Jumaat, 29 Februari 2008

Iklan BN: Tiga hari hangus RM1 juta !



Barisan Nasional membelanjakan RM1 juta dalam tempoh tiga hari untuk menyiarkan iklan-iklan besar di semua akhbar, kata badan pemantau rasuah Transparency International-Malaysia.“Tiga hari dalam tempoh pemantauan - 25 hingga 27 Feb - BN dinilai telah menghabiskan wang sejumlah RM1.049 juta,” kata presiden TI, Ramon V Navaratnam. Jumlah ini tidak termasuk iklan di televisyen yang, menurut TI, memakan "sejumlah sangat besar wang untuk iklan kempen pilihanraya."Organisasi antarabangsa itu akan mula memantau perbelanjaan untuk iklan TV mulai hari ini.Menurut Ramon, kaji selidik TI itu sebahagian projek serantau bagi mempertingkatkan amalan ketelusan dalam perbelanjaan politik.

Dalam tempoh 13 hari berkempen, TI memantau iklan-iklan pilihanraya di enam akhbar berbahasa Inggeris, lima berbahasa Melayu, empat berbahasa Cina dan tiga Tamil.Ramon menambah, anggaran kos iklan yang digunakan TI dalam pemantauannya didasarkan pada kadar yang disediakan oleh syarikat-syarikat penerbitan itu sendiri. Jika kos iklan dibahagikan sama rata dalam kalangan calon-calon BN, TI berkata setiap calon parlimen telah menghabiskan RM2,200, sementara di peringkat kerusi negeri, calon-calon menghanguskan RM1,103 untuk iklan akhbar sahaja.

Ulasan : Inilah penyelewengan yang ketara oleh caretaker government yang kononnya telus dan integriti. Diharap kita jelas dan menolak pemerintah seumpama ini yang mengeksploitasi segala ruang dan peluang demi untuk kemenangan yang batil!

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude