Rabu, 12 September 2007

Salam Ramadhan buat semua


Assalamualaikum kepada semua pembaca budiman.

Maafkan saya setelah sekian lama saya cuti berkursus, blog ini juga seolah-olah cuti buat sementara. Banyak perkara yang ingin saya sentuh, namun begitu saya cuba menyusunnya sedemikian :


1) Ramadhan datang lagi ; apa persiapan kita ?
Ingin saya tegaskan sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud : ”Apabila datang Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu”. Justeru, adalah jelas, Ramadhan adalah bulan untuk beramal. Namun demikian, kenapa maksiat masih berlaku pada bulan Ramadhan? Mengapa produktiviti kerja kita semakin merosot pada bulan Ramadhan? Mengapa kita menjadi seolah-olah tidak bermaya pada bulan ini;lembik dan lesu, banyak tidur dan sebagainya? Para pembaca budiman sekalian, jawapannya adalah kita masih belum mampu mendidik nafsu kita. Iblis dan syaitan bersama dengan kita selama 11 bulan. Jadi, apabila tibanya Ramadhan, nafsu yang telah sebati dengan pujuk rayu mereka, bertindak sebagai aktor menggantikan iblis dan syaitan untuk menjalankan peranan dan fungsi mereka di bulan mulia ini. Produktiviti kita merosot kerana kita tidak menghayati semangat perjuangan dan pengorbanan para sahabat dan Rasulullah saw, yang bermati-matian mempertahankan Islam sehingga titisan darah terakhir dalam Perang Badar al-Kubra yang berlangsung sewaktu Ramadhan. Kita menjadi lebik, tidak bermaya dan banyak tidur kerana kita tidak mengisi Ramadhan dengan sebaiknya sehingga Ramadhan kita anggap sebagai bulan membuat tahi mata! Ayuh, bangunlah dan mari sama-sama kita buktikan Ramadhan kali ini yang terbaik buat kita. Pernah Nabi saw mendoakan doa Jibril a.s. iaitu ”Celakalah bagi mereka yang bertemu dengan Ramadhan, tetapi setelah berlalunya Ramadhan, dia masih tidak mendapat pengampunan dari Allah swt”, waliya zubillahi min zalik.




2) Pendedahan berani Ketua Audit Negara;Tan Sri Ambrin Buang
Bagi saya, ini membuktikan masih ada pegawai yang memiliki integriti yang tinggi sebagaimana beliau, dan mendedahkan sekian banyak penyelewengan yang berlaku di Kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan. Oleh kerana itu, tidak hairanlah jutaan ringgit wang rakyat hangus begitu sahaja oleh kerana missmanagement yang berlaku! Kita sangat berharap agar keadilan dapat ditegakkan. Mereka yang didapati cuai dalam menjalankan tugas sebagai pemegang amanah rakyat dan harta benda awam perlu dihukum! Selain itu, bagi saya menurut perspektif yang lain, perlu ada pelapis di kalangan penjawat awam yang mewarisi ketinggian integriti Tan Sri Ambrin Buang. Saya meyakini tidak semua penjawat awam yang pecah amanah, khianat dan terdorong untuk menerima rasuah. Masih ada penjawat awam yang menjunjung nilai-nilai yang dituntut oleh agama samada dia Muslim atau sebaliknya. Persoalannya, kita jarang dapat menatap kisah-kisah penjawat awam yang mempunyai integriti yang tinggi. Sekian banyak yang dilaporkan adalah penjawat awam yang bermasalah!




3) Rusuhan di Terengganu, benarkah?
Isu ini suatu yang sangat menduga kita untuk mendapat maklumat yang benar. Adakah pihak pembangkang yang bersalah atau sememangnya ada provokasi dari pihak polis dan pihak-pihak lain? Saya mengharapkan kebenaran akan dapat ditegakkan. Kenapa peserta himpunan pada malam itu dileraikan dengan menggunakan peluru hidup sedangkan mereka hanya datang untuk mendengar ceramah? Di mana etika pihak berkuasa yang perlu melaksanakan tugas mereka dengan berhemah? Apa yang akan berlaku sekiranya 2 peserta himpunan pada malam tersebut meniggal dunia? Adakah pihak berkuasa akan bertanggungjwab atau sekadar mengulangi keyataan yang pernah dibuat semasa kes Memali dahulu? Kita mengharapkan pihak polis tidak menjadi alat kepada pihak-pihak berkenaan yang mula bimbang dengan caknanya rakyat terhadap beberapa isu kebelakangan ini!



4) Belanjawan 2008;belanjawan pemurah?
Terima kasih di atas belanjawan yang dibentangkan di Parlimen pada 7 September yang lepas oleh PM kita. Alhamdulillah banyak yuran dimasuhkan antaranya yuran sekolah rendah, yuran sekolah menengah dan yuran Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Skim pinjaman buku teks pula diperluaskan. Persoalannya di peringkat sekolah rendah dan menengah, masih banyak yuran yang mencengkam ibu bapa. Yuran asas yang dimasuhkan hanyalah antara RM 5- RM10, jika nak dibandingkan yuran-yuran lain yang sememangnya tidak masuk akal! Yuran komputer, yuran perpustakaan, yuran PIBG, yuran ko-kurikulum sahaja mencecah hampir RM 200. Inilah sebenarnya isu yang patut ditangani oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam meringankan golongan berpendapatan rendah. Yuran-yuran seumpama ini sebenarnya tidak dipantau dan diselaraskan. Akhirnya menjadi kesukaan pihak sekolah menetapkan berapa pun bayaran kepada para pelajar. Moga perkara ini dambil perhatian!


Akhir kalam, semoga perkara-perkara di atas dapat kita renungkan bersama. Bulan Ramadhan yang bakal tiba, diharapkan dapat membina jati diri kita sebagai mukmin terbaik. Ya Ramadhan, kini kau menjelang lagi. Ya Allah, mudahkan kami beramal pada bulan yang sangat mulia dan banyak keistimewaannya ini. Amin Ya Rabbal Alamin!


p/s: Alhamdulillah ini merupakan artikel ke-100 dalam blog ini.



12 September, 30 Sya’ban 1428 Hijrah,

9.25 pagi, Malaysia Timur.

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude