Rabu, 10 Februari 2010

Nizar tidak perlu bersedih!



1) Sudah terang lagi bersuluh, Zambry sah sebagai MB Perak, manakala Nizar tersingkir.

2) Yang tinggal harapan kini, hanyalah menunggu pilihanraya akan datang untuk membuktikan sokongan rakyat berpihak kepada siapa sebenarnya.

3) Zambry boleh sahaja mendabik dada, mengatakan proses perundangan sudah membuktikan dia sebagai MB Perak yang sah.

4) Namun jangan lupa, dalam demokrasi hak rakyat memilih perlu diambil kira.

5) Nizar tidak perlu bersedih, kerana pantang pahlawan rakyat berundur, tetapi terus mengatur strategi untuk menewaskan lawan.

6) Hari semalam bukan hari Nizar, tetapi hari Zambry. Namun di sisi Allah, lebih mengetahui siapakah sebenarnya yang menzalimi dan dizalimi.



10 Februari 2010, 25 Safar 1431 Hijrah,

12.35 tengahari, Malaysia Timur

Isnin, 8 Februari 2010

Ibu bapa pencorak masa depan anak-anak



1) Saya dijemput untuk berceramah kepada ibu bapa sebuah sekolah, di kampung yang berhampiran dengan Bandar Kuching.

2) Saya dimaklumkan oleh para guru, bahawa jika dapat saya menekankan betapa ibu bapa perlu menjadi role model kepada anak-anak.

3) Ini kerana berlaku beberapa masalah di kalangan pelajar-seperti tidak menutup aurat, tidak menghormati guru, ponteng sekolah serta menghisap rokok.

4) Kesempatan bersama ibu bapa saya anggap sangat bermakna kerana biasanya ceramah diberikan kepada pelajar. Saya mengingatkan mereka dan diri saya bahawa sebagai ibu bapa-kitalah pencorak masa depan anak-anak.

5) Justeru, kita perlu menjadi contoh dari sudut pakaian yang menutup aurat, cara berkomunikasi dengan anak-anak, serta tidak menunjukkan teladan yang buruk kepada anak-anak.

6) Saya menyatakan peranan ibadah sangat penting dalam keluarga. Menunaikan solat, membaca al-Quran dan solat berjamaah, merupakan asbab masuknya malaikat Rahmat ke dalam rumah dan rumahtangga diredhai Allah.

7) Sebaliknya, jika rumah tersebut dihiasi dengan kesuraman penghuni yang tidak bersolat, tidak pernah didengar alunan al-Qur'an dan sentiasa bergaduh-sudah pasti rumah itu jauh dari rahmat Allah.

8) Saya menutup ceramah saya dengan klip video di mana anak-anak dan ibu bapa saling bermaafan di atas kesalahan masing-masing dan Alhamdulillah, ia mendatangkan sedikit sebanyak kesedaran kepada ibu bapa yang hadir. Kepada pihak sekolah dan ibu bapa, jutaan terima kasih saya ucapkan atas jemputan dan perhatian yang diberikan.



8 Februari, 23 Safar 1431 Hijrah,

11.39, Malaysia Timur

Jumaat, 5 Februari 2010

Hak Muslim kepada Muslim yang lain



1) Sabda Nabi SAW-Hak Muslim kepada Muslim yang lain 5 perkara: Menjawab salam, menziarahinya apabila sakit, mengiringi jenazahnya ke perkuburan, memenuhi jemputan dan mendoakannya apabila dia bersin.

2) Kini, kita jarang dan susah memberikan salam kepada mereka yang kita tidak kenal. Ingat, hukum memberi salam adalah sunat, tetapi menjawabnya adalah wajib. Salam adalah permulaan kepada dakwah fardiyyah yang sangat efektif.

3) Sahabat yang sedang sakit tidak sangat mengharapkan buah tangan yang kita bawa, tetapi cukuplah dengan memerhati wajah kita, ia mampu menjadi penawar kesakitannya.

4) Sayang sekali, ramai saudara Muslim kita yang meninggal dunia tetapi kita tidak mengambil iktibar dari kematiannya. Bahkan bila ada orang mati, kita hanya menziarahi rumah orang mati(berborak dan bergelak ketawa) dan bukannya menziarahi orang mati( menyedekahkan al-Fatihah dan membaca ayat-ayat al-Qur'an).

5) Wajib memenuhi jemputan selama mana tiada unsur maksiat di dalamnya. Namun, jika sudah berada dalam majlis tersebut, maksiat yang berlaku tetap tidak kita redha di dalam hati, dan jika ada kesempatan untuk berucap dan berdoa, sampaikanlah mesej dakwah di dalamnya.

6) Kita jarang mendoakan orang yang bersin. Doakanlah agar Allah merahmati kamu(Yarhamkallah) dan yang didoakan menjawab balik, moga Allah memberi hidayah kepadaku dan kepadamu(Yahdi Yahdikumullah).



5 Februari 2010,

10.53 pagi, Malaysia Timur

Khamis, 4 Februari 2010

Menjadi pemimpin tidak mudah



1) Menjadi pemimpin perlu bijak dan cekap membuat keputusan

2) Menjadi pemimpin perlu berhati waja seteguh gunung menghadapi cabaran dan dugaan

3) Menjadi pemimpin perlu berwaspada terhadap musuh dalaman dan luaran organisasi

4) Menjadi pemimpin perlu memelihara hubungan yang mantap dengan Allah SWT

5) Menjadi pemimpin perlu pandai mengurus dan mentadbir organisasi

6) Menjadi pemimpin bukan sekadar pandai berhujah dan berucap

7) Menjadi pemimpin perlu berani menghadapi risiko yang bakal mendatang

8) Menjadi pemimpin perlu bersedia untuk rebah dan digulingkan

8) Benarlah, menjadi pemimpin tidak mudah!


4 Februari 2010,

4.40 petang, Malaysia Timur

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude