Rabu, 28 Januari 2009

3 Tokoh Yang Mencuri Perhatian

Dr Juanda Yahya secara rasmi dilantik sebagai Mufti Perlis yang baru menggantikan Dr Asri Zainal Abidin yang telah tamat kontraknya. Anak jati Sarawak yang berumur 38 tahun ini diketahui, bahawa mereka berdua dari aliran yang sama dan boleh dianggap sebagai golongan yang pro tajdid-membasmi kejumudan minda di kalangan umat Islam di negara kita.

Namun sebagai ingatan, sebagai anak Sarawak dan akan berkhidmat di Perlis, beliau perlu lebih berhati-hati dari sudut pendekatan kerana dianggap orang luar dan bukan anak jati Perlis. Dan teguran dari KP JAKIM-Dato Wan Mohammad-janganlah kerana kita mempunyai kelayakan akedmik yang baik(PhD)-membolehkan kita untuk mengkritik segala kelemahan di kalangan agamawan dan umat Islam tanpa adab yang baik.

Tahniah diucapkan kepada beliau di atas pelantikan ini dan moga dapat menjalankan tugas dengan baik.

Datuk Nasaruddin Hashim-Adun Bota mengejutkan politik tanahair, apabila mengumumkan keluar dari BN dan menyertai PKR. Secara automatik, Pakatan Rakyat di Perak bertambah kukuh dengan 32 kerusi berbanding BN 27 kerusi.

Difahamkan PM dan TPM mengambil langkah segera untuk memujuk beliau kembali ke pangkuan BN. Ternyata, dalam politik segala yang dirasakan mustahil boleh berlaku. Dan tidak mustahil selepas ini, lebih ramai Adun BN akan melompat ke Pakatan Rakyat.

Apa yang penting, biarlah perubahan itu berdasarkan keyakinan bahawa Pakatan Rakyat dapat membawa perubahan ke arah yang lebih baik dan bukan hanya kerana kecewa di dalam UMNO semata-mata. Apapun syabas, diucapkan kepada beliau.

Di antara tindakan praktikal dan segera Obama selepas menjadi Presiden US ialah menutup kem tahanan Guantanamo di Cuba. Dan semalam, dalam satu temuramah bersama al-Arabiyya, beliau menyatakan US dan rakyatnya bukan musuh dunia Islam.

Kita ingin beliau membuktikan kata-katanya itu. Slogan We Need to Change memberikan harapan baru kepada manusia seluruh dunia, agar US tidak bersifat unilateral dan menjadi polis dunia, di samping sentiasa memihak kepada anak emasnya-Israel.

Kita faham Amerika tidak menyerang Palestin secara langsung, tetapi dengan membekalkan senjata kepada Israel, Amerika juga sebenarnya bersubahat di atas kematian 1200 umat Islam Palestin yang tidak berdosa. Semoga Obama mengotakan apa yang dikata-jika tidak harapan hanya tinggal harapan untuk beliau.


28 Januari 2009, Malaysia Timur

7.48 pagi

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude