Khamis, 21 Januari 2010

Dan fitnah lebih dasyhat dari membunuh!

1) Allah SWT menyatakan betapa beratnya impak fitnah berbanding pembunuhan.

2) Jika yang membunuh dibalas bunuh(qisas), maka tamat cerita.

3) Namun tidak begitu bagi sindrom fitnah. Dari satu mulut ke satu mulut kerana mulut tempayan boleh ditutup sedangkan mulut manusia sukar sekali.

4) Dari cerita sekecil semut akhirnya menjadi sebesar gajah.

5) Dalam kehidupan, rumahtangga, tempat kerja dan organisasi yang kita terlibat, tidak terlepas dari gejala fitnah. Segala keaiban dibongkar dan maruah dijatuhkan demi mendapat kepuasan diri dan dendam peribadi.

6) Menjadi seorang yang sabar dengan kezaliman pihak lain bukan mudah, tetapi itu yang dianjurkan oleh Allah, kerana sabar itu lebih cantik dan membentuk diri menjadi insan tabah dan kental.

7) Kelak segala hukuman akan diputuskan Ilahi di hari pengadilan nanti. Ibarat tagline Melodi "Kurangkan Kontroversi, Tingkatkan Prestasi".



21 Januari 2010, 5 Safar 1431 Hijrah,

1.52 petang, Malaysia Timur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan