kali usaha yang dicurahkan lebih besar, maka hasilnya adalah lebih bermakna dan tarbiah adalah lebih mendalam.
Di antara kewajipan daie dan murabbi (selepas mad’u memberi kepercayaannya kepada mereka) ialah merasakan kepada mad’u berdasarkan kepada keadaan dan tabiatnya serta dengan berperingkat bahawa nilai dakwah adalah terlalu mahal. Dia hendaklah mencurahkan tenaga untuk memahaminya dan sanggup menanggung kesusahan kerananya. Kita semestinya tidak merasa kedekut untuk membelanjakan waktu dan segala yang kita miliki apabila dakwah memerlukannya.Kita hendaklah sanggup rnenanggung kepedihan, keperitan dan keletihan dalam memperjuangkannya.
4) Daie yang bercirikan murabbi semestinya membezakan antara aduan yang berbentuk meminta keuzuran dan meninggalkan tanggungjawab dan aduan yang benar-benar ingin menjaga dakwah dan melepasi halangan yang membantutkan kerja dakwah. Kedua-dua bentuk aduan mi tidak dapat dibezakan kecuali oleh daie yang cerdik, berpengalaman dan berfirasat. Mutabaah yang bersungguh-sungguh disertai dengan pergaulan yang mesra dapat membantu daie dalam bertindak dan membuat keputusan. Tanpa semua ini, kadang-kadang mereka yang benar akan dituduh. Ini menyebabkan mereka akan ketinggalan di belakang. Ataupun keuzuran diberikan kepada mereka yang tidak mempunyai keuzuran. Maka mereka akan berterusan dalam keadaan demikian. Selepas itu mereka tidak lagi bermanfaat untuk dakwah.
5) Sekalipun tekanan dihadapi oleh ghulam hasil pukulan yang dikenakan oleh ahli sihir dan keluarganya disebabkan kelewatannya, dia masih lagi mampu rnenyembunyikan agama barunya yang benar dan hubungannya dengan rahib daripada pengetahuan ramai. Lidahnya tidak sekali-kali menuturkan perkara tersebut walaupun dengan satu perkataan, ataupun bertindak balas secara tidak disedari yang menyebabkan terbongkar sebahagian atau semua yang berlaku. Tidak syak lagi bahawa ini merupakan bukti yang menunjukkan betapa mendalamnya tarbiah yang diberikan oleh rahib kepadanya dan baiknya penerimaan ghulam serta iltizamnya.
Perbuatan sengaja menzahirkan hubungan ini sebelum tiba waktunya yang munasabah (yang dapat merealisasikan maslahah dakwah) akan menyusahkan perlaksanaan apa yang telah dirancang oleh rahib. Tidak syak lagi bahawa rabib telah menyuruh ghulam supaya menyimpan rahsia seperti yang dijelaskan oleh cara menyelesaikan masalah ghulam yang kena pukul dan arahannya supaya ghulam tidak menceritakan mengenainya ketika dia diuji dan diseksa.
6) Kita juga dapat perhatikan bahawa rahib tidak memberhentikan pertemuannya dengan ghulam, atau mengurangkannya kerana bimbangkan kesulitan. Sebaliknya beliau mencari jalan penyelesaian dalam bentuk lain yang tidak memberi kesan terhadap hubungan dakwah dan tarbiah yang sedia terjalin. Daie semestinya tidak merasa tertekan dan memandang remeh ketika menghadapi sebarang suasana (seksaan - kesibukan duniawi - kesibukan kerja-kerja dakwah yang lain...) terhadap pertemuan-pertemuan tarbiah ataupun mencuaikannya. Sebaliknya daie semestinya menyelesaikan masalah tersebut tanpa menggadaikan amalan dan bekalan harian, bekalan pemikiran dan bekalan harakah untuk daie dan mad’u.
Pengajaran Di Sudut Dakwah.
1) Pertemuan di antara rahib dan ghulam berlaku dua kali sehari. Kali pertama ketika dia pergi menemui ahli sihir dan kedua ketika pulang. Kita menganggap bahawa pertemuan pertama adalah untuk mengajar agama kepada ghulam dan kedua adalah untuk menjawab syubhat yang kadang-kadang mempengaruhi ghulam ketika pertemuannya dengan ahli sihir.
Pertemuaan-pertemuan ini memberi pengajaran kepada kita terhadap kepentingan tarbiah tertumpu dan intensif serta hubungan yang mesra untuk sampai kepada kualiti yang diingini. Ia juga memberi pengajaran kepada kita betapa pentingnya memahami suasana yang dihadapi oleh mad’u dan kesan terhadap mereka serta menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
2) Perkara terpenting yang dapat kita pelajari daripada petikan ini ialah bagaimanakah hubungan yang semestinya terjalin di antara mad’u dan daie. Ia merupakan hubungan dua hala.
Pertama: Hubungan mad’u dengan daie.
Mad’u sentiasa diminta supaya menceritakan berkenaan diri dan masalah peribadinya lebih-lebih lagi masalah dakwah kepada daie untuk dia mengetahui suasana-suasana yang dihadapi oleh mad’u dan mengemukakan cara penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Ini juga dapat membantu daie untuk melakukan pergaulan yang sempurna dengannya dan menyempurnakan perjalanan tarbiah bersamanya.
Untuk lebih memahami lagi masalah ini, kita hendaklah menggambarkan apakah yang akan berlaku sekiranya rahib tidak mengetahui masalah yang dihadapi oleh ghulam. Terdapat beberapa kemungkinan,
a) Ghulam akan berbohong disebabkan pukulan yang sentiasa diterimanya. Dia akan mula memutuskan hubungan yang terjalin kerana pukulan yang diterima adalah disebabkan pertemuan-pertemuan yang berlaku dengan rahib yang kadang-kadang terdapat perkara yang tidak dipersetujuinya, sedangkan dia tidak mengetahui perkara yang sebenarnya. Dengan itu hubungan akan menjadi renggang dan lembab, bahkan boleh membawa kepada terputus.
b) Terdapat juga kemungkinan yang lain, iaitu ghulam tersilap dalam tindakannya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Maka, ia membawa kepada perkara yang lebih rnerbahaya. Dan berbagai lagi kemungkinan yang mungkin bermain di kepala. Kami sebenarnya tidak bermaksud berlebih-lebih dalam menggambarkan persoalan yang berlaku. Kami juga tidak bermaksud bahawa jika mad’u menyembunyikan sesuatu yang berkaitan dengan urusan peribadinya daripada pengetahuan daie, maka dia akan terfitnah dan gugur. Apa yang kami maksudkan ialah supaya kita dapat merasai kepentingan hubungan ini.
Sebahagian orang menolak hubungan sebegini di antara daie dan mad’u. Mereka bcrpendapat bahawa hubungan hanya berlaku dalam urusan dakwah sahaja. Daie tidak boleh masuk campur dalam urusan peribadi mad’u. Dengan itu, tiada di sana apa yang dinamakan sebagai kebersamaan dan meminta keizinan dalam perkara penting. Sebab kepada pendapat ini ialah perkara ini akan menjadikan ikhwah sebagai patung yang baik tetapi tidak memiliki keperibadian dan kebebasan berfikir. Yang ada hanyalah ikut buta yang ditolak. Kami menolak pendapat ini dari berbagai sudut;
i) Rasulullah (s.a.w.) yang merupakan murabbi pertama dan contoh ikutan telah memberi tunjuk ajar kepada para sahabat dan mendidik mereka di setiap aspek kehidupan; perkahwinan, talak, kefakiran, pendidikan anak-anak, zihar, buat baik kepada kedua ibubapa, kerja, ukhuwwah, akhlak yang lurus, jihad, takaful, dakwah dan sebagainya. Di antara contoh yang berlaku ialah;
Dalam perkahwinan;
Ma’qal bin Yusar berkata: Seorang lelaki datang berjumpa Rasulullah lalu berkata; “Aku mencintai seorang wanita. yang berketurunan mulia dan berharta tetapi mandul. Apakah aku boleh mengahwininya? Baginda menjawab; Jangan. Kemudian dia datang lagi untuk kali keduanya dan baginda melarangnya. Apabila dia datang untuk kali ketiga, Rasulullah bersabda kepadanya; Kahwinilah perempuan yang kamu berkenan dan tidak mandul. Sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku”.
Dalam talak;
Kita dapati baginda (s.a.w) telah memberi tunjuk ajar kepada Abdullah bin Umar. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa beliau telah mentalak isterinya yang sedang dalam keadaan haid. Umar menceritakan perkara tersebut kepada Rasulullah lalu baginda bersabda; Suruhlah dia rujuk ataupun talaklah dia ketika dalam keadaan suci atau rnengandung.
Dalam riwayat yang lain juga daripada Ibnu Umar bahawa beliau mentalak isterinya yang sedang dalam keadaan haid. Lalu Umar menceritakan perkara tersebut kepada Rasulullah. Baginda (s.a.w.) marah dan bersabda; Dia hendaklah rujuk semula sehinggalah isterinya suci kemudian dia haid kembali dan suci. Sekiranya dia tetap ingin mentalaknya, maka dia hendaklah mentalaknya sebelum disetubuhi. Itulah tempoh waktu sepertimana yang diperintahkan oleh Allah.” Dalam lafaz yang lain disebut; Itulah tempoh waktu yang disuruh oleh Allah kepada sesiapa yang ingin mentalak isterinya.
Dalam menyelesaikan masalah kemiskinan;
Daripada al-Miqdam (r.a) daripada Nabi (s.a.w.), baginda bersabda; “Seseorang tidak memakan makanan yang lebih baik baginya, daripada dia memakan makanan hasil daripada kerjanya sendiri. Sesungguhnya Nabi Allah Daud memakan hasil daripada kerjanya sendiri”.
Dalam pendidikan anak-anak;
Daripada Amri bin Shuaib daripada bapanya daripada datuknya, beliau berkata; Rasulullah (s.a.w) bersabda; Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan sembahyang ketika berumur tujuh tahun. Pukullah mereka (kerana mencuaikannya) ketika mereka berumar sepuluh tahun dan pisahlah tempat tidur di antara mereka.”
Dalam masalah zihar;
Khaulah binti Sha’labah telah mengadu kepada Rasulullah mengenai suaminya Aus bin Shomit. Khaulah berkata; Wahai Rasulullah, dia memakan hartaku, menghabiskan mudaku, perutku kendur kerananya sehinggalah apabila aku telah tua dan tidak dapat lagi beranak, dia menziharkan aku. Ya Allah, aku mengadu kepada-Mu. Aisyah berkata; Tidak lama selepas itu Jibril menurunkan ayat yang bermaksud; “Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan seorang wanita yang bersoal-jawab denganmu (wahai Muhammad) tentang suaminya.( Seorang lelaki yang mengharamkan isterinya untuk dirinya seperti dia berkata; Kamu ke atasku adalah seperti belakang ibuku. (Mu’jam Lughah Fuqaha - penterjemah).
Dalam berbuat baik kepada kedua ibubapa;
Abdullah bin Amru berkata; Seorang lelaki datang berjumpa Rasulullah ingin berbaiah untuk berhijrah dan dia meninggalkan kedua ibubapanya menangisinya, Baginda (s.a.w.) bersabda kepadanya; Pulanglah kamu menemui keduanya. Gembirakanlah keduanya sebagaimana kamu telah menangiskan mereka berdua. Juga daripada Abdullah bin Amru, beliau berkata; Seorang lelaki datang berjumpa Nabi (s.a.w.) untuk berjihad. Baginda bertanya; “Adakah kedua ibubapa kamu masih hidup? Dia menjawab; Ya. Lalu baginda bersabda; Pada kedua-duanya hendaklah kamu berjihad.”
Dalam galakan melakukan ibadah;
Salim bin Abdullah bin Umar meriwayatkan daripada bapanya bahawa Rasulullah (s.a.w.) bersabda; “Sebaik-baik lelaki ialah Abdullah sekiranya dia sembahyang di waktu malam. Salim berkata; Abdullah selepas itu tidak tidur malam kecuali sedikit”.
Dalam berzikir;
Daripada Abdullah bin Bisr (r.a.) bahawa seorang lelaki berkata; “Wahai Rasulullah, sesungguhnya hukum-hukum syariat telah membebankan aku. Ceritakan kepadaku sesuatu yang dapat aku menguatkan diri dengannya. Baginda menjawab; Sentiasalah membasahi lidahmu dengan zikrullah” .
Dalam berukhuwwah;
Rasulullah (s.a.w.) telah mempersaudarakan di antara muslimin. Perkara ini jelas dapat dilihat selepas hijrah iaitu di antara Muhajirin dan Ansar. Di sini hanya dinyatakan dua contoh yang paling menonjol sahaja iaitu;
Pertama: Rasulullah (s.a.w.) bersabda; “Bersaudaralah kerana Allah di antara dua orang, dua orang. Kemudian baginda memegang tangan Ali bin Abu Talib sambil berkata : Ini adalah saudaraku. Pada ketika itu, Abdul Rahman bin Auf sampai ke Madinah, lalu baginda mempersaudarakannya dengan Saad bin ar-Rabi’ al-Ansari. Maka Saad berkata kepadanya; Wahai saudaraku, aku adalah orang paling kaya di Madinah. Pilihlah setengah daripada hartaku dan ambillah. Aku mempunyai dua orang isteri, lihatlah kedua-duanya dan pilihlah siapa yang paling kamu berkenan supaya aku boleh mentalakkannya. Abdur Rahman menjawab; Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya pada keluarga dan hartamu. Tunjukkan kepadaku pasar.... sehingga akhir kisah.
Kedua: Di dalam peperangan Yarmuk, Ikramah bin Abu Jahal berkata; Sebelum ini aku telah memerangi Rasulullah (s.a.w.) di banyak tempat dan apakah pada hari ini aku akan lari daripada kamu? Kernudian dia menyeru: Siapakah yang akan berbaiah (berjanji setia) untuk mati? Maka bapa saudaranya al-Harith bin Hisyam dan Dhirar bin al-Azur bersama-sama empat ratus orang pemuka muslimin dan tentera penunggang kuda berbaiah dengannya. Mereka berperang sehingga kesemuanya mendapat luka dan Dhirar mati syahid. Ketika mereka hampir mati disebabkan luka yang ditanggung, mereka meminta supaya dibawa air minum. Lalu air minum dibawa kepada mereka. Apabila dibawa kepada salah seorang daripada mereka, dia melihat kepada yang lainnya sambil berkata; Berilah kepadanya. Apabila dibawa kepada orang tersebut, dia melihat kepada yang lainnya sambil berkata; Berilah kepadanya. Mereka saling menyuruh supaya diberikan kepada yang lainnya sehinggalah semuanya mati tanpa ada yang meminumnya. Semoga Allah merahmati mereka semua.
Itulah hasil tunjuk ajar yang diberikan oleh Rasulullah (s.a.w.), persaudaraan yang dijalinkan dan seruan baginda kepada mengutamakan saudara semuslim melebihi daripada din sendiri (ithar).
Dalam berahhlak mulia;
Baginda telab menasihati seorang lelaki dengan katanya; Jangan marah. Jawapan ini adalah terlalu ringkas tetapi pada hakikatnya mengandungi pengertian yang mendalam.
Dalam bertakaful;
Rasulullah (s.a.w.) memberi tunjuk ajar dan menggalakkan supaya menanggung anak yatim, bertakaful di antara seorang dengan saudara muslimnya dan jiran dengan jirannya. Banyak hadis yang menceritakan perkara ini dan telah masyhur. Bukalah kitab-kitab hadis yang menyebutnya.
Amatlah layak bagi kita untuk mengambil contoh teladan daripada Rasulullah yang merupakan murabbi pertama dan contoh yang baik.
Tazkirah Ramadhan
- Amalan di bulan Ramadhan
- Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
- Jadilah Abid Rabbani bukan Abid Ramadhani
- Karnival Ibadah Ramadhan
- Kebaikan Berpuasa
- Keistimewaan bulan Ramadhan dan beramal di dalamnya
- Puasa Rohani dan Jasmani
- Ragam Ramadhan
- Ramadhan antara 2 zaman
- Ramadhan bulan penyucian
- Ramadhan elakkan pembaziran
- Salam Kedamaian 27 Ramadhan 1428
- Salam Ramadhan buat semua
- Salamun 'alaika Ramadhan
- Sedekah penyambung ukhuwwah
- Selamat menyambut Ramadhan
- Syawal Lambang Kemenangan Ummah
- Tadarus al-Qur'an penghias Ramadhan
- XPDC mencari Lailatul Qadr
- Zakat pengikat kasih menyebar rahmat
Klip Video Pilihan
- Aksi berani mati Mat Rempit II
- Aksi berani mati Mat Rempit III
- al-Qariah
- Amar Makruf Nahi Munkar
- Anak-anak Palestin yang dizalimi
- Apabila kereta menari
- Gelagat Mat Rempit masa kini
- Hayatilah semangat mereka
- Hukuman sebat tak mampu mencegah jenayah
- Kena bijak elak dari musuh!
- Kenanglah Jasa Ibu !
- Kita pasti mati
- Persitiwa Takbai yang tidak dapat dilupakan!
- Runtuhnya simbol kebanggan US !
- Sejadah pun solat
METODOLOGI IBN QAYYIM AL-JAWZIYYAH DALAM KITAB AL-AMTHAL FI AL-QUR'AN-DISERTASI SARJANAKU
GHULAM DAKWAH (IMAN DAN HARAKAH)
- GHULAM AL-DAKWAH (BHGN 1) OLEH HISYAM SOQR
- GHULAM AL-DAKWAH (BHGN 2) OLEH HISYAM SOQR
- GHULAM AL-DAKWAH (BHGN 3) OLEH HISYAM SOQR
- GHULAM AL-DAKWAH (BHGN 4) OLEH HISYAM SOQR
- GHULAM AL-DAKWAH (BHGN 5) OLEH HISYAM SOQR
- GHULAM AL-DAKWAH (BHGN 6) OLEH HISYAM SOQR
- GHULAM AL-DAKWAH (BHGN 7) OLEH HISYAM SOQR
- GHULAM DAKWAH (BHGN 8) OLEH HISYAM SOQR
Site Meter
Koleksi Kertas Kerja Bermanfaat
- Agama Islam ; Satu Kupasan Terhadap Ciri-ciri Perwatakannya
- Faham Agama dan Asas Akhlak
- Himpunan Kertas Kerja Menarik-Koleksi Akhi Ridwan Alias
- KERTAS KERJA I - KOMUNIKASI BERKESAN UNTUK FASILITATOR - OLEH DR.MU'ATI@ZAMRI (UPM)
- KERTAS KERJA II - KEBERKESANAN PENYAMPAIAN ; PENILAIAN DARI SUDUT METOD - OLEH DR.MUA'TI@ZAMRI (UPM)
- KERTAS KERJA KHAS-STRATEGIC MANAGEMENT BY DR DUSIT JAUL (INTAN SENIOR OFFICER)
- Konsep Latihan Dalam Islam : Persediaan Melahirkan Modal Insan Hadhari
- Latihan Dakwah di Sarawak ; Sorotan Masa Depan oleh Dr Azhar Ahmad
- Persediaan Latihan Para Daie : Ke Arah Menjadi Towering Personality oleh Dr Rusli Ahmad
- SIKAP DAN PERANAN UMAT ISLAM MENGHADAPI CABARAN SEMASA - FINAL PART OLEH SALLEH BUANG (PEGUAM TERKEMUKA)
- SIKAP DAN PERANAN UMAT ISLAM MENGHADAPI CABARAN SEMASA - PART 2
- Tok Kenali
- Uslub Dakwah Temporari ; Persediaan Alaf Baru
- “SIKAP DAN PERANAN UMAT ISLAM MENGHADAPI CABARAN SEMASA"-PART 1 OLEH SALLEH BUANG (PEGUAM TERKEMUKA)
Laman Motivasi
Cakna Minda
- Allah bersama penolong agamanya
- Anak Soleh Solehah Impian Baitul Muslim
- Antara 2 Pandangan
- Antara kerakusan penguasa dan mujahadah pembela kebenaran
- Beza Orang Beragama dan Orang Yang Belajar Agama
- Bukan mudah mentarbiyyah generasi muda masa kini
- Intelectual Properties
- Ke Mana Menghilangnya Rakan Muda Masjid?
- Kebangkitan pro mahasiswa sudah bermula
- Keinsafan di sebalik tirai besi
- Konsert Gwen Stefani Yang Tak Bermoral
- Lambakan Program Hiburan Suburkan Hedonisme
- Malangnya Hari Kerana Hati
- Marhaban di Astro Tampilkan Lagu Pop Rock?
- Mari kita berfikir sejenak
- Moga pembunuh Nurin Jazlin dapat ditangkap!
- Panduan Bersandar Bulat kepada Rahmat Allah
- Penjara Tarbiyyah buat Ibn Taymiyyah dan Ibn Qayyim al-Jawziyyah
- Roh dan Jasad Umpama Sim Card dan Handset
- Rusuhan di Batu Buruk ; Konspirasi Dan Provokasi?
- Sambutan Kemerdekaan Negara Kosmetik
- Sampan Tua di Tepi Laut
- Tidakkan tercapai kejayaan semanis madu jika tiada usaha sepahit hempedu
Disertasi Ilmiah
- Disertasi Ilmiah 13 - Ustaz 13-Tidak diketahui
- Disertasi Ilmiah 12 - Ustaz 12-Ahmad Sonhadji
- Disertasi Ilmiah 1-Ustaz 1- Mustafa Abdul Rahman
- Disertasi Ilmiah 10 - Ustaz 10 -Dato' Yusoff Zaki
- Disertasi Ilmiah 11- Ustaz 11 - Haji Yusof Rawa
- Disertasi Ilmiah 2-Ustaz 2 - Pak Hamka
- Disertasi Ilmiah 3-Ustaz 3 - Syeikh Abdullah Basmeih
- Disertasi Ilmiah 4-Ustaz 4 - Prof.Dr.T.M Hasbi
- Disertasi Ilmiah 5- Ustaz 5-Al-Allamah Abd Murad
- Disertasi Ilmiah 8- Ustaz 8-Muhammad Said
- Disertasi Ilmiah 9 - Ustaz 9 -Muhammad Sa'id Umar
Top Entries 2
Top Entries I
- Tafsir Ayat 180 Surah al-A'raf ; Satu Penilaian Terhadap Tanggapan Tuhan Samseng (Final Part)
- Tafsir Ayat 180 Surah al-A'raf ; Satu Penilaian Terhadap Tanggapan Tuhan Samseng (Part VI)
- Tafsir Ayat 180 Surah al-A'raf ; Satu Penilaian Terhadap Tanggapan Tuhan Samseng (Part V)
- Tafsir Ayat 180 Surah al-A'raf ; Satu Penilaian Terhadap Tanggapan Tuhan Samseng (Part IV)
- Tafsir Ayat 180 Surah al-A'raf ; Satu Penilaian Terhadap Tanggapan Tuhan Samseng (Part III)
- Tafsir Ayat 180 Surah al-A'raf ; Satu Penilaian Terhadap Tanggapan Tuhan Samseng (Part II)
- Tafsir Ayat 180 Surah al-A'raf ; Satu Penilaian Terhadap Tanggapan Tuhan Samseng (Part I)
Diskusi Santai
Bacalah dengan mata hati
My Favourites Links
- abg hisommudin(sahabatku)
- Abufadhl
- afyan
- Al-Kurauwi
- al-Sarawaki
- alexander
- amin idris
- Anis Ghani
- anwaruitm
- Azral Izwan
- Baim Bintulu
- BIC
- diya
- Dr Yusof Abbas
- fadzli yusof
- Generasi Dynamic
- Hafiz Bintulu
- Hamidi Zakaria
- Hikmatun
- info alternatif I
- info alternatif II
- Izzudin Bintulu
- janshah
- Kick de fella
- Musaza Nurfi
- Nasir Perak
- nisah haron
- pakdi
- prismantiq
- sikumb@ng
- teman petunjuk
- the rise of islam
- ulama ummah
- usrah rabbani
- Ust Fathi
- Ust Shahrul Zaman
- ust.khairuddin aman razali
- ust.tantawi
- ust.z
- Ustaz Hisyam Ilmuone
- ustaz muda
- zaid akhtar
- Zainulfaqar
- Zamri
- zulpahang
Arkib Blog
- Ogos 2011 (1)
- Julai 2011 (3)
- Februari 2011 (1)
- November 2010 (1)
- Oktober 2010 (6)
- September 2010 (3)
- Ogos 2010 (2)
- Julai 2010 (5)
- Jun 2010 (5)
- Mei 2010 (10)
- April 2010 (11)
- Mac 2010 (10)
- Februari 2010 (10)
- Januari 2010 (14)
- Disember 2009 (13)
- November 2009 (11)
- Oktober 2009 (22)
- September 2009 (14)
- Ogos 2009 (15)
- Julai 2009 (15)
- Jun 2009 (22)
- Mei 2009 (16)
- April 2009 (19)
- Mac 2009 (16)
- Februari 2009 (10)
- Januari 2009 (14)
- November 2008 (2)
- Oktober 2008 (12)
- September 2008 (13)
- Ogos 2008 (14)
- Julai 2008 (19)
- Jun 2008 (29)
- Mei 2008 (70)
- April 2008 (80)
- Mac 2008 (41)
- Februari 2008 (27)
- Januari 2008 (4)
- Disember 2007 (45)
- November 2007 (80)
- Oktober 2007 (43)
- September 2007 (31)
- Ogos 2007 (16)
- Julai 2007 (19)
- Jun 2007 (38)
- Mei 2007 (21)
Histats.com
Mengenai Saya
- iskandar zulkarnain
- Your attitude determine your altitude