Jumaat, 29 Januari 2010

Kelantan berhak Royalti RM2 Bilion dan bukan Wang Ihsan-Ku Li



1) Sudah terang lagi bersuluh. Bekas Pengerusi Petronas-Ku Li walaupun ahli UMNO dan MP Gua Musang, tetap mengakui hakikat betapa Kelantan berhak mendapat wang royalti sebanyak RM 2 bilion, dan ini akan membolehkan Kelantan menjadi negeri terkaya.

2) Meskipun Awang Adek dan Mustapa Mohamed menafikannya, dan hanya wang ihsan berjumlah RM 20 juta, sudah pasti kenyataan Ku Li ini menempelak keangkuhan dan kejahilan mereka.

3) Dengan kehadiran hampir 40,000 orang di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV semalam, membuktikan betapa rakyat Kelantan teguh menuntut hak mereka.

4) Jangan nafikan hak mereka, dan jangan pandang kecil doa Tuan Guru Nik Aziz yang mendoakan bala bagi mereka yang menindas mereka yang susah dan miskin.

5) Semoga Allah membuka mata Awang Adek, Mustapa Mohamed dan Najib agar memberikan sesuatu yang hak pada tempatnya. Dan pastinya ia merupakan keadilan yang dilaungkan Najib dalam GTP-Govermnet Transformation Programme semalam.



29 Januari 2010,

12.25 tengahari, Malaysia Timur

Rabu, 27 Januari 2010

Zulkifli Nordin-Satu Dalam Malaysia



1)Entah mengapa saya tergerak menulis tentang beliau pagi ini. Dahulunya beliau cukup dikenali kerana mendedahkan beberapa kes murtad termasuklah antaranya Aishah Bukhari.

2) Sifatnya yang lantang dan tegas menyuarakan perlunya mempertahankan Islam dan kemuliaannya, seringkali ditekankan dalam ucapan beliau.

3) Pernah menjadi ahli PAS namun ditolak untuk menjadi calon PAS dalam PRU, beliau sangat terkenal dengan kontroversi.

4) Yang terbaru, dalam isu laporan polis ke atas Khalid Samad tentang saranannya supaya menyemak Enakmen Islam di Selangor, Anwar Ibrahim menyatakan Zulkifli sudah melampau.

5) Saya tidak pasti bagaimana penyelesaiannya, namun pimpinan kedua-dua parti-PKR dan PAS perlu bersemuka dengan Zul dan Khalid demi mencari titik muafakat.

6) Saya yakin samada Zul waima Khalid, bukanlah pejuang yang mudah kalah, namun memikirkan agenda yang lebih besar, seharusnya mereka berusaha mengurangkan konflik di antara mereka, apatah lagi mereka mewakili PAS dan PKR.

7) Bagi saya, Zulkifli Nordin pastinya akan terus mempertahankan pendiriannya dan pekak telinga atas apa jua tohmahan dan tindakan yang bakal dikenakan ke atasnya.



27 Januari 2010, 11 Safar 1431 Hijrah,

9.08 pagi, Malaysia Timur

Isnin, 25 Januari 2010

Kemelut Zulkifli Nordin dan Khalid Samad



1) 2 tokoh ini memang lantang bersuara. Jika ada yang tidak kena pada pandangan mereka, pastinya mereka akan bersuara dan mengkritik.

2) Dalam isu kalimah Allah, kedua-duanya tidak sependapat. Zulkifli tegas mempertahankan kalimah Allah tidak boleh digunapakai non-Muslim, manakala Khalid sebaliknya.

3) Kedua-dua tokoh ini juga dilihat berani menongkah arus perdana dalam parti masing-masing, sehingga ingin diambil tindakan oleh badan disiplin parti.

4) Bagi saya, setiap orang ada pandangan dan tidak semestinya pandangan kita benar atau salah. Bahkan, tidak boleh seseorang memaksa seseorang yang lain bersetuju dengan pandangannya.

5) Dalam kes laporan polis oleh Zulkifli ke atas Khalid, umum akan melihat beginilah percakaran yang biasa berlaku di kalangan Muslim politician.

6) Apakah tiada jalan lain agar dapat diselesaikan perbahasan ini secara baik dan tenang tanpa emosional?

7) Semoga kedua-dua tokoh ini, menjadi matang dalam tindakan dan pendekatan mereka dalam memahamkan Islam kepada masyarakat.



25 Januari 2010, 9 Safar 1431 Hijrah

11.33 pagi, Malaysia Timur

Jumaat, 22 Januari 2010

Surah al-Sajadah dan al-Insan ; Ingatan buat Imam



1) Membaca surah al-Sajadah dan Surah al-Insan di subuh pagi Jumaat, di antara amalan Nabi SAW.

2) Jika menjadi imam, sebaiknya dihabiskan dua surah ini sekaligus.

3) Namun begitu, imam perlu menimbang dalam suasana di mana waktu Subuh mula lewat, dan orang hendak bergegas ke tempat kerja.

4) Boleh juga dibaca surah al-Sajadah dengan membahagikannya kepada setiap rakaat ataupun pada rakaat kedua surah al-Insan digantikan dengan surah yang seperti surah al-A'la.

5) Sebab itulah, imam perlu bijak membaca keadaan. Bersederhana dalam setiap urusan adalah dianjurkan Nabi SAW.

6) Jangan lantaran merasa hebat dek menghafal surah al-Sajadah dan surah al-Insan, lalu kita mendapat rungutan dari makmum di belakang!


22 Janurai 2010, 6 Safar 1431 Hijrah,

8.32 pagi, Malaysia Timur

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude