Jumaat, 30 Oktober 2009

Proses pembersihan dalam PKR



1) Setelah lama menghilangkan diri dan didesak oleh MB Selangor meletak jawatan, semalam Adun Port Klang-Badrul Hisham Abdullah mengumumkan keluar PKR.

2)Ramai rakyat yang mengeluh di atas gelagat beliau. Sukar ditemui dan jarang turun ke padang, memburukkan imej beliau sebagai wakil rakyat.

3) Keluar dari PKR dan menjadi Adun Bebas yang menyokong BN, menambahkan lagi senarai ahli politik yang tidak berpendirian, dan ibarat katak yang akan melompat apabila diancam.

4) PKR perlu bijak dan tepat dalam mengambil keputusan segera menangani isu keluar parti. Justeru, PKR perlu lebih berhati-hati dalam soal memilih calon dan tidak memilih secara tangkap muat.

5) Rakyat kini menilai Pakatan Rakyat dari sudut kesatuan, perpaduan serta gaya urus tadbir dan praktikal konsep negara berkebajikan yang dilaungkan, sewaktu manifesto PRU ke-12 2008 yang lepas.

6) Sila hari bulan, tidak mustahil Pakatan Rakyat kembali ditolak rakyat pada PRU ke-13 akan datang. Wal'iya zu billahi min zalik.



30 Oktober 2009, 11 Zulqaedah 1430 Hijrah,

10.33 pagi, Malaysia Timur

Khamis, 29 Oktober 2009

Seminar ganti EGM, PAS Selangor ke JK Disiplin



1) Setelah hampir 4 jam, pimpinan utama PAS bermusyawwarah-maka keputusannya sebagaimana tajuk di atas.

2) Kita memahami betapa isu dalaman ini, jika tidak ditangani sebaik mungkin boleh membahayakan PAS, apatah lagi UMNO kini sedang membina kekuatan.

3) Kita berharap segala keputusan dibuat hasil konsensus bersama. Apa yang penting tindakan selepas keputusan dibuat. Barulah keputusan itu dilihat berwibawa dan menjejak ke bumi.

4) Akhlak sebagai ahli jemaah Islam perlu dimuhasabah kembali. Terlalu banyak caca merba kini. Tikam belakang, melaga-lagakan 2 pihak yang berbeza pendapat, meyakini berita yang tiada asas lalu menyebarkannya ; adalah bukti betapa terhakisnya nilai murni akhlak seorang pejuang dan pimpinan Islam.

5) Dunia semakin global dan merentasi sempadan, jika silap percaturan buruk padahnnya. Benar, berpolitik kena bijak berstrategi, namun jika strategi itu tidak diberkati Allah, ia boleh meruntuhkan jemaah.

6) Moga selepas ini, apa yang diharap PAS meletakkan dirinya sebagai aktor penting dalam Pakatan Rakyat, setelah isu Unity Givernment sudah ditutup dengan setutup tutupnya!



29 Okotber 2009, 10 Zulqaedah 2009,

10.28 pagi, Malaysia Timur

Rabu, 28 Oktober 2009

DUN Perak-Kemelut yang tidak berkesudahan



1) Setelah 2 sidang berlaku dalam 1 Dun tadi, penyelesaiannya adalah proses pembubaran DUN.

2) Pakatan Rakyat mahupun BN akan terus mempertahankan status quo masing-masing.

3) 5 November menjadi tarikh penentu-Mahkamah Persekutuan akan memutuskan siapakah di antara Nizar dan Zambry; Menteri Besar Perak yang sah.

4) Rakyat semakin gelisah dan diharap Sultan Perak menimbang dengan adil dan saksama agar rakyat diberi hak memilih kerajaan baru Perak. Daulat Tuanku!



28 Oktober 2009, 9 Zulqaedah 1430 Hijrah,

3.14 petang, Malaysia Timur

Kembali kepada Allah ; Kunci ketenangan diri



1) Dalam seminggu dua ini-banyak isu yang timbul. Saya yakin ianya adalah proses dalam mematangkan manusia agar bertindak menyelesaikannya dan menghadapinya dengan tenang.

2) Isu dalaman PAS-saya yakin ia akan selesai dengan baik dengan keputusan konsensus oleh semua ahli mesyuarat yang hadir dalam mesyuarat khas AJK PAS Pusat malam ini.

3) Resolusi oleh Dewan Pemuda PAS Pusat-teguh di belakang kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi Awang di samping memperkukuh Pakatan Rakyat.

4) Menilai kembali segala kemelut yang terjadi-saya yakin ini suatu lagi ujian buat jamaah Islam yang bernama PAS dalam memposisikan dirinya sebagai aktor penting dalam politik tanahair. Tegas pada prinsip mendaulatkan Islam, namun masih fleksibel dengan approach dan pendekatan dakwah-sejajar dengan sifat Islam yang Thabat wa al-Murunah.

5) Dapatan saya-kembali kepada Allah-solat sunat hajat, selidik khabar yang diterima, usah sebar fitnah dan mohon petunjuk kepada Allah-kunci ketenangan diri semua pendokong dan penyokong perjuangan Islam dalam situasi yang genting ini, Insya Allah.



28 Okotber 2009, 9 Zulqaedah 1430 Hijrah,

9.38 pagi, Malaysia Timur

Selasa, 27 Oktober 2009

Isu dalaman PAS-Apabila berazam selesaikan, bertawakkal kepada Allah



1) Saya yakin kemelut ini dapat ditangani dengan penuh hikmah dan bijaksana oleh pimpinan PAS.

2) Tanpa cenderung kepada mana-mana pihak, asas dari panduan Allah di atas diambil, agar segala permasalahan dalaman digantung pengharapan kepada Allah, setelah berusaha melalui syura dan rundingan.

3) Benar, dalam konflik yang berlaku kini, ada yang pro kepada Tuan Guru Haji Hadi dan ada yang pro kepada Tuan Guru Nik Aziz. Pandangan saya, adab bila berbahas elakkan dari kita menghina, memaki hamun dan menggunakan bahasa yang kesat kepada 2 tokoh yang berwibawa ini.

4) Dengan tumbuhnya blog umpama cendawan selepas hujan, masing-masing bebas memberikan pandangan, tetapi berbahaslah atas dasar fakta dan rasional.

5) Seumpama menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tidak berselerakan. Saya menganggap ini suatu lagi proses Tasfiyyah di dalam PAS-bagi menyaring mereka yang ikhlas berjuang demi agama, dan mereka yang mempunyai kepentingan peribadi.

6) Apabila kamu berazam(dalam sesuatu perkara, setelah syura), maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai mereka yang bertwakkal kepadaNya.



27 Oktober 2009, 8 Zulqaedah 1430 Hijrah,

9.28 pagi, Malaysia Timur

Sabtu, 24 Oktober 2009

Kemelut dalaman PAS ;Pimpinlah kami ke jalan yang lurus!



1) Berbangkit lagi isu yang ditimbulkan oleh Tuan Guru Nik Aziz, betapa ada beberapa pimpinan PAS yang bermasalah-ingin bersama dengan UMNO.

2) Di sebelah pihak lagi, mengatakan Tuan Guru Nik Aziz dipergunakan oleh penasihatnya untuk menyingkirkan pimpinan bermasalah ini, apatah lagi setelah kekalahan PAS di Bagan Pinang.

3) Sesungguhnya PAS sedang berkembang dengan keahlian yang semakin meningkat-melebihi sejuta orang ahli, di samping disokong oleh Kelab Penyokong PAS yang akan dipertimbangkan akan menjadi sayap parti.

4) Justeru, untuk mengurus organisasi sebesar ini bukan mudah. Dengan bibit-bibit perpecahan yang mungkin berlaku, tidak mustahil sejarah akan berulang seperti mana undi tidak percaya kepada mantan Presiden PAS-arwah Datuk Asri dan keluarnya mantan SU Agung PAS-Datuk Nakhaie Ahmad.

5) Sebagai ahli, kita hanya mampu berdoa agar kemelut ini mampu diselesaikan sebaik mungkin dan berdoa agar pimpinan gerakan Islam Malaysia ini, diberikan hidayah oleh Allah SWT.

6) Be rational and proffesional, rather than emotional to solve this critical problem. May Allah bless us. Ameen.



24 Oktober 2009, 5 Zulqaedah 1430 Hijrah,

9.32 pagi, Malaysia Timur

Feel good factor by Najib



1) As we all taught, Najib will make the Malaysian feel good factor by 2010 budget.

2) Hopefully, all gifts to the people to increase their own economy and money management during this time economy crisis.

3) I think, this is also some of strategy to win Malaysian heart, to gain support during 13th General Election before 2013.

4) As a result during the undercover unlogical case by Government General Auditor, we hope Najib will walk the talk to whom had made missmanagement during the tender process and took bribe. Among the "gifts" to 1Malaysia :


CUKAI

* Pelepasan cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000.

Pengurangan kadar cukai maksimum individu daripada 27 peratus kepada 26 peratus.

* Pelepasan cukai langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun pada 2010 hingga 2012.


KAKITANGAN AWAM

* Bayaran khas RM500 kepada penjawat Gred 41 hingga Gred 54 serta pesara wajib kerajaan pada Disember ini.

* Pinjaman pembelian komputer setiap tiga tahun berbanding lima tahun sekali sekarang.


RUMAH

* 74,000 unit rumah kos rendah disediakan untuk disewa kepada rakyat pada 2010.


KWSP

* Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia diuruskan oleh KWSP untuk yang tiada pendapatan tetap termasuk pemandu teksi, petani dan penjaja. Setiap RM100 caruman, kerajaan menyumbang 5 peratus tertakluk kepada jumlah RM60 setahun.

* Pelepasan cukai individu untuk caruman KWSP dan premium insurans hayat dinaikkan RM1,000 kepada RM7,000.

* Caruman KWSP dinaikkan semula kepada 11 peratus.


KWSP

* Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia diuruskan oleh KWSP untuk yang tiada pendapatan tetap termasuk pemandu teksi, petani dan penjaja. Setiap RM100 caruman, kerajaan menyumbang 5 peratus tertakluk kepada jumlah RM60 setahun.

* Pelepasan cukai individu untuk caruman KWSP dan premium insurans hayat dinaikkan RM1,000 kepada RM7,000.

* Caruman KWSP dinaikkan semula kepada 11 peratus.


PENDIDIKAN

* Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar mendapat ijazah kelas pertama.

* 30 pelajar terbaik menerima Biasiswa Nasional di universiti tersohor.

* Pakej ‘netbook’ termasuk perkhidmatan jalur lebar dengan bayaran RM50 sebulan untuk dua tahun.

* Diskaun 50 peratus perkhidmatan kereta api jarak jauh kepada pelajar dengan kad diskaun pelajar 1Malaysia.



24 October 2009, 5th Zulqaedah 1430 Hijrah,

8.12 am, East Malaysia

Khamis, 22 Oktober 2009

Takziah buat akhi Ramadhan dan Khadijah



1) Saya menerima sms dari Ustaz Ramadhan Fitri yang memberitahu kepulangan anakandanya-Nur Fatimah ke Rahmatullah jam 6.20 pagi tadi.

2) Sepanjang perkenalan dan persahabatan saya dengan akhi Ramadhan, beliau adalah seorang insan yang dianugerahkan Allah SWT pelbagai kelebihan seperti berbahasa Arab dan Inggeris dengan lancar, ucapan dan pidato yang penuh bersemangat, disulami ungkapan penuh hikmah, serta seorang yang mampu mengurus dan mentadbir dengan efisyen. Bahkan isterinya, Khadijah tidak kurang hebatnya dengan penampilannya bersama Nisa'.

3) Setelah hampir 13 hari di ICU, akhirnya Allah SWT lebih menyayangi Nur Fatimah-juga cucu kepada Ustaz Elias Zakaria-mantan Pengarah Pusat Pengajian Islam USM Penang. Kita meyakini pemergian anak kecil ini, Insya Allah akan diganti dengan yang lebih baik oleh Allah SWT.

4) Lama juga saya tidak berkesempatan bertemu dengan Ramadhan, namun anak muda yang penuh bersemangat dan ahli gerakan Islam tanahair yang komited ini, pasti diganjari Allah SWT berkat kesabaran beliau dan isteri di atas pemergian anak sulung mereka. Moga arwah Nur Fatimah menjadi peneman kalian di syurga kelak. Amin.

5) Salam takziah dari ana sekeluarga di Bumi Kenyalang. Moga roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah SWT.



22 Oktober 2009, 3 Zulqaedah 1430 Hijrah,

3.58 petang, Malaysia Timur

Rabu, 21 Oktober 2009

Prosedur menghadapi kematian (Part 1)



1)Jenazah > jasad manusia yang sudah mati (Roh dan jasad ibarat sim card & handset).

2)Allah memuliakan jenazah umat Islam dengan menetapkan syariat agar dapat diurus dengan sempurna.

3)Mati menurut bahasa > sesuatu keadaan di mana pernafasan dan gerakan anggota tubuhnya berhenti berfungsi. Mati menurut Islam > Keadaan di mana berpisahnya roh halus(nyawa) dengan tubuh yang dicabut oleh Izrail.

4)Orang yang nak mati akan mati.Orang yang tak nak mati akan mati. Orang yang bersedia untuk mati akan mati. Orang yang tak bersedia untuk mati akan mati.

5)“Orang yang paling bijak ialah orang yang boleh menguasai dirinya (menyucikan jiwanya) serta beramal untuk kehidupan sesudah mati”. (Hadith riwayat Tirmizi, Ahmad, Hakim dan Ibn Majah).

6) Doa memperoleh kematian yang baik. “ Ya Allah, hidupkanlah kami dengan iman, dan matikanlah kami dengan iman, dan himpunkanlah kami dengan iman dan masukkanlah kami ke dalam syurga dengan iman ”. Ya Allah tamatkanlah kesudahan(hidup) kami dengan kesudahan yang baik. Dan janganlah Engkau tamatkan kesudahan (hidup) kami dengan kesudahan yang tidak baik ”.

7) Kita akan merasai Alam 5R. Alam Roh,Alam Rahim, Alam Ranjau, Alam Reput, Alam Rasa.

8) “Dialah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah diantara kamu yang lebih baik amalannya dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat" (al-Mulk, ayat 2)

9) Mati syahid (berjuang menegakkan kalimah Allah-paling mulia), mati lemas, mati terbakar, mati bersalin, mati kerana sakit (Kanser/AIDS), mati kerana accident, mati ketika beribadah, mati ketika melakukan maksiat, mati membunuh diri.
(Yang penting bukan cara mati, tetapi cara hidup kerana cara hidup yang akan menentukan cara mati!)


21 Oktober 2009, 2 Zulqaedah 1430 Hijrah,

1.15 petang, Malaysia Timur

Selasa, 20 Oktober 2009

Bahana dadah menghancurkan ummah!



1) Saya bersama dengan sekumpulan pelajar sekolah agama pada pagi ini. Dimaklumkan awal kepada saya, mereka pelajar yang bermasalah dan hardcore di sekolah.

2) Asalnya saya tidak menjadikan itu semua sebagai benteng saya berkomunikasi dengan mereka. Dengan pendekatan memujuk, menegur dan touching, saya bersyukur majoriti memberikan kerjasama dalam slot yang dikendalikan. Semuanya dengan izin Allah SWT.

3) Namun yang mengejutkan saya, bila mana ada di antara peserta yang didapati membawa pil nospain(jenis dadah/ganja). Agak ralat dan terkilan, kerana mereka adalah pelajar sekolah agama.

4) Kini, belajar di sekolah agama juga belum tentu memberikan jaminan anak-anak kita mempunyai jatidiri yang kuat menolak anasir buruk ini. Dadah seumpama arak, yang bisa mengkhayalkan dan akhirnya menghancurkan penagihnya. Belajar di sekolah agama, tetapi minum arak dan menelan pil khayal, benda yang biasa bagi segelintir mereka.

5) Semua pelajar yang terlibat apabila ditanya, salah laku mereka ini tidak diketahui oleh kedua orang tua mereka. Saya hanya mampu berdoa bersama teman-teman urusetia, dan nampak sinar harapan bahawa mereka boleh berubah.

6) Kepada semua ibu bapa dan guru, di depan kita mungkin anak-anak dan anak murid kita baik, tetapi mungkin tidak di belakang kita. Moga Allah SWT menyelamatkan mereka dari godaan nafsu dan syaitan yang senantiasa ingin menyesatkan manusia;mengikut jalan yang terpesong dari rahmat Allah SWT.



20 Oktober 2009, 1 Zulqaedah 1430 Hijrah,

4.17 petang, Malaysia Timur

Khamis, 15 Oktober 2009

Islam didahulukan, Allah SWT diutamakan !




Khutbah Pertama

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورجمة الله وبركاته

الحمد للهِ الذي أَتَمَّ إِحْسَانَهُ عَلَى المُؤْمِنِينَ وَأَكْمَلَ، وَأَشْهَدُ أَنَّ لا إله إلا الله وحده لا شريكَ لَهُ المُتَفَرِّدُ بِالعِزِّ وَالبَقَاءِ، لَه الأَسْمَآءُ الحُسْنَى وَالصِّفَاتُ العُلَى. وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله أَفْضَلَ نَبِيٍّ مُرْسَل، صلى الله عليه وعلى آله وصحبه وسلم. ثم أما بعد أيها المسلمون: فاتقوا الله - سبحانه وتعالى - وَدَاوَمُوا شُكْرَهُ وَالزِمُوا نَهْجَهُ وَاثْبِتُوا عَلَى طَرِيقِ طَاعَتِهِ تُفْلِحُوا...
Sidang jemaah yang dirahmati Allah SWT.

Saya berpesan kepada diri saya dan sidang jemaah sekalian agar marilah sama-sama kita meneguhkan ketaqwaan kepada Allah SWT kerana orang-orang yang mendapat kemenangan di hari akhirat kelak hanyalah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah SWT.Sesungguhnya kita baru sahaja meninggalkan bulan Ramadhan yang dianggap sebagai pesta ibadah dan bulan untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT. Bahkan tujuan daripada ibadah puasa itu sendiripun ialah membentuk manusia agar bertaqwa kepadaNya semata-mata. Alangkah sia-sianya mereka yang tidak mengambil kesempatan sepanjang berada di bulan Ramadhan untuk meningkat amal ibadat sebagai bekalan untuk menghadap Allah SWT. Alangkah ruginya mereka yang tidak mengambil kesempatan memohon sebanyak mungkin keampunan daripada Allah SWT ketika berada di bulan Ramadhan. Di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Al-Hakim, Rasulullah SAW pernah bersabda :

« احُضُرُوا المِنْبَرَ » فَحَضَرْنَا فَلَمَّا ارْتَقَى دَرَجَةً قَالَ : « آمين » ، فَلَمَّا ارْتقَىَ الدَّرَجَةَ الثَّانِيَةَ قال : « آمين » فَلَمَّا ارْتَقَى الدَّرَجَةَ الثَّالِثَةَ قال : « آمين » ، فَلَمَّا نَزَلَ قُلْنَا : يَا رَسُولَ اللهِ لَقَدْ سَمِعْنَا مِنكَ الْيَوْمُ شَيْئًا مَا كُنَّا نَسْمَعُهُ قَالَ : « إِنَّ جِبْرِيلَ عليه الصلاة والسلام عَرَضَ لِي فَقَالَ : بَعُدَا لِمَنْ أَدْرَكَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ قُلْتُ : آمين ، فَلَمَّا رَقَيْتُ الثَّانِيَةَ قَالَ : بَعُدَا لِمَنْ ذُكِرْتَ عِندَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ قلت : آمين ، فَلَمَّا رَقَيْتُ الثَّّالِثَةَ قَالَ : بَعُدَا لِمَنْ أَدْرَكَ أَبَوَاهُ الكِبَرَ عِنْدَهُ أَوْ أَحَدُهُمَا فَلَمْ يُدْخِلاَهُ الجَنَّةَ قُلْتُ : آمين »

Maksudnya : Rasulullah SAW bersabda : Hadirlah ke mimbar semuanya. Apabila kami (sahabat) hadir, Nabi :saw telah lalu naik ke mimbar, apabila melangkah tangga pertama, baginda berkata : Amin, apabila melangkah tangga kedua, baginda berkata, Amin, apabila melangkah tangga ketiga, baginda berkata Amin. Apabila baginda turun, kami bertanya : Wahai Rasulullah, kami telah mendengar daripada kamu pada hari ini sesuatu yang tidak pernah kami mendengarnya. Baginda menjawab : Telah berkata Jibril kepadaku :
• Jauhlah (dari rahmat Allah) kepada sesiapa yang sempat bertemu Ramadhan tetapi tidak diampunkan oleh Allah SWT, aku berkata, Amin.
• Bila aku menaiki tangga kedua, Jibril berkata : Jauhlah (dari rahmat Allah) kepada sesiapa yang disebut nama kamu di sisi mereka, maka mereka tidak berselawat kepadamu, aku berkata, Amin.
• Bila aku menaiki tangga ketiga, Jibril berkata, Jauhlah (dari rahmat Allah) kepada sesiapa yang kedua ibubapanya atau salah seorang darinya mencapai usia tua di sisinya tetapi tidak memasukkannya ke dalam syurga (dengan amal baktinya sebagai seorang anak), aku berkata, Amin.
(Hadis riwayat Hakim dan disahihkan oleh Albani)


Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,

Pada hari ini, pertengahan Syawal. Sesungguhnya, tidak ada yang lebih menggembirakan kita semua apabila puasa yang kita laksanakan itu diterima oleh Allah S.W.T. Kita sentiasa berdoa semoga Allah S.W.T. menerima segala amalan puasa kita pada tahun ini dengan lebih baik dari tahun-tahun yang sudah. Maka, pada bulan Syawal ini, kita meraikan Aidilfitri iaitu hari untuk kita kembali kepada fitrah asal seorang insane. Fitrah yang dimaksudkan seumpama bayi yang baru lahir dan suci bersih dari dosa dan noda. Manakala kemenangan kerana kita Berjaya mengawal nafsu untuk istiqamah berpuasa sepanjang Ramadhan yang lepas. Inilah yang dimaksudkan kegembiraan bagi orang yang berpuasa. Hal ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضَعْفٍ, قَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ : إِلاَّ الصَّوْمُ فَإِنَّهُ لِيْ وَأَنَا أَجْزِيْ بِهِ, يَدْعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِيْ, لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ : فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ, وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبَّهِ, وَلَخُلُوْفُ فِيْهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ مِنْ رِيْحِ الْمِسْكِ. (رواه البخاري ومسلم(
Maksudnya:
“Semua amalan anak Adam a.s. digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza wa Jalla berkata : “melainkan berpuasa, kerana ianya untukku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanan kerana-Ku ”. Bagi orang yang berpuasa mereka akan mendapat dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah Taala daripada bau kasturi.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sidang jemaah yang dirahmati Allah SWT.

Aidilfitri pada tahun ini disambut dalam keadaan dunia keseluruhannya sedang berdepan dengan wabak yang digeruni dan telah memakan beribu-ribu korban di seluruh dunia. Wabak yang dimaksudkan ialah apa yang dinamakan sebaagai selsema babi atau H1N1. Sehingga hari ini, Malaysia sendiri sudah mencatat berpuluh-puluh kematian akibat daripada penularan wabak bahaya ini yang dikatakan boleh tersebar melalui udara. Setiap hari kita menatap di dada-dada akhbar berita-berita berkenaan dengan kematian mangsa wabak H1N1 ini samada di Malaysia atau di tempat-tempat lain di seluruh dunia.

Sedarkah kita bahawa tersebarnya wabak-wabak seperti ini sebenarnya peringatan daripada Allah SWT terhadap keingkaran manusia mematuhi perintah-perintahNya. Rasulullah SAW telah memperingatkan perkara ini di dalam sabda baginda :

لَمْ تَظْهَرْ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلَّا فَشَا فِيهِمْ الطَّاعُونُ وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمْ الَّذِينَ مَضَوْا

Maksudnya : "Tidaklah tampak perbuatan maksiat ditengah-tengah suatu kaum sehingga mereka melakukannya dengan terang-terangan,kecuali mereka akan ditimpa penyakit tha'un dan beraneka penyakit yang belum pernah ada pada generasi-generasi sebelum mereka yang telah lalu." (Hadis sahih R.Ibnu Majah dan al-Hakim)

Wabak H1N1 yang menular di seluruh dunia pada hari ini tidak pernah didengari oleh generasi sebelum kita. Justeru itu, hendaklah masing-masing di kalangan kita kembali menghayati ajaran Islam yang sebenar agar tidak terjebak dengan kemaksiatan yang berleluasa yang mengundang bala daripada Allah SWT.

Selain itu, kita juga bersimpati dengan gempa bumi yang berlaku di Padang, Sumatera Barat. Hampir ribuan yang terkorban. Mungkinkah ini adalah siri-siri peringatan dan bahasa Allah kepada manusia agar kembali mengabdikan diri kepadaNya? Betapa hari ini, ada di kalangan manusia yang terus menerus melakukan kerosakan di bumi Allah dengan melakukan maksiat dan menyalahi tabiat alam, di antaranya menggondolkan bukit bukau yang merupakan pasak bumi.Ia ternyata bertepatan dengan ingatan Allah di dalam surah al-Zalzalah tentang akan berlaku gempa bumi yang lebih dahsyat pada hari Kiamat nanti. Firman Allah SWT di dalam surah al-Zalzalah, ayat 1-8 :


Maksudnya : ”Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya. Serta bumi mengeluarkan segala isinya. Dan berkatalah manusia(dengan perasaan gerun):”Apa yang sudah terjadi kepada bumi?” Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya. Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya(berlaku demikian). Pada hari itu, manusia akan keluar berselerak(dari kubur masing-masing-untuk diperlihatkan kepada mereka(balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan diperlihatkan amalannya. Dan sesiapa yang berbuat kejahatan sebesar zarah, nescaya akan diperlihatkan juga amalannya”.

Namun begitu, kita tidak patut menyatakan gempa bumi itu berlaku semata-mata kerana maksiat yang dilakukan, kerana mengikut pandangan ulama, sekiranya yang terkorban itu adalah orang yang taat, maka ia adalah ujian dan musibah buatnya, manakala bagi yang ingkar, maka ia adalah azab buatnya. Ia selari dengan hadith Nabi SAW yang dirwayatkan oleh Imam Muslim:

”Barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan untuknya, maka dia akan diuji”.
Justeru, apa yang berlaku di Padang, Sumatera Barat itu perlu dijadikan iktibar buat kita yang berada di Malaysia. Berilah sumbangan kepada mangsa-mangsa gempa bumi di sana, yang merupakan saudara seIslam dengan kita, melalui saluran yang telah dinyatakan oleh media dan pemerintah kita.


Muslimin, sidang jemaah yang dihormati sekalian.

Kenapakah berleluasanya maksiat di tengah-tengah masyarakat pada hari ini? Apakah puncanya yang menyebabkan manusia semakin hari semakin lupa kepada tuntutan sebagai hamba Allah SWT? Antara lain ialah kerana kecuaian kita di dalam melaksanakan undang-undang menurut kehendak Allah SWT. Ekoran daripada itu, Allah SWT mencabut rasa takut dari hati manusia untuk melakukan maksiat. Sekalipun terdapat undang-undang yang dikuatkuasakan, namun selagi tidak berlandaskan syariat Allah SWT, ia sama sekali tidak akan menyelesaikan masalah. Apa yang menyedihkan, apabila terdapat individu-individu yang merelakan diri untuk dihukum kerana melanggar perintah Allah SWT, ada pula pihak-pihak yang menyuarakan pandangan negatif semata-mata kerana jahil tentang hukum-hakam Islam. Isu seorang model sambilan di Pahang yang dijatuhkan hukuman sebat sebanyak 6 kali oleh Mahkamah Syariah setakah mengaku bersalah meminum arak baru-baru ini mendedahkan bagaimana sikap sebenar sebahagian daripada kita terhadap pelaksanaan undang-undang Islam. Padahal hukuman sebat yang dijatuhkan itu tidaklah seratus peratus berlandaskan syariat, namun ia sekurang-kurangnya mempunyai sedikit sebanyak semangat undang-undang Islam.

Ekoran isu ini, kita menyaksikan bagaimana bisingnya NGO-NGO tertentu yang menggunakan Islam pada pertubuhan mereka, mengeluarkan kenyataan yang kononnya di atas nama keadilan. Bagi mereka, hukuman sebat ke atas peminum arak itu satu kezaliman apatah lagi jika dijatuhkan pada pesalah wanita. Sedarkah mereka bahawa hukuman sebat mengikut undang-undang sivil lebih menyakitkan dan lebih tepat untuk dikatakan sebagai zalim? Ingatlah firman Allah SWT :

وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

Maksudnya : Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), Maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan mushibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik. (Surah al-Maidah, ayat 49)

Muslimin, sidang jemaah yang dihormati sekalian.

Di tengah-tengah kemelut ini, umat Islam wajar meletakkan keutamaan untuk kembali semula kepada syariat Allah SWT. Bagi seorang muslim yang sebenar, beriman dengan satu al-Quran dan satu syariat, baginya Islam perlu didahulukan dan hak Allah SWT diutamakan. Sayangnya ada sebahagian dari saudara-saudara seislam kita rela menggadaikan prinsip dan menukar Iman dan Islam yang dianugerahkan oleh Allah SWT apabila berdepan dengan habuan wang ringgit. Rasulullah SAW bersabda :

ثَلَاثَةٌ لَا يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Maksudnya : ”Tiga jenis golongan yang Allah SWT tidak akan melihat kepada mereka pada hari kiamat, tidak akan menyucikan mereka (daripada dosa) dan untuk mereka azab yang pedih”.


Salah satu dari tiga golongan tersebut ialah :

وَرَجُلٌ بَايَعَ إِمَامًا لَا يُبَايِعُهُ إِلَّا لِدُنْيَا فَإِنْ أَعْطَاهُ مِنْهَا رَضِيَ وَإِنْ لَمْ يُعْطِهِ مِنْهَا سَخِطَ

Maksudnya : Seorang lelaki (individu) yang melantik seorang pemimpin yang tidak dilantiknya melainkan kerana habuan dunia. Maka jika diberikan kepada daripada (habuan) dunia, dia akan redha, sekiranya tidak dia akan marah. (Hadith riwayat al-Bukhari)

Marilah kita sama-sama berdoa agar Islam terus diberikan kemuliaan oleh Allah SWT. Jika Ramadhan bulan berlakunya peperangan Badar, maka Syawal pula ialah bulan berlaku perang Ahzab, di mana kedua-dua peperangan ini dimenangi oleh umat Islam dengan izin daripada Allah SWT. Allah SWT yang sama juga berhak mengurniakan kemenangan kepada hamba-hambaNya yang Dia ingini. Semoga Ramadhan, Syawal dan bulan-bulan serta tahun-tahun berikutnya memberikan sinar kemenangan kepada perjuangan menegakkan agama Allah SWT.

Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama meneguhkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dan berdoa agar prinsip serta keimanan kita tidak akan tergugat hanya dengan sedikit umpan dunia yang amat kecil jika dibandingkan dengan nikmat di akhirat. Sedarlah kita, bahawa walaupun kita memperolehi harta yang bertimbun-timbun, namun jika ia datang kerana hasil usaha kita melawan syariat Allah SWT, ia pula akan menjadi kayu api bahan bakaran di dalam neraka kelak, wal’iyazubillah.

Marilah kita menjadikan Ramadhan yang kita baru sahaja lalui dan Aidilfitri yang kita raikan sebagai satu titik tolak untuk meningkatkan kerja kita untuk Islam. Lakukanlah sebanyak mungkin sumbangan kita untuk mempertahankan ketuanan Islam, agama yang kita cintai ini sebelum kita dipanggil mengadap Allah swt. Percayalah bahawa perkara yang paling berharga apabila tibanya kita di hadapanNya nanti ialah amalan kebaikan yang kita lakukan. Allah SWT berfirman :

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ (88) إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ (89)

Maksudnya : "Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, "Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); (Surah As-Syu’ara’, ayat 88-89)

أقول قولي هذا وأستغفر الله لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات فاستغفروه إنه هو الغفور الرحيم



Khutbah kedua



اَلْحَمْدُ للهِ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ، وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيءٍ قَدِيرٌ. وَأَشهَدُ أَنَّ محمدًا عَبدُهُ وَرَسُولُهُ، اَلرَّحْمَةُ الْمُهْدَاةُ، وَالْمِصْبَاحُ الْمُنِيْرُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ وَشَفِيعِ الأُمَّةِ، وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَالاَه

Saudara, Saudari, Muslimin, Muslimat,

Hari ini kita menyambut hari raya Fitrah atau Aidilfitri hasil daripada kejayaan perjuangan kita dan penat lelah segala ibadat dan amal kebajikan yang kita laksanakan selama sebulan itu, kalau bebanan terasa berat kita memikulnya kini sudah terasa ringan, kalau sebahagian dari perkara terbatas dan terasa terikat untuk kita lakukan di waktu siang hari bulan ramadhan, hari ini sudah terbuka bebas.

Namun begitu kebebasan yang diberi pada hari ini masih ada sempadannya. Kerana hari raya kurniaan Allah kepada umat Islam adalah juga merupakan ibadat lanjutan dari bulan Ramadhan yang berkat ini. Walaupun kita diharuskan menyambut dengan penuh kegembiraan dan memeriahkan kebesarannya tetapi perlu dihayati dalam lingkungan yang dibenar oleh syarak.

Untuk menambah lagi ganjaran pahala mengiringi pahala sepanjang Ramadhan, adalah dituntut supaya berpuasa sunat enam hari dalam bulan Syawal sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

" مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ" رواه مسلم.

Ertinya: Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan kemudian mengikutinya (dengan) berpuasa enam hari daripada bulan Syawal nescaya mendapat pahala sepanjang masa,


Sempena menyambut hari raya ini serta berlalunya Ramadhan baru lepas yang sama-sama kita raikan, marilah kita memperteguhkan keimanan kita kepada Allah dan Rasulnya di samping mempertingkatkan semangat juang untuk membela Islam seperti mana tawaran Allah dalam firmannya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنْجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ (10) تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (11)
Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab siksa yang tidak terperi sakitnya. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya serta kamu berjuang dalam membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Surah al-Shaff, ayat 10-11)

اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات, اللهم أعز الاسلام والمسلمين, وأذل الشرك والمشركين ودمر أعداء الدين وانصر عبادك المؤمنين.

اللهم ألف بين قلوب المؤمنين, واجعل هذ البلد آمنا مطمئنا سنخاء رخاء وسائر بلاد المسلمين أجمعين.

اللهم وفق برحمتك سلطاننا وولاة أمورنا وعلماءنا ودعاتنا لما فيه رضاك. واجعلهم سببا لصلاح البلاد والعباد برحمتك يا أرحم الرحمين.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم, واخر دعوانا أن الحمدلله رب العالمين.


Diubahsuai dari hamba Allah yang menerbitkan khutbah yang berkesan ini di dalam blognya. Syukran.


15 Oktober 2009, 26 Syawal 1430 Hijrah,

1.47 petang, Malaysia Timur

Ucapkanlah terima kasih



1) Kita perlu berterima kasih kepada Allah di atas nikmat Iman dan Islam yang tidak dapat diwarisi dan dicari di tepian pantai atau di gunung yang tinggi.

2) Kita perlu berterima kasih kepada Allah yang telah menjadikan kita semulia-mulia makhluk yang diciptakan dengan pancaindera yang sempurna.

3) Kita perlu berterima kasih kepada Rasulullah SAW kerana asbab dakwahnya, maka kita menjadi penganut agama Islam ; agama yang mulia di sisi Allah.

3) Kita perlu berterima kasih kepada kedua orang tua yang telah melahirkan kita, membesarkan dan mendidik kita sebagai anak.

4) Kita perlu berterima kasih kepada isteri kita yang telah banyak menolong kita dalam mentarbiyyah anak-anak dan mengurus hal ehwal rumah tangga. Dan begitu juga berterima kasih kepada suami yang memberikan kita perlindungan dan kasih sayang serta keperluan rumah tangga.

5) Kita perlu berterima kasih kepada sahabat, rakan-rakan yang membantu kita dalam kesusahan. Yang sering diperhatikan, dalam situasi yang cukup mudah, apabila kita meminta no seseorang dengan sahabat kita, apabila dia memberikan, ucapkanlah terima kasih. Walaupun nampak kecil, besar kesan dan implikasinya.

6) Kesimpulannya, renungkan ayat Allah di dalam surah Ibrahim "sekiranya kamu bersyukur, nescaya Aku tambahkan nikmatKu kepadamu, dan sekiranya kamu kufur, maka sesungghnya azabKu amatlah pedih".



15 Oktober 2009, 26 Syawal 1430 Hijrah,

10.04 pagi, Malaysia Timur.

Rabu, 14 Oktober 2009

UMNO jangan cepat selesa dengan kemenangan di Bagan Pinang



1) Benar, UMNO dan BN menang dengan majoriti yang besar di Bagan Pinang. Namun, itu bukanlah petunjuk mereka benar-benar diterima rakyat kembali.

2) Namun begitu, buat Pakatan Rakyat-ini adalah suatu peringatan penting agar segala permasalahan dalaman perlu ditangani sebaik mungkin.

3) Dengan imej Najib dan konsep 1Malaysia yang mula diterima rakyat, tidak mustahil BN akan kembali menawan negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.

4) Sebab itu, apabila dibuat perbandingan kita akan mendapati masih ada gap dalam soal urus tadbir yang cekap dan efisyen. UMNO dan BN telah hampir 50 tahun menguasai jentera kerajaan dan kebanyakn GLC. Polis dan tentera juga di bawah kawalan mereka. Begitu juga dengan DO di negeri-negeri.

5) Oleh yang demikian, kita jelas melihat kelompangan yang berlaku apabila Pakatan Rakyat mentadbir dengan kekurangan pengalaman mengurus dan mentadbir. Ada yang tidak tahu bagaimana menguasai media, memberi arahan yang betul dan sebagainya.

6) Justeru, 4 rukun perubahan yang meliputi wahdatul amal, wahdatul qalb, wahdatul fikr belum tentu dapat merubah UMNO selagi mana amalan rasuah masih dibenarkan dan berleluasa di dalam parti mereka.



14 Oktober 2009, 25 Syawal 1430 Hijrah,

8.24 pagi, Malaysia Timur

Isnin, 12 Oktober 2009

Ikitibar besar buat PAS dan PR dari Bagan Pinang!



Iktibar buat PAS dan Pakatan Rakyat :

1) Isu yang diketengahkan perlu sesuai dengan pengundi setempat.

2) Berusaha menangani budaya samseng UMNO dan BN.

3) Wake up call untuk PAS dan PR agar memperbaiki kelemahan yang ada, sepanjang bekerjasama dalam kerajaan negeri pimpinan PR dan di peringkat Pusat.

4) Tidak berputus asa dalam memperjuangkan ketelusan undi pos dan ketempangan yang ada dalam sistem pilihanraya di Malaysia.

5) UMNO tetap tidak mahu berubah. Wajah yang dipaliti rasuah telah dikosmetik secantik mungkin dan menjadi pilihan pengundi.

6) Tidak jemu berusaha, berjuang, berdoa dan bertawakkal dalam setiap gerak kerja untuk mendaulatkan agama Allah.



12 Oktober 2009, 23 Syawal 1430 Hijrah,

10.44 malam, Malaysia Timur

Khamis, 8 Oktober 2009

Tragedi berdarah di Bagan Pinang; Provokasi UMNO!



1)UMNO kian terdesak. Setelah Ketua Puteranya-Azeez mengaku dipukul tanpa bukti yang jelas, kini pemuda PAS dibelasah dan markaz diceroboh.

2)Sesungguhnya tragedi berdarah ini, tidak sedikit pun melemahkan semangat pemuda yang bertugas. Allah bersama dengan antum. Mana yang tidak dapat turun, jangan lupa solat sunat hajat dan bacaan Qunut Nazilah pada malam Jumaat ini.

3)Umat Islam dilarang berperang dan mencetuskan kekacauan, tetapi apabila diserang wajib mempertahankan diri oleh mereka yang mengaku Islam, tetapi tiada penghayatan Islam dalam dirinya.

4) Bagaimanapun, Pemuda PAS perlu berwaspada dalam mengambil tindakan balas, kerana tidak mustahil ini adalah provokasi dari UMNO khususnya melalui Briged Putera dan Pemuda. Moga Allah bersama kalian di Bagan Pinang.

5) Kami di kejauhan ini tetap mendoakan kemenangan milik PAS dan membantu dengan doa munajat serta kewangan kami. Takbir!



8 Oktober 2009, 19 Syawal 1430 Hijrah,

2.06 petang, Malaysia Timur

Rabu, 7 Oktober 2009

PMR 2009-Moga berjaya para calon sekalian!



1) Sudah lama peperiksaan besar seperti PMR dan SPM ditinggalkan. Namun kenangan sewaktu menghadapinya tidak dapat dilupakan.

2) Saya teringat sewaktu mengambil PMR pada 1995 di SMAP Kajang, sewaktu awal tahun, saya biasa tertidur dalam kelas subjek BI yang diajar oleh seorang guru beragama Sikh. Akibat ketiduran saya, satu kelas dileterinya. Seorang sahabat menasihatkan saya meminta maaf padanya dan berjanji tidak mengulanginya.

3) Ternyata, dalam memperoleh ilmu, seorang guru perlu dihormati walaupun dia non-Muslim. Apatah lagi pesan Saidina Ali"Barangsiapa yang mengajar kamu tentang suatu ilmu, dia telah dianggap guru kamu".

4) Justeru, walaupun telah mempunyai Master dan PhD, tidak menghalang kita untuk merendah diri, belajar seuatu yang tidak kita tahu dari mereka yang lebih tahu. Alhamdulillah, saya dan hampir 40 orang kawan yang lain memperoleh 9A dalam PMR 1995 itu.

5) Namun kini, yang menjadi kebimbangan kita ialah tekanan para pelajar yang terlalu ingin mendapat straight A sehingga apabila tidak mencapainya, sanggup membunuh diri!. Justeru, saya berpesan apa yang penting adalah kita menghayati dan mengamalkan isi kandungan setiap subjek yang dipelajari, agar dapat dijadikan bekalan dalam perjalanan kehidupan mendatang yang sangat mencabar.

6) Mendapat A dalam Pendidikan Islam, tidak lagi menjadi kebanggan kita, sekiranya akhlak dan syakhsiyyahnya jauh dari peribadi sebenar seorang Muslim. Difahamkan seramai 475,182 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) hari ini menduduki peperiksaan itu di seluruh negara. Manakala sebanyak 3,496 pusat peperiksaan PMR dengan 28,028 petugas disediakan bagi mengendalikan peperiksaan tersebut. Semoga para calon PMR 2009 memperoleh kejayaan yang cemerlang dari sudut akademik dan akhlaknya. Dan jangan lupakan DUIT-Doa,Usaha,Istiqamah dan Tawakkal.



7 Oktober 2009, 18 Syawal 1430 Hijrah,

12.23 tengahari, Malaysia Timur

Selasa, 6 Oktober 2009

Tentera diharap menjadi pengundi pos yang bijak dan berani berubah



1) Pada 8 dan 9 Oktober ini, para satria negara akan mengundi secara pos di Bagan Pinang. Meskipun dicalit dengan pelbagai kontroversi, undi pos tetap akan diteruskan.

2) Sebagai benteng negara dari musuh yang menyerang, tentera perlu berdiri teguh mendukung integriti dan disiplin dalam perkhidmatan. Dalam soal memilih pimpinan juga begitu. Hendaknya, tentera yang terlibat sebagai pengundi pos bertindak bijak dan berani berubah.

3) Banyak isu yang ditimbulkan tentang ketidaktelusan undi pos. Hanya kepada Allah SWT kita berharap, sambil disusuli usaha pemantauan dan risikan yang cekap, undi pos tidak mustahil berpihak kepada Pakatan Rakyat.

4) Undi pos kini menjadi penentu kepada kemenangan BN yang menganggap talian hayat mereka, dan Pakatan Rakyat mengharap sedikit tuah dan keajaiban berlaku melalui undi pos ini.



6 Oktober 2009, 17 Syawal 1430 Hijrah,

10.49 malam, Malaysia Timur

Isnin, 5 Oktober 2009

Min al-'A'idin wa al-Fa'izin



1) al-'A'idin bermaksud golongan yang kembali kepada fitrah asal sebagai insan dan hamba Allah. Menyucikan diri dengan bertaubat di atas dosa dan noda seumpama bayi yang baru lahir.

2) al-Fa'izin pula bermakna golongan yang memenangi pertarungan antara iman dan hawa nafsu sepanjang Ramadhan. Meraikan Syawal dengan kemenangan dan takbir raya bersemangat, menandakan tewasnya nafsu yang berusaha menggagalkan kita agar tidak meraih segala bonus yang disediakan Allah pada bulan Ramadhan.

3) Hari ini, 16 Syawal bermaksud kita telah berada di pertengahan Syawal, dan bertanya kembali kepada diri kita adakah benar-benar kita termasuk dalam golongan al-'A'idin wa al-Fa'izin.

4) Di antara perkara yang perlu diambil perhatian dalam keghairahan kita menyambut Aidilfitri :

a) Menjaga solat. Oleh kerana sibuk melayan tetamu, ada yang melalaikan waktu solat dan meninggalkannya dengan sengaja.

b) Menjaga aurat. Seorang ayah dan suami bertanggungjwab menjaga aurat isteri dan anak perempuannya. Baju raya bukan sekadar cantik tetapi perlu dipastikan aurat benar-benar terpelihara.

c) Memandu dengan cermat. Sebelum memulakan perjalanan mulakan dengan bacaan doa menaiki kenderaan kerana selain mengambil kira keselamatan kenderaan, doa dan tawakkal adalah tanda pengharapan mukmin kepada Allah.

d) Berhibur dalam batas yang ditentukan syara'. Janganlah oleh kerana rancangan di TV hebat dan best, kita meninggalkan semangat Aidilfitri dengan menziarahi sanak saudara dan sahabat handai.

e) Mempunyai sifat al-Khauf(bimbang dan takut amalan sepanjang Ramadhan kita tidak diterima Allah) dan sifat al-Raja'(tetap berharap agar Allah menerima segala amalan kita). Justeru, ucapan yang dianjurkan Nabi SAW apabila bertemu ialah "Taqabballalahu minna wa minkum"-Mudah-mudahan Allah menerima (amalan) daripada kita semua dan kamu.

5) Akhir kalam, moga dalam kesibukan kita menghadiri rumah terbuka, tidak melalaikan kita merebut peluang untuk berpuasa sunat 6 hari pada bulan Syawal.



5 Oktober 2009, 16 Syawal 1430 Hijrah,

9.41 pagi, Malaysia Timur

Ahad, 4 Oktober 2009

Zulkifli vs Isa=1 lawan 1



1) Penganalisis berpendapat peluang BN dan PAS adalah 50-50.

2) Isa Samad walaupun dianggap calon popular,apatah lagi bekas MB N9 selama 22 tahun dan anak jati Bagan Pinang, namun isu rasuah yang membaluti dirinya tetap dikenang orang. Rakyat yang cerdik dan bijak tidak akan memilih orang seperti ini.

3) Zulkifli Omar, masih muda dan pengurus sebuah syarikat dengan kelulusan sarjana, dianggap calon underdog. Dengan isu pengundi pos yang tidak telus, harapan untuk PAS menang agak samar tetapi tidak mustahil.

4) Dengan ketiadaan calon bebas-Shaharudin, maka kini pertandingan di Bagan Pinang adalah 1 lawan 1. BN perlu menang demi memastikan persepsi rakyat menerima kepimpinan Najib dan konsep 1 Malaysia. Manakala, PAS dan Pakatan Rakyat juga ingin menang, demi kesinambungan kemenangan dalam 7 PR kecil sebelum ini.

5) Bagan Pinang akan memperoleh wakil rakyat yang baru pada 11 Oktober nanti. Kita nantikan siapa yang kena pilih!



4 Oktober 2009, 15 Syawal 1430 Hijrah,

3.42 petang, Malaysia Timur

Sabtu, 3 Oktober 2009

Bagan Pinang-The war is begin-Say no to corruptor



1) Hanya BN dan PR akan bertembung. Kita lihat siapa yang akan dipilih.

2) Pengundi yang bijak dan ada mata hati akan memilih pemimpin yang sejati.

3) Moga kemenangan berpihak kepada mereka yang berintegriti.



3 Oktober 2009, 14 Syawal 1430 Hijrah,

4.37 petang, Malaysia Timur

Jumaat, 2 Oktober 2009

Peringatan Allah di Padang, Samoa, Filipina dan Vietnam!



1) Gempa bumi di Padang,Sumatera, tsunami di Samoa dan Taufan Ketsana di Filipina dan Vietnam, boleh dilihat oleh mereka yang mempunyai mata hati sebagai peringatan dari Allah SWT.

2) Dalam kesibukan penamaan calon di Bagan Pinang esok, diharap pemerintah dan Pakatan Rakyat tidak lupa menyalurkan bantuan yang diperlukan kepada jiran kita, khususnya di Padang, Indonesia, meskipun banyak isu yang mengguris hati rakyat Malaysia seperti tarian pendet yang kononnya diciplak oleh Malaysia, pembantu rumah dan sweeping rakyat Malaysia dari Indonesia.

3)Jumlah mangsa yang terkorban semakin meningkat, bekalan makanan yang semakin kurang dan bekalan air bersih juga terhad. Jika dilihat, hampir semua jalan utama ke Padang rosak teruk dan premis perniagaan ranap sama sekali. Ada juga mangsa yang terdiri dari pelajar sekolah yang sedang mengikuti kelas tambahan di sekolah, ketika gempa bumi berlaku.

4) Bagi para mukminin, peristiwa ini sekali lagi peringatan dari Allah buat mereka yang ingkar dan iktibar bagi mereka yang taat. Bahkan, menurut ramalan oleh pakar gempa bumi, akan berlaku lagi siri gempa bumi dalam masa yang terdekat. Ketika itu, ancaman kepada Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di utara Semenanjung seperti Kedah, Pulau Pinang dan Perlis akan dilanda tsunami. Moga Allah memelihara kita dari bala/musibah/kaffarah yang menimpa umat manusia kini. Wal'iya zubillahi min zalik.



2 Oktober 2009, 13 Syawal 1430 Hijrah,

11.10 pagi, Malaysia Timur

Khamis, 1 Oktober 2009

Mahathir terpaksa akur atau diabaikan?



1) Bila UMNO memilih Isa Samad sebagai calon Bagan Pinang, ternyata UMNO masih tidak mahu berubah. Tidak mustahil mereka menang kerana nampaknya ada banner ugutan "Jika tidak pilih Isa, kami boikot!".

2) Pandangan Mahathir juga tidak digunapakai. Sebaliknya, kelihatan beliau akur dengan keputusan UMNO dan menjangka UMNO akan menang dengan majoriti yang lebih besar.

3) Nampak pelik-tetapi itulah politik. Jika minggu lepas beliau cukup bertegas agar calon yang terpalit dengan isu rasuah tidak dicalonkan, tetapi semalam beliau mengatakan Isa adalah pilihan yang tepat. Beliau terpaksa akur atau pandangan beliau diabaikan? Namun, beliau menegaskan tidak akan berkempen di Bagan Pinang sebagaimana di Bukit Gantang.

4) Kita juga tidak pasti, samada kenyataannya semalam untuk menyindir UMNO atau benar-benar memaksudkan Isa adalah pilihan yang tepat?

5) Kesimpulannya, sebagaimana ramalan penganalisis politik, UMNO mungkin menang di dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang ini, tetapi tidak mustahil akan rebah bersama komponen BN yang lain dalam PRU ke-13 akan datang!



1 Oktober 2009, 12 Syawal 1430 Hijrah,

10.23 pagi, Malaysia Timur

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude