Isnin, 21 Mei 2007

Kenaikan Gaji dan Kenaikan Harga Barang

Sehingga tulisan ini ditulis, masih belum pasti adakah kerajaan akan menaikkan gaji kakitangan awam. Cuma apa yang pasti-harga bagi sesetengah barang telahpun naik. Ternyata, ianya semakin menyesakkan hati golongan marhaen dan kakitangan sokongan yang gajinya RM 1000 ke bawah. Segelintir peniaga dan pemain utama dalam industri perniagaan telah mula engambil kesempatan. Ayuh pastikan kita menjadi pengguna yang bijak dan pengurus kewangan peribadi yang profesional agar kita tidak terjebak dalam mainan monopoli segelintir peniaga yang rakus mengaut keuntungan.

21 Mei 2007, 4 Jamadil Akhir 1428
12.oo tengahari Malaysia Timur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan