Selasa, 31 Julai 2007

Malangnya hari kerana hati


Assalamualaikum pembaca budiman. Allah berfirman " Hari yang tidak bermanfaat harta dan anak pinak(hari kiamat). Kecuali yang menghadap Allah dengan hati yang suci bersih(dengan aqidah yang sahih)".
Mari sama -sama kita muhasabah diri dan semak kesilapan yang biasa kita lakukan hari demi hari. Kadang-kadang ada hari yang kita lalui dengan suasana yang ceria, semua urusan dimudahkan, dapat bergaul mesra dengan taulan bahkan melakukan ibadah yang hampir sempurna.
Adakalanya kita melalui hari-hari dengan suasana suram, muka yang masam mencuka, hati yang penuh dendam dan dengki serta mulut yang sentiasa merungut. Apa sebabnya? Kenapa perkara ini berlaku? Ini tidak lain dan bukan, kerana disebabkan hati.
Nabi saw bersabda " Di dalam jasad itu, ada seketul daging, apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad itu dan apabila ia jahat, maka jahatlah seluruh anggota itu. Ketahuliah bahawa itulah hati". (Hadith riwayat Muslim)
Justeru, jika kita menekuni 2 senario di atas, jelas bahawa malangnya hari yang kita lalui adalah kerana hati dan begitulah sebaliknya. Apabila hati diisi dengan ingatan kepada Allah, meyakini segala kerja yang dilaksanakan adalah ibadat termasuk menulis di dalam blog, maka segala urusan akan dipermudah.
Saya teringat pesanan seorang ustaz sewaktu belajar di sekolah menengah dahulu, kata beliau "Amalkan al-Ma'thurat di mana sahaja kamu berada setiap kali selepas Subuh dan selepas Asar". Alhamdulillah, saya yakin ada kesan apabila kita mengamalkan doa dan wirid yang ma'thur(salasilah dan sanad) dari Nabi saw. Banyak urusan dimudahkan, rezeki kita dimurahkan Allah bahkan apa yang lebih penting kita terus istiqamah dalam iman dan Islam dan berusaha untuk membantu agamaNya.
Berbalik kepada persoalan hati, seorang ustaz berpesan pada saya dalam surah al-Muzammil; Allah mentarbiyyah kita dengan 3 arahan yang sangat baik untuk meneguhkan hati dan kekuatan dalaman. 3 arahan tersebut ialah :
1) Qiyammulail-Ternyata ini di antara cabaran buat kita semua. Mahu tidak mahu kita mengakui kerapkali kita terkejut di tengah malam kerana nak membuang air kecil berbanding tahajjud 2 rakaat kepada Allah!
2) Membaca al-Qur'an dengan tartil-Mengikut Saidina Ali k.w., tartil bermaksud membaca dengan tajwid yang betul dan tempat berhenti yang tepat. Sebab itu, apabila kita membaca al-Qur'an, hati kita akan tenang. Dan apa yang lebih penting, bukan setakat membaca; termasuk juga faham-renung-tadabbur-taammul-amal-sebarkan adalah tuntutan apabila kita bersama dengan al-Qur'an.
3) Zikrullah - Firman Allah :"Ketahuilah dengan mengingati Allah, jiwamu kan tenang". Benar, dengan zikrullah, hati menjadi jinak dan tidak bersifat keras seperti batu kerikil.
Oleh itu, pembaca budiman-renungkan segala kebobrokan yang berlaku hari ini? Bukankah ia berpunca dari hati? Ya, itulah jawapan yang sebenar. Masih berlaku salah guna kuasa, rasuah, maksiat yang berleluasa semuanya akibat hati yang tidak bersih dan kotor.
Hidup kita tidak lama, sampai masa pasti kita dijemput jua. Jika amalan kita baik, berbahagialah kita di alam transit-alam barzakh sementara menunggu hari pengadilan. Kalau tidak, menangis air mata darah sekalipun dan merayu kepada Allah untuk beramal kerana mengakui kebenaran risalah Rasul, semuanya tidak akan berguna lagi.
Renungkanlah ayat dari surah al-Mulk " Kalaulah kami(penduduk neraka), mendengar dan memikirkan apa yang kami dengar, sudah tentu kami tidak akan menjadi penghuni neraka Sa'ir." Para ulama' mengulas-telinga merupakan salah satu sebab untuk masuk syurga. Sekali lagi, benar firman Allah. Kita tidak dapat melihat Allah, tidak dapat merasai pahala dan dosa serta gambaran sebenar syurga dan neraka, tetapi kita tetap beriman perkara itu benar.
Sedangkan golongan kafir, tidak akan beriman selagi mana mereka tidak nampak sesuatu yang dikhabarkan dengan mata kepala mereka sendiri.
Justeru, tepuk dada tanya iman;apakah kita mahu melalui hari-hari yang malang akibat hati yang tidak suci kerana perbuatan yang keji. Wal'iya zubillahi min zalik.
31 Julai, 16 Julai 2007,
12.19 tgh, Malaysia Timur

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude