Selasa, 22 Mei 2007

Bekerja Kerana Allah

Bersorak semuanya akibat kenaikan gaji yang disifatkan terbaik dalam sejarah perkhidmatan awam. Pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kerja-beberapa pemanggil dalam segmen Nur Pagi kelolaan Ustaz Zamri Zainal Abidin memberikan respon tentang kenaikan gaji. Antaranya :
1) Naik gaji kena tingkatkan prestasi dan kualiti bekerja
2) Naik gaji tak bermakna harga barang kena naik
3) Naik gaji tak mengubah cara perbelanjaan kita bahkan ada peluang untuk banyakkan tabungan
4)Naik gaji-jika dapat selesaikan hutang lama sebelum nak buat hutang baru
5) Naik gaji kena ingat halal haram-jangan curi tulang
6)Naik gaji tetap kena laksana amar makruf nahi munkar
7)Naik gaji bersyukur kepada Allah yg tambahkan rezeki melalui pemerintah yang sedia ada yg sumber pembayaran gaji juga sebenarnya datang dari rakyat teramai. Jadi utk kakitangan awam semua bekerjalah kerana Allah untuk negara!

22 Mei 2007, 5 Jamadil Awal 1428
12 tgh, Malaysia Timur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan