Isnin, 21 April 2008

Muhammad Muhd. Taib buka blog sendiri dan BPR distruktur semula

PUTRAJAYA 21 April – Orang ramai boleh berkomunikasi secara terus dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib kerana beliau kini mempunyai laman blognya sendiri.

Laman blognya ialah www.muhammadmuhdtaib.com.

Berucap menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang untuk warga kementerian itu di sini hari ini, beliau berkata, orang ramai yang mempunyai cadangan, aduan, teguran dan kritikan boleh menyampaikannya menerusi laman blog itu. - Bernama
BPR distruktur semula
KUALA LUMPUR 21 April - Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan distruktur semula bagi menjadikannya satu suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengumumkan perkara itu hari ini berkata, ia bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan, ketelusan dan kecekapan dalam usaha untuk memerangi rasuah di negara ini.
Ulasan : Buat Muhammad Taib, orang lain dah lama buka blog, apapun welcome to the club. Tentang BPR, kita mengharapkan agar ia dapat direalisasikan sebagai sebuah badan bebas yang tidak dikongkong oleh pihak yang berkenaan.

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude