Rabu, 21 November 2007

Fakta Penting Tentang Belia di Malaysia


1. Sehingga tahun 2005, jumlah golongan belia (15-40 tahun) di Malaysia adalah seramai 10,761.2 juta atau 41.18 % daripada jumlah keseluruhan penduduk Negara ini. (Rujuk Lampiran 1). [1]

2. Pelbagai program latihan kemahiran dan kepimpinan yang bertujuan mengupayakan belia akan dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Kementerian Sumber Manusia, sejumlah RM5.3 bilion diperuntukkan di bahwa RMK 9. Daripada jumlah ini, 75.1 peratus atau RM4.1 bilion akan diperuntukkan untuk latihan kemahiran manakala 9.3 % atau RM509.5 juta akan diperuntukkan untuk latihan pengurusan.[2]

Perbelanjaan Dan Peruntukan Pembangunan Untuk Program Pembangunan Belia, 2001-2010

Program

RMK 8

(PERUNTUKAN-000,000)

RMK 9

(PERUNTUKAN-000,000)

Latihan Kepemimpinan

63.5

115.5

Latihan Kemahiran

3,930.6

4,103.6

Latihan Perniagaan

158.6

179.5

Latihan Pengurusan

361.7

509.5

Pembangunan Keusahawanan

40.1

20.0

Rakan Muda

304.5

334.0

Pencegahan dan Pemulihan

96.7

199.4

JUMLAH

4,955.7

5,461.5

Sumber : Unit Perancang Ekonomi

3. Teras strategik untuk pembangunan belia adalah seperti berikut : [3]

Ø mengupayakan belia untuk masa hadapan melalui peningkatan akses kepada pendidikan dan latihan

Ø meningkatkan penyertaan belia dalam organisasi belia

Ø memupuk semangat persaingan di kalangan belia

Ø memperkukuh rangka kerja perundangan program pembangunan belia; dan

Ø menggalak perpaduan Negara dan integrasi sosial

4. SKIM TABUNG EKONOMI BELIA (STEB) SEDIA RM40JUTA BAGI KEMUDAHAN PINJAMAN KEPADA GOLONGAN BELIA [4]
Tarikh: 05 Oct 2006

PUTRAJAYA : Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) memperuntukan RM20juta bagi belia menubuhkan Komuniti Belia Perdagangan dan Perindustrian menjelang tahun 2010. Program Latihan Keusahawan Belia di peruntukan RM7.5 mensasarkan seramai 40,000 orang peserta. Program Pembangunan Belia Tani di peruntukan sebanyak RM7.5 juta dengan sasaran 10,000 orang, serta Program Pembangunan Usahawan Belia Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) dengan agihan peruntukan sebanyak RM5 juta dengan sasaran peserta seramai 50,00 orang. Bagi tahun 2006 KBS diberi peruntukan permulaan sebanyak RM3 juta untuk melaksanakan Program Latihan Keusahawan Belia dan Program Pembangunan Belia masing-masing sebanyak RM1.5 juta.Peruntukan RM1juta dikhaskan untuk memberi insentif tidak melebihi RM10,000 kepada belia bagi melahirkan usahawan muda memulakan pernigaan dengan syarat Warga negara Malaysia berumur 18 hingga 25 tahun, Ahli Persatuan Belia mempunyai kemahiran dalam bidang pernigaan yang hendak diceburi dan keutamaan diberikan kepada belia lepasan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). KBS menubuhkan Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) untuk memberi pinjaman perniagaan kepada golongan belia dengan dana sebanyak RM40juta bagi pelaksanaan skim ini dengan melantik institusi kewangan bagi mengurus pengeluaran dan kutipan bayaran balik pinaman. Skim diuruskan oleh dua institusi kewangan yang dilantik iaitu Skim Belia Niaga melalui Bank Rakyat dan Skim Belia Niaga melalui Bank Pertanian Malaysia masing-masing sebanyak RM20 juta. Skim ini menyediakan had pinjaman RM5000 hingga RM50,000 dengan maksimum tempoh bayaran balik selama tujuh tahun dengan kadar pinjaman sebanyak 4% setahun. Majlis Penggalakkan Ekonomi Belia (MPEB) merupakan penyelaras kepada pembangunan keusahawan belia yang dilaksanakan di bawah Jawatankuasa Pemandu yang di pengerusikan oleh YB Menteri Belia dan Sukan, Y.B Ahli parliman Tangga Batu, Melaka dilantik sebagai Timbalan pengerusi. ahli-ahli terdiri daripada Wakil YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Wakil Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, wakil Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Wakil Menteri Pengajian Tinggi semua Ketua Setiausaha Agensi MPEB serta ahli yang dilantik oleh Menteri Belia dan Sukan.

5. SEJARAH PUSAT LATIHAN BELIA KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN MALAYSIA [5]

Terdapat tiga Pusat Latihan Belia yang terawal telah diwujudkan iaitu:

i) Pusat Latihan Belia Dusun Tua pada tahun 1966 bertempat di Hulu Langat.

ii) Pusat Latihan Peretak telah dibina dan dirasmikan pada 29 Nov 1964 bertempat di Kuala Kubu Bharu.

iii) Pusat Latihan Belia Negeri Terengganu pada 1979 di Kuala Terengganu.



6. MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA [6]
Majlis Perundingan Belia Negara mula ditubuhkan pada tahun 1972 dengan sidang pertamanya diadakan di Pusat Latihan Belia Negara di Peretak, Selangor. Asas penubuhan Majlis Perundingan Belia Negara ini kemudiannya diikuti oleh penubuhan Majlis-Majlis Perundingan Belia Negeri di sekitar awal dan pertengahan tahun 1980an.


Peranan dan Tanggungjawab Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) dalam Konteks Struktur penubuhannya:-

1.
MPBN adalah merupakan 'Parlimen Belia'. Dalam kontek Kementerian Belia dan Sukan adalah selaku penggerak utama dalam membentuk dan menentukan agenda belia peringkat negeri.

2. MPBN memberi ruang yang luas kepada pemimpin tertinggi belia (samada peringkat pusat ataupun peringkat negeri) selaku wakil daripada pertubuhan-pertubuhan belia ini untuk dapat duduk semeja berbincang, berbahas, mengemukakan idea dan pandangan dalam bentuk 'reciprocal' untuk menyuarakan hasrat belia di peringkat 'base' dengan aspirasi rakyat di berbagai peringkat dan seluruh negara.

3. Memberi ruang kepada agensi-agensi kerajaan selain daripada Kementerian Belia dan Sukan untuk tampil bersama berbincang serta turut serta terlibat dalam merangka dasar bersama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan ke arah pembangunan masa depan belia di negara ini.

4. Memberi status pengiktirafan yang tinggi kepada pertubuhan dan pemimpin-pemimpin belia negara. Dengan adanya majlis ini, ia akan menjadi platform yang paling tinggi dan menjadi kebanggaan para belia di mana majlis ini akan menjadi saluran yang cukup penting dalam menghubungkan 'suara' belia dengan pemimpin-pemimpin negara, agensi-agensi kerajaan dan yang paling penting ialah platform belia untuk berinteraksi dengan berbagai pihak untuk sama-sama memberi pandangan ke arah pembangunan masa depan belia negara ini.

Memperluaskan skop MPBN dengan mengikut kaedah MAPEN, satu ketetapan telah dibuat pada Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Sidang I Penggal XXI Tahun 2000 yang telah diadakan pada 21-22 Jun 200 yang lalu untuk menubuhkan lima (5) jawatankuasa kerja bagi menguatkan lagi peranan Majlis Perundingan Belia Negara dalam membangunkan generasi belia. Jawatankuasa kerja berkenaan adalah seperti berikut:-

i) Jawatankuasa Kerja Pengupayaan Pertubuhan Belia
ii) Jawatankuasa Kerja Menangani Gejala Sosial Belia
iii) Jawatankuasa Kerja Pembangunan Ekonomi Belia
iv) Jawatankuasa Kerja PembangunanSumber Manusia
v) Jawatankuasa Kerja Pendidikan dan Hal Ehwal Pelajar

7. RASIONAL PEWUJUDAN PENGGERAK RAKAN MUDA [7]

1.

Kementerian Belia dan Sukan berhasrat untuk menarik (to recapture) dan memberi perhatian dalam meningkatkan penyertaan golongan belia yang tidak berpersatuan (kira-kira 8 juta orang) untuk menarik mereka melibatkan diri dalam pertubuhan belia supaya golongan ini dapat didedahkan kepada peluang beraktiviti yang akan dirancang khusus untuk mereka

2

Golongan belia pelbagai kaum berumur 15 hingga 25 tahun adalah merupakan bakal pemilih bagi menentukan teraju kepimpinan dan hala tuju negara pada masa hadapan khusus bagi tempoh 5 tahun akan datang. Maka sewajarnya golongan ini diberi tumpuan dan pendedahan

3

Kementerian Belia dan Sukan mewujudkan Tenaga penggerak Rakan Muda di kalangan belia berumur 18 hingga 25 tahun berasaskan kumpulan penggerak-penggerak muda ini akan lebih berkeupayaan untuk menjadi Penggerak dan Pem bimbing Rakan Sebaya. Tenaga penggerak ini akan dipilih di kalangan bekas peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), dan golongan graduan universiti yang masih menganggur dan Sukarelawan Rakan Muda.


8. Berdasarkan perangkaan Jenayah Indeks seluruh Negara bagi tempoh Jan-Sep 2006, sebanyak 170,481 kes telah dilaporkan berbanding sebanyak 151,444 bagi tempoh sama 2005.
Ini bermakna, peningkatan sebanyak 19,037 kes atau 12.57 %. Daripada jumlah ini, sebanyak 4,414 kes atau 2.59 % melibatkan golongan juvana dan 1,436 kes atau 0.84 % melibatkan golongan pelajar. [8]

Bil

Indeks Jenayah (Jan-Sept 2005)

Indeks Jenayah (Jan-Sept 2006)

Jumlah dan Peratus Peningkatan Kes

1.

151,444 kes

170,841 kes

19,037 kes (12.57 %)

> 4,414 kes (2.59 %) daripada 170,481 kes adalah JUVANA

>1,436 kes (0.84 %) daripada 170,481 kes adalah PELAJAR


9. Pengaruh cara hidup ahli kumpulan bermotosikal dari Amerika Syarikat (AS) yang dikenali sebagai Hell-Angel di kalangan mat rempit amat membimbangkan masyarakat terutamanya polis kerana dilihat mampu memesongkan akidah dan meruntuhkan akhlak rakyat di negara ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberitahu, pegangan hidup kumpulan tersebut yang mementingkan kebebasan serta bergelumang dengan jenayah dikhuatiri akan meruntuhkan akhlak rakyat terutamanya remaja di negara ini kerana ia mula menjadi ikutan mat rempit. ‘‘Mat rempit di negara ini mula terikut-ikut cara hidup kumpulan tersebut dan sedang menyebarkannya di kalangan ahli kumpulan yang lain. ‘‘Penularan ini amat membimbangkan kerana kumpulan Hell-Angel banyak terlibat dengan jenayah, penyalahgunaan dadah seperti ganja, syabu dan heroin serta menjalinkan hubungan seks bebas. ‘‘Jika mereka berpaksikan kepada kumpulan itu maka gejala sosial dan jenayah di kalangan remaja di negara ini akan menjadi semakin teruk,’’ katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Gejala Sosial: Hakikat Masa Kini pada Konvensyen Pendekatan Islam Hadhari Peringkat Kebangsaan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini hari ini. [9]

Selain itu, Musa ketika membentangkan kertas kerjanya berkata, ketidakstabilan ekonomi di kalangan rakyat Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini dikesan antara pendorong utama kepada peningkatan kadar jenayah di negara ini. Beliau memberitahu, daripada penilaian terhadap jenayah yang berlaku di negara ini setiap hari mendapati tahap ekonomi yang tidak stabil mendorong seseorang untuk melakukan jenayah. ‘‘Kebanyakan mereka yang terlibat dalam kegiatan jenayah di negara ini terdesak melakukannya kerana mempunyai masalah ekonomi. ‘‘Bila terdesak, mereka akan terdorong untuk melakukan jenayah bagi memastikan dapat meneruskan hidup di negara ini terutamanya bagi mereka yang tinggal di kota-kota besar,’’ .Musa juga berkata, penghijrahan masyarakat luar bandar ke bandar bagi mencari pekerjaan juga dilihat sebagai salah satu punca mendorong kepada peningkatan kadar jenayah. ‘‘Mereka datang ke sini untuk mencari pekerjaan tetapi bila tak dapat kerja mereka menganggur dan mula terlibat dengan jenayah seperti merompak kerana desakan hidup,’’ ujarnya. ‘‘Kadar jenayah di negara ini bagi tempoh Januari hingga September lepas meningkat 12.57 peratus iaitu 170, 481 kes berbanding 151, 444 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas. ‘‘Curi motosikal sahaja sebanyak 47,163 kes dan ini menunjukkan mereka yang menjalankan kegiatan ini amat terdesak untuk mendapatkan wang,’’ ujarnya. [10]

10. Negara kini sedang menuju kehancuran jika gejala sosial di kalangan belia yang semakin bertambah hari demi hari, tidak ditangani segera. Kebimbangan itu diluahkan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas berikutan bertambahnya jumlah penagih dadah, kes juvenil dan penghidap HIV di seluruh negara. Beliau berkata, golongan belia perlu disedarkan dan diberi bimbingan agar nilai baik yang ada pada diri dapat disubur serta disalur ke arah kebaikan ummah. ‘‘Dengan mengambil kira kes-kes sosial seperti gejala ‘mat rempit’, seks bebas, kongsi gelap, ragut, samun, rogol dan sebagaimana yang sering disiarkan di akhbar dan berita televisyen, kita boleh katakan bahawa jika beginilah bentuk belia yang ada pada hari ini, negara kita sebenarnya sedang menuju ke arah kehancuran,’’ katanya. Beliau berkata demikian dalam ucaptama Konvensyen Islam Hadhari Belia Peringkat Kebangsaan bertajuk Belia Pemacu Generasi Hadhari di sini hari ini. [11]

Menurut Syed Ali Tawfik, berdasarkan data Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), bilangan penagih yang dikesan pada tahun 2005 ialah seramai 32,808 orang. Daripada jumlah itu katanya, 23,699 orang atau 72.23 peratus adalah golongan belia yang berusia 16 hingga 39 tahun. Katanya, kaum Melayu mencatatkan bilangan penagih teramai iaitu 22,344 orang berbanding Cina iaitu 5,131 orang dan India seramai 3,228 orang. [12]

Bagi angka jangkitan HIV dan kes Aids sehingga Disember 2004, seramai 64,439 adalah pembawa HIV dan 9,442 pesakit Aids dikesan di seluruh negara, katanya. Mereka yang berusia 20 hingga 39 tahun menjadi kelompok terbesar pembawa dan penghidap penyakit berbahaya itu. ‘‘Jika permasalahan ini tidak dibendung, kita khuatir ia akan merebak dan seterusnya menjadi satu kebiasaan walaupun sebelum ini, ia merupakan sesuatu yang menyalahi nilai akhlak ketimuran yang kita amalkan,’’ jelasnya. [13]

11. Belia perlu didekatkan kepada kefahaman agama bagi mewujudkan nilai-nilai murni yang akan menjadi teras kepada semangat kebangsaan. Pensyarah Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr. Mohd. Farid Mohd. Shahran berkata, kefahaman agama perlu kerana golongan belia di Malaysia kini tidak pernah terlibat secara langsung dalam perjuangan kemerdekaan yang boleh menjadi asas untuk mencintai bangsa dan negara. ‘‘Tidak kira apa bangsa dan agama seseorang belia itu, sekiranya mereka betul-betul faham dan mengamalkan ajaran agama, nescaya bangsa itu akan lahir sebagai bangsa yang menjunjung tinggi nilai-nilai murni kerana tidak ada agama yang mengajak ke arah keburukan,’’ katanya. Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Faham Kebangsaan, Hubungannya dengan Agama dan Penghayatan di Kalangan Belia’ pada Konvensyen Islam Hadhari Belia Peringkat Kebangsaan, di sini hari ini. [14]

12. Golongan belia perlu mengubah tanggapan mereka agar tidak terlalu berharap kepada kerja ‘makan gaji’ bagi memenuhi rantaian keperluan masyarakat Islam tempatan dan sejagat. Pegawai Penyelidik, Pusat Perundingan dan Latihan Institut Kefahaman Islam Malaysia, Mohd. Noor Omar berkata, belia sepatutnya lebih fokus kepada usaha mewujudkan peluang pekerjaan dengan membuka perniagaan sendiri. ‘‘Masyarakat Islam di Malaysia banyak menjadi pengguna iaitu berada di bawah rantaian ekonomi jika ada yang berniaga pun, mereka perlu mengambil dari pelbagai sumber yang banyak dikuasai kaum lain. ‘‘RMK-9 memberi penekanan menyeluruh kepada pembangunan modal insan dan peluang ini perlu direbut oleh belia.‘‘Bagaimanapun, pembangunan modal insan yang disasarkan perlu mengikut landas Islam ’’ katanya. [15]


13. Sistem pendidikan sekarang berkemungkinan hanya mampu membina daya produktiviti tetapi gagal membina pandangan hidup dan akhlak peribadi. Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Nik Mustapha Nik Hassan berkata, ini akan menyebabkan individu hilang pedoman dan matlamat hidup yang progresif. Beliau berkata, ini bermakna individu yang memiliki peribadi yang malap akan menyebabkan daya produktiviti mereka turut malap. ‘‘Ini merupakan satu cabaran besar kepada kita,’’ kata beliau semasa membentangkan kertas kerja bertajuk Belia Berilmu Asas Kepada Pencapaian Pembangunan Negara pada Konvensyen Islam Hadhari Belia Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Nik Mustapha berkata, pendekatan bersepadu berasaskan agama secara tepat mampu membangunkan individu yang komprehensif. ‘‘Pendekatan bersepadu secara sempurna tentu sekali memerlukan suatu perubahan pandangan hidup, dasar sikap, cara berfikir dan cara menilai. ‘‘Kejayaannya banyak bergantung kepada faktor insan yang dapat menyatupadukan ilmu dan akhlak mulia, akal dan hati, fikir dan zikir, kemahiran dan etika, kerja dan ibadat,’’ jelas beliau. Beliau berkata, dalam suasana semasa, jika sesuatu masyarakat berhasrat untuk maju dan terus membangun, golongan belia perlu dibina dan dididik agar menghayati nilai cemerlang masyarakat bertamadun. Beliau turut mengakui bahawa golongan belia merupakan kumpulan terpenting kepada negara. ‘‘Jika kita merujuk kepada sejarah awal Islam, kepimpinan masyarakat diketuai oleh golongan belia. ‘‘Nabi Muhammad menjadi Rasul ketika berusia 40 tahun, sahabat-sahabat rapat baginda termasuk Saidina Abu Bakar pada ketika itu berumur 37 tahun, Saidina Umar Al Khattab berusia 27 tahun, Saidina Usman Affan, 34 tahun dan Saidina Ali Abu Talib berumur 13 tahun,’’ katanya. Jelasnya, fakta sejarah tersebut penting kepada umat Islam masa kini kerana golongan belia yang berwibawa boleh diberi tugas untuk memimpin masyarakat dan seterusnya negara.

Golongan belia tambah beliau, mempunyai sifat dan ciri-ciri yang dianggap sebagai tulang belakang kepada sesebuah negara. ‘‘Mereka mempunyai kekuatan fizikal, ketajaman fikiran, kemampuan dan kesungguhan mencuba. Dengan kelebihan tersebut, mereka mampu menjadi kumpulan penyumbang yang berkesan dan berpengaruh,’’ katanya.

Kesimpulan

  1. Penerapan nilai keagamaan kepada belia perlu diutamakan dalam suasana kini.
  2. Penerapan nilai murni kepada belia supaya menghormati orang tua dan yang lebih dewasa.
  3. Menginstitusikan semula program kemasyarakatan yang membina kesedaran dan keinsafan melibatkan belia seperti menziarahi orang sakit, bersama dengan golongan fakir miskin, gotong-royong, sukan dan sebagainya.
  4. Mengadakan kursus kefahaman Islam dalam bentuk dinamik kepada belia muslim (seperti perkhemahan, LDK, bengkel dll).
  5. Golongan belia dilibatkan dalam PLKN.
  6. Dialog berterusan dan turun padang untuk mendekati belia bermasalah.
  7. Memberikan insentif kepada pertubuhan belia yang cemerlang.



[1] Tuan Haji Nik Mustapha Haji Nik Hassan, kertas kerja bertajuk “ Belia Berilmu Asas Kepada Pencapaian Pembangunan Negara ” sempena Konvensyen Islam Hadhari Belia Peringkat Kebangsaan di IKIM pada 31 Oktober 2006.

[2] En. Mohd. Noor Haji Omar, kertas kerja bertajuk ” Pembangunan Modal Insan Dalam RMK-9 : Peluang Untuk Belia ” sempena Konvensyen Islam Hadhari Belia Peringkat Kebangsaan di IKIM pada 31 Oktober 2006.

[3] Ibid

[4] http :// www.kbs.gov.my

[5] Ibid

[6] Ibid

[7] Ibid

[8] Tan Sri Musa Dato’ Haji Hassan, kertas kerja bertajuk “ Gejala Sosial : Hakikat Masa Kini ” sempena Konvensyen Islam Hadhari Belia Peringkat Kebangsaan di IKIM pada 31 Oktober 2006.


[9] Utusan Malaysia, 1 November 2006

[10] Ibid

[11] Ibid

[12] Ibid

[13] Ibid

[14] Ibid

[15] Ibid



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nice post and this enter helped me alot in my college assignement. Thanks you for your information.

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude