Rabu, 24 Oktober 2007

Persediaan Latihan Para Dai’e: Ke Arah Menjadi ‘The Towering Personality’

Persediaan Latihan Para Dai’e: Ke Arah Menjadi ‘The Towering Personality’
Dr. Haji Rusli Bin Haji Ahmad
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
Universiti Malaysia Sarawak

Abstrak


Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kejayaan atau kegagalan sesuatu tugas atau perkara yang dilakukan itu. Bagi para dai’e (pendakwah), latihan adalah antara nadi penting bagi kejayaan tugas dakwah yang mereka lakukan. Para dai’e diberi tanggungjawab oleh Allah dan organisasi yang mereka wakili untuk menunaikan tugas menyampaikan ajaran agama Islam. Tugas utama mereka adalah menganjurkan umat Islam untuk melaksanakan suruhan Allah s.w.t. dan menjauhi segala laranganNya. Para dai’e dalam melaksanakan tugas mereka perlulah memiliki sifat-sifat atau cin-ciri tertentu agar tugas mendakwah itu dapat dijalankan dengan berkesan. Lantaran itu beberapa kompetensi utama perlulah dimiliki. Penguasaan kompetensi itu adalah sangat penting untuk memastikan mereka berjaya melaksanakan tugas itu. Segala kompetensi itu perlu dimiliki untuk menjelmakan konsep ‘the towering personality’. Persediaan untuk para dai’e memiliki ciri-ciri dan sifat-sifat ‘the towering personality’ adalah satu proses yang berterusan dan memerlukan perancangan yang rapi. Contoh ‘the towering personality’ dalam sejarah Islam dan usaha dakwah telah dijelmakan dalam diri Nabi Muhammad S.A.W. Inilah contoh dai’e terbaik untuk diikuti dan dijadikan tauladan. Timbul persoalan, mampukah para dai’e di Malaysia khususnya, memiliki ciri dan sifat peribadi yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W. Bolehkah dibandingkan diri seorang nabi dengan manusia biasa untuk usaha dakwah yang dilakukan? Persoalan ini akan disentuh melalui perspektif perbincangan umum dalam kertas kerja mi. Kertas kerja ini juga mcmbincangkan pcrsediaan yang perlu dilakukan untuk menjelmakan ‘the towering personality’ di kalangan para dai’e sama ada yang bersifat semasa, jangka masa pendek, sederhana, mahupun perancangan jangka masa panjang. Cabaran, halangan dan cadangan untuk penyediaan para dai’e selari dengan perkembangan zaman dan perubahan yang berlaku dalam masyarakat juga dibincangkan. Kertas kerja ini diakhiri dengan paparan umum tentang petunjuk utama prestasi (key performance indicator) untuk tujuan pengukuran refleksi peranan para dai’e. Kertas kerja ini adalah usaha awal untuk mengupas persoalan penting dalam kerangka besar usaha dakwah dan adalah diharap akan menjadi pencetus pemikiran yang lebih mampan dalam membincangkan isu yang sangat penting ini pada masa akan datang.


Kata kunci: Dai’e, dakwah, latihan. pemindahan latihan, ‘towering personality’


Senario
Bicara Agama (Utusan Online, 14 November 2006)

Wawancara Mohd. Radzi Mohd. Zin dengan Datuk Md. Hashim Yahya

Apa pula nasihat Datuk kepada golongan pendakwah di negara kita?

Pertama, kita perlu bersyukur kerana negara kita mempunyai ramai ulama lulusan pelbagai universiti tempatan dan luar negara. Mereka kini menjalankan tugas mengajar agama kepada masyarakat melalui kuliah-kuliah dan juga pengajian berkitab. Ini penting supaya institusi masjid dan surau tidak hanya menjadi tempat solat. Sebaliknya diimarahkan dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat.

Bagaimanapun, saya agak sedih kerana ada segelintir pendakwah yang tidak mantap ilmu Islamnya. Mereka banyak bergantung kepada kepetahan bercakap yang dikurniakan Allah. Ini menyebabkan adakalanya mereka mengeluarkan pandangan yang mengelirukan.

Pendakwah mesti mempunyai pengetahuan yang mantap, sentiasa rnenambah ilmu rnelalui pembacaan dan sebagainya. Selain itu, perlu sentiasa mengikuti fatwa-fatwa baru agar mempunyai pengetahuan terkini.

Saya tidak setuju dengan tindakan sebilangan pendakwah yang meletak harga untuk menjemput mereka. Walau bagaimanapun saya berpendapat jumlah yang terlibat adalah amat kecil dan ia adalah kes-kes terpencil. Jadi, tidak wajar untuk menghukum semua pendakwah mata duitan.

Pendahuluan

Kertas kerja akan mengupas tajuk di atas melalui perspektif perbincangan yang bersifat umum dengan hanya menggunakan kajian perpustakaan dan mengintegrasikan dengan pemerhatian, pengalaman dan pandangan peribadi penulis. Perspektif disiplin ilmu pengurusan dan pembangunan sumber manusia adalah aliran pemikiran yang digunakan dalam penyediaan kertas kerja ini. Tajuk yang dibincangkan adalah sangat penting dalam usaha penyediaan para dai’e yang memiliki ciri dan sifat menepati konsep ‘the towering personality’. Perbincangan adalah memberi penekanan kepada aktiviti berbentuk latihan dan hubungkaitnya dengan penunaian terhadap tanggungjawab utama para dai’e iaitu sebagai pendakwah. Kertas kerja ini disediakan dengan penyediaan beberapa tajuk kecil seperti definisi, liputan am tentang latihan, model ideal, peranan, ciri-ciri dai’e berkesan, cadangan, cabaran dan perbincangan tentang petunjuk prestasi utama. Pendekatan penulisan yang digunakan diharap memudahkan pemahaman dan penganalisaan tajuk.

Perlu dinyatakan tajuk yang dibincangkan ini mempunyai kerangka konseptual yang besar untuk dihuraikan. Konsep ‘the towering personality’ ini telah mendapat perhatian umum setelah Y.A.B Datuk Seri Abdulah bin Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia mengemukakan konsep ini dalam konteks usaha berterusan untuk pencapaian Misi Nasional atau Wawasan 2020. Selepas itu konsep ini mula menjadi bahan polemik dan perbincangan dan pelbagai pihak cuba untuk mengaplikasikannya dalam konteks pelaksanaan bidang tugas dan tanggungjawab mereka. Beberapa konsep lain yang merujuk kepada perkara yang seakan sama telah dikemukakan sebelum ini seperti konsep insan kamil, personaliti unggul, the holistic personality, the integrative person, multi-talented person’ dan ada ketikanya dikaitkan dengan pembentukan masyarakat yang bertamadun tinggi yang menjadikan pengetahuan dan pemilikan ilmu sebagai asas penting dalam pembinaan konsep negara bangsa. Lanjutan itu muncul beberapa konsep lain yang berkaitan seperti ‘knowledge society, learning organisation’ dan dikaitkan pula melalui dengan konsep penyediaan modal insan (human capital). Semuanya itu terangkum dalam konsep besar pembelajaran sepanjang hayat (life long learning).


Latihan adalah satu konsep atau aktiviti yang sangat signifikan hari ini pada semua bentuk organisasi. Latihan menjadi antara aktiviti penting yang dijalankan oleh organisasi awam dan swasta dan tidak kurang pentingnya pada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan untuk menangani perubahan dan tuntutan semasa yang wujud (Rae, 2001). Pada hari ini aktiviti latihan diadakan dalam pelbagai berbentuk sama ada bersifat dalaman atau luaran dan kerapkali juga dikendalikan oleh satu pihak luar (out source). Tujuannya adalah untuk meningkatkan prestasi pekerja dari segi kemahiran (skill), pengetahuan (knowledge), kepakaran (expertice), pengalaman (experience), begitu juga untuk aspek-aspek yang dikaitkan dengan sikap (attitude), sifat (aptitude) serta hal-hal lain yang penting. Latihan adalah satu proses terancang dan bersistematik yang dirancang, dilaksana dan perlu diberi penilaian rapi untuk menentukan objektif yang ditetapkan adalah tercapai. Tanpa penilaian yang sistematik dan komprehensif, aktiviti latihan hanyalah sekadar menjadi aktiviti rutin dan akan merugikan banyak pihak dalam pelbagai bentuk (tenaga, idea, masa, kos, sumber dan lain-lain). Bagi menjamin latihan dapat meninggalkan kesan yang positif dan berlaku, pemindahan latihan (transfer of training) dan pemindahan pembelajaran (transfer of learning), antara faktor penting yang menyumbang secara langsung ke arah wujudnya program latihan yang berkesan perlulah diberi perhatian yang serius.


Latihan adalah amat penting dalam konteks penyediaan para dai’e atau pendakwah. Para dai’e pula mempunyai tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan apatah lagi jika para dai’e berkenaan adalah merupakan salah seorang kakitangan sesebuah organisasi (sama ada awam, badan berkanun, badan bukan kerajaan). Bagi para dai’e yang berperanan secara bebas atau persendirian, mereka juga tidak lepas lari dan tuntutan penyediaan diri untuk menjadi seorang pendakwah yang cekap, berkesan dan mempunyai kompetensi diri yang tinggi. Jika diteliti secara mendalam, sesungguhnya semua manusia Islam di atas muka bumi ini sebenarnya adalah para dai’e (pendakwah) yang diberi tugas dan tanggungjawab yang besar ; iaitu untuk memakmurkan muka bumi yang diciptakan melalui penunaian tanggungawab sebagai khalifah dan hamba yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. (Al Quran). Jika dihalusi secara lebih mendalam, dapat dikatakan sesungguhnya kehidupan di dunia ini adalah satu persiapan, latihan serta ujian kepada setiap individu. Untuk lulus atau berjaya di dalam scsi latihan yang dijalani itu, tidak dapat, tidak setiap individu itu mesti dapat menunaikan tugas dan tanggungawab yang telah ditetapkan. Dalam konteks ini, sesungguhnya tiada pilihan bagi setiap individu itu selain dari mencuba dan berusaha untuk memiliki ciri-ciri dan sifat-sifat the towering personality (personaliti unggul). Personaliti unggul adalah tercipta melalui kesedaran insan tentang ketinggian sifat Allah, penguasaan ilmu yang tinggi, pemilikan akhlak yang mulia, penguasaan ilmu yang tinggi dan memiliki ciri-ciri kompetensi diri yang tinggi. Sesungguhnya para dai’e yang memiliki ciri-ciri ‘the towering personality’ pasti akan berjaya dalam tugas dakwah yang dijalankan.

Definisi


Kamus Dewan mendefinisikan perkataan penyediaan sebagai perbuatan menyediakan atau menyiapkan (Teuku Iskandar, 1993, 1130). Dai’e pula adalah dari perkataan Arab yang membawa maksud pendakwah. Perkataan latihan menurut Kamus Dewan (1993, 718) didefinisikan sebagai pelajaran atau didikan untuk memahirkan (membiasakan) dan juga bermaksud ajaran yang diterima. Berdasarkan Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (Mashitah Taharin, Rahmah Ja’far dan Norainin Abd. Shukur, 2005) latihan dapat juga dikatakan sebagai ‘ajar’. ‘Towering’ pula berasal dan kata dasar tower’ yang bermaksud bangunan yang tinggi (kata nama) dan orang yang boleh diharap (kata kiasan). Perkataan ‘towering’ itu pula dari sudut kata adjektif bermaksud yang menjulang tinggi, meluap-luap dan terkemuka atau terbilang (Kamus Dewan, 2002, 1345). Perkataan ‘persona1ity’ pula bermaksud keperibadian, sahsiah dan personaliti. Salah satu lagi maksudnya ialah orang yang terkenal atau terkemuka atau tokoh (Kamus Dewan, 2002, 893). Sudah pasti individu yang memiliki ‘the towering personality’ itu, perlu memiliki ciri dan sifat keperibadian atau sahsiah dan personaliti yang bersifat menyeluruh, holistik dan bersifat integratif. Individu berkenaan perlulah seimbang dan mempunyai pada paras maksimum penguasaan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Individu itu, bukan sahaja perlu memiliki penguasaan dan kompetensi yang tinggi dan segi intelek, tetapi juga berkaitan pelbagai kepintaran yang lain. Dalam hubungan ini, Gardner (1998) memperkenalkan konsep pelbagai kepintaran (multiple intelligence). Berdasarkan definisi yang dibincangkan, dapat disimpulkan bahawa perbincangan di dalam kertas kerja ini adalah berkaitan dengan aspek persediaan atau persiapan yang perlu diterima atau dimiliki oleh para dai’e (pendakwah) untuk membolehkan mereka memiliki ciri-ciri dan sifat-sifat ‘the towering personality’. Tugas utama para dai’e adalah menjalankan kegiatan menyebarkan agama Islam dan ajaran-ajarannya. Tugas hakiki mereka adalah berdakwah ; iaitu kegiatan menyeru dan membimbing (mendidik dan sebagainya) serta rneyakinkan secara baik dalam usaha untuk mempengaruhi orang lain, supaya menyedari (menghayati) dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.


Ibrahim Mamat (2001) mendefinisikan latihan sebagai proses pembelajaran yang terancang untuk tujuan mengubah sikap, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pekerja dan menyebabkan berlaku peningkatan prestasi terhadap sesuatu yang dilakukan. Goestch dan Davis (2003) memberi penekanan yang sama dan memberi perhatian kepada aspek penerokaan yang sistematik dan peningkatan pemahaman, serta meningkatkan motivasi terhadap pekerjaan yang dilakukan. Noe (2003) pula menekankan kepada aspek usaha dan perancangan rapi yang dibuat oleh organisasi untuk menggalakkan (facilitate) individu pekerja mempelajari kompetensi-kompetensi yang diperlukan untuk menjayakan pekerjaan dengan cekap dan berkesan.


Overview Tentang Konsep Latihan

Latihan, pembangunan dan pendidikan adalah tiga istilah atau konsep yang antara satu sama lain mempunyai hubungan yang sangat rapat Ketiga-tiganya menerangkan soal yang berkaitan dengan aktiviti bercorak pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan pengalaman. Sungguhpun demikian ketiga-tiga konsep ini jika diteliti, rnempunyai perbezaan yang besar dan ketara. Latihan dijalankan untuk tujuan meningkatkan aspek kemahiran, pengetahuan, sikap dan lain-lain aspek penting yang diperlukan oleh seseorang pekerja untuk tujuan penamhahbaikan mutu dan prestasi di tempat kerja. Latihan diharap dapat memantapkan penguasaan mereka terhadap tugas utama (core business) yang perlu dilakukan. Pembangunan pula bertujuan untuk meningkatkan prestasi dan kualiti organisasi. Usaha pembangunan yang dijalankan adalah dalam pelbagai bentuk dan semuanya dirancang untuk mcmbangun atau memperkembangkan organisasi. Istilah pendidikan pula merujuk kepada peningkatan ilmu pengetahuan, kemahiran dan aspek-aspek lain untuk tujuan pembangunan diri individu atau pekerja secara keseluruhan. Proses pendidikan ini adalah berterusan dan tidak mcmpunyai titik noktah untuk itu.

Terdapat pelbagai model latihan dan dapat dirumuskan semua model mengandungi aktiviti dan fasa yang agak sama, yang berbeza hanya format dan persembahannya. Semua model latihan dapat disimpulkan memiliki fasa atau langkah seperti berikut:


Merekabentuk > Melaksana latihan > Menilai keberkesanan latihan > Mengkaji keperluan latihan > Merekabentuk

Model ini merujuk proses asas yang perlu ada apabila menganjurkan sesuatu program latihan. Selain itu semua model juga mempunyai sistem maklum balas yang tersendiri. Maklumbalas merupakan mekanisme penyelarasan dan kawalan untuk memastikan setiap komponen, aktiviti atau proses latihan beroperasi seperti satu sistem.



Model Ideal ‘The Towering Personality’ Seorang Dai’e



Model ideal dai’e yang dirujuk adalah berada pada diri individu bemama Muhammad bin Abdullah atau Nabi Muhamad SAW. Rasulullah memiliki akhlak dan peribadi yang tinggi dan mulia. Saidatina Aisyah pernah membuat rumusan bahawa Rasullah SAW adalah diibaratkan sebagai Al-Quran yang hidup atau berjalan. Di dalam konteks yang lain, disebutkan bahawa pengutusan Rasulullah SAW adalah sebagai pembawa khabar gembira kepada seluruh alam dan pada diri Baginda terdapat contoh dan ikutan yang terbaik (Uswatun Hasanah). Baginda adalah seorang manusia dan nabi serta rasul yang telah dilantik oleh Allah s.w.t. untuk menyebarkan syiar Islam atau menjalankan usaha dakwah bagi penyebaran agama Islam. Ketokohan baginda adalah tiada tolok banding pada kaca mata musuh Islam ataupun pada sahabat dan umatnya. Beliau diberi gelaran Al- Amin (orang yang benar-benar dapat dipercayai) (Muhammad Abdul Wahhab, 2006, 47). Ketokohan Nabi Muhammad dan berita pengutusannya membawa ajaran yang mengEsakan Allah disebutkan di dalam beberapa kitab-kitab yang lain (Abdul Ahad Dawud, 1978; Muhammad Abdul Wahhab, 2006).



Ketokohan Nabi Muhammad bukan sahaja sebagai seorang dai’e, tetapi juga merupakan seorang ketua negara, ahli perniagaan, panglima angkatan tentera, pakar strategik, dan pakar perunding yang utama. Ketokohan dan personaliti mulia yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W, diikitiraf juga oleh pakar-pakar dan pengkaji terkemuka di dunia yang bukan beragama Islam. Apakah ciri-ciri yang pada Nabi Muhammad SAW sehingga beliau digelar pendakwah yang memiliki ciri dan sifat ‘the towering personality’? Baginda dapat disimpulkan mempunyai sifat yang begitu terpuji dan cemerlang dalam segala aspek yang perlu ada pada diri seseorang dai’e. Kaum muslimin wajib mengetahui kedudukan Rasul yang mulia kerana manusia berhukum kepada Al-Quran yang diturunkan kepadanya, dan berhias diri dengan akhlaknya. Rasulullah SAW memiliki sifat-sifat mulia berikut ; tabligh, amanah, fatanah dan sifat kepatuhan dan penyerahan diri pada Allah Taala yang total. Keimanan dan ketauhidan yang tinggi adalah prinsip utama kepada pembentukan model ideal seorang dai’e yang memiliki konsep ‘the towering personality’ yang sebenar-benarnya.



Timbul persoalan, mampukah para dai’e hari ini memiliki ciri-ciri dan sifat-sifat yang ada pada model ideal di atas? Tidakkah tuntutan dan kaedah dakwah kini telah berubah kerana tuntutan masa dan zaman yang telah berubah? Jika diteliti secara mendalam, ia adalah sesuatu yang luar biasa untuk para dai’e masa kini untuk memiliki ciri-ciri dan personaliti seperti Rasulullah SAW. Walau bagaimanapun adalah diyakini, bahawa ciri-ciri umum yang berkait dengan kompetensi din seorang dai’e adalah boleh dimiliki oleh setiap dai’e. Ciri-ciri personaliti unggul itu, dapat dipecahkan kepada empat aspek yang utama iaitu dari aspek jasmani atau fizikal, emosi atau kawalan perasaan, rohani atau keagamaan dan intelek atau penguasaan ilmu pengetahuan dan kepakaran.


Peranan Para Dai’e



Latihan yang berkesan adalah perlu untuk menentukan objektif latihan yang digariskan berjaya dicapai atau tidak. Dai’e yang berkesan sepatutnya memberi perhatian yang serius terhadap kesan dan usaha dakwah yang dijalankan. Dalam hal ini, pelanggan kepada usaha dakwah itu perlulah diberi keutamaan. Alexander (2004) dalam konteks ini menegaskan, pelanggan seringkali dilupakan scdangkan merekalah yang sepatutnya menjadi keutamaan dalam sesuatu usaha yang dilakukan. Secara ringkas, berikut adalah peranan yang perlu dimainkan oleh seorang dai’e semasa melaksanakan usaha dakwah :-

1. Pengatur strategi - peranan dai’e sebagai pengatur strategi memerlukan para dai’e membentuk perancangan pembangunan sumber manusia jangka panjang untuk memastikan pencapaian objektif dakwah.

2. Pengurus - peranan ini melihatkan kerja merancang, melaksana, mengurus dan mengawas kegiatan latihan. Sebagai pengurus, seseorang dai’e hendaklah memastikan semua kemudahan latihan, seperti peralatan, bahan dan hal ehwal logistik peserta. dan semua pihak yang terlibat adalah berada dalam keadaan baik.

3. Melakukan ujian kebolehlatihan (trainability test) dan analisis keperluan latihan (training need analysis) - dai’e sebagai jurulatih memainkan peranan menentukan keperluan latihan pelatih. Peranan ini adalah yang paling mencabar dan memerlukan kepakaran yang tinggi dalam latihan.


4. Pereka bentuk program - dai’e yang berkebolehan perlu berupaya memainkan peranan ini dengan merekabentuk program latihan yang berasaskan analisis keperluan latihan. Peranan ini merangkumi pembentukan objektif latihan, menyusun kandungan kursus, merangka strategi penyampaian dan merancang penilaian. Prinsip utama yang perlu diberi perhatian adalah struktur yang sistematik, relevan, spesifisiti. generaliti, peneguhan, keterbukaan (flexibility), jalinan, penglibatan, lebihan atau ulangan, sinergi, keserasian, pemindahan latihan, penyeluruhan pembelajaran dan kos efektif.

5. Penulis bahan pengajaran - peranan ini merangkumi penyediaan bahan pengajaran, seperti nota kursus, bahan lut sinar, kes, skrip, helaian kerja, filem dan pelbagai bentuk dan jenis alat bantu dakwah yang bersesuaian.

6. Pelaksana latihan atau pengajar- pelaksana latihan berperanan untuk menyampaikan latihan berpandukan rekabentuk program. Keberkesanan jurulatih atau dai’e sebagai pengajar adalah bergantung kepada kemahiran memudah cara sesi dakwah yang dijalankan.

7. Pemudah cara - peranan jurulatih sebagai pemudah cara adalah untuk mengendalikan perbincangan kumpulan dan menggalakkan proses interaksi dalam kumpulan.

8. Kaunselor - sebagai kaunselor dai’e membantu pelatih menilai keistimewaan dan kelemahan diri, mengenal pasti nilai individu, matlamat hidup, masalah dan puncanya serta semangat kumpulan di kalangan pelatih.

9. Pakar multimedia - peranan ini memerlukan para dai’e menyediakan bahan pengajaran pembelajaran berbentuk multimedia. Dai’e juga hendaklah mahir dalam penggunaan pelbagai teknologi multimedia.

10. Agen perubahan - sumbangan para dai’e masih diperlukan walaupun sesudah sesi latihan atau sesi dakwah itu tamat. Para dai’e perlu membantu kumpulan sasaran mengamalkan apa yang telah dipelajari.

11. Penilaian - jurulatih hendaklah bertanggungjawab untuk menilai program latihan atau usaha dakwah yang telah dilaksanakan. Para dai’e hendaklah berupaya memastikan setakat mana kumpulan sasaran telah mempelajari apa yang diajar dan pemantauan terhadap kesan program dakwah yang dijalankan.

12. Penyelidik dan ahli teori - peranan ini ditumpukan kepada usaha membentuk dan menguji teori pembelajaran, menguji keberkesanan pelbagai pendekatan dan teknik latihan dan usaha mengkaji perlakuan dan peranan para dai’e, peserta dan semua pihak yang terlibat dalam program yang dijalankan.

Para dai’e adalah pewaris nabi dan memainkan peranan yang besar untuk melaksanakan usaha dakwah yang berkesan. Secara umum, seseorang dai’e yang berkesan perlulah memiliki ciri-ciri dan sifat-sifat peribadi yang sempurna dan bersifat menyeluruh dan aspek JERI yang telah dinyatakan terdahulu. Berikut adalah beberapa ciri-ciri tambahan yang dikenalpasti perlu ada pada seorang dai’e agar usaha dakwah yang dijalankan adalah berkesan.

1. Pemahaman tentang pendekatan dakwah yang berkesan (pedagogi dan andragogi) - pemahaman ini merangkumi bagaimana kumpulan sasaran belajar, sikap mereka terhadap pembelajaran dan persepsi mereka terhadap proses pembelajaran dan dakwah.

2. Kemahiran menugas tugas — merujuk kepada kemahiran untuk memperihal dan mengagihkan tugas dan kuasa kepada orang lain secara bijak.

3. Kemahiran berunding dan hubungan antara perseorangan - merujuk kepada kebolehan berunding untuk mencapai kejayaan dan kepuasan kepada semua pihak.

4. Kemahiran memberi ceramah - merujuk kepada kemahiran memberi ceramah secara cekap dan berkesan.

5. Pemahaman mengenai perlakuan kumpulan sasaran - faham bahawa kumpulan sasaran adalah dinamik, mempunyai matlamat, sistem dan nilai yang tersendiri.

6. Mempunyai etika kerja dai’e yang mantap.

7. Memiliki sahsiah dan personaliti din yang mulia.


Cabaran Para Dai’e



Para dai’e sesungguhnya adalah semua umat Islam yang berpegang kepada ajaran Islam menerusi pengutusan kitab Al-Qur’anul Karim dan berpegang kepada sunnah rasul Nabi Muhamad SAW. Setiap umat Islam adalah tidak terkecuali, untuk memegang peranan sebagai pengembang agama Allah. Setiap individu Islam sebenarnya adalah para dai’e dan berperanan sebagai khalifah Allah dan juga sebagai hambanya yang hanya menjadikan Allah Taala sebagai paksi kepada usaha untuk memakmurkan bumi Allah. Secara umumnya, tugas seorang dai’e adalah sama dengan tugas setiap Muslim iaitu berdakwah menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar. Ini dijelaskan menerusi firman Allah.

“Dan hendaklah ada di antara kamu golongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan merekalah orang-orang yang berjaya” (Ali-lmran: 104)

Walau bagaimanapun, tidak siapa yang dapat menafikan bahwa peranan para dai’e dalam konteks usaha dakwah di Malaysia banyak peranannya dimainkan oleh kumpulan yang berpendidikan agama yang diberi gelaran ustaz dan ustazah. Dalam setengah konteks, peranan ini juga dikongsi bersama oleh golongan yang digelar guru agama atau ulama. Para dai’e yang ingin digelar memiliki ciri-ciri ‘the towering personality’ dan dapat berperanan dengan cemerlang untuk kegiatan dakwah pada abad ke- 21 dan era digital kini perlulah memiliki ciri-ciri dan sifat-sifat seperti berikut :-


1. Mernpunyai matlamat dakwah yang jelas iaitu berdakwah semata-mata kerana ingin mencari keredhaan Allah Taala dan tidak kerana sebab-sebab yang lain.

2. Menjadikan personaliti agung Nabi Muhamad SAW sebagai contoh dan ikutan utama dalam setiap usaha dakwah.

3. Memiliki keberanian berfikir ‘out of the box’.

4. Berfikir tentang kehendak kumpulan sasaran dan membuat pengubahsuaian yang berterusan.

5. Mempunyai tahap kompetensi komunikasi dan penguasaan bahasa yang berkesan. Penguasaan bahasa kedua dan ketiga yang baik akan menjadi nilai tambah (value added) berguna kepada para dai’e.

6. Memiliki personaliti dan sahsiah diri yang mulia.

7. Mempunyai kemahiran menolong (helping skills) yang tinggi.

8. Mempunyai etika dakwah yang tinggi.

9. Sentiasa mengamalkan sikap hikmah dalam fikiran dan tindakan.

10. Memiliki kemahiran perundingan (negotiation) yang tinggi.

11. Memiliki maklumat asas berkaitan penyelidikan terutamanya penyelidikan tindakan. Ini membantu para dai’e untuk menangani permasalahan dan cabaran dalam usaha dakwah dengan mantap dan jayanya.

12. Memiliki kemahiran teknologi maklumat (information technology) pada paras yang mencukupi. Teknologi maklumat perlulah berjaya digunakan dengan cekap dan berkesan.

13. Memiliki tahap penguasaan kecerdasan (multiple intelligence) pelbagai yang mantap. Secara khusus, para dai’e perlulah mcmpunyai tahap dan kompetensi yang berada pada paras tertinggi untuk aspek-aspek berikut :



A) Pengetahuan (Knowledge)

Pengetahuan adalah merujuk kepada kepakaran dan penguasaan ilmu pengetahuan untuk satu-satu bidang tertentu. Ilmu pengetahuan yang dikuasai akan membolehkan seseorang dai’e itu dapat berperanan dengan cekap dan berkesan. Ilmu pengetahuan yang dimiliki menyebabkan seseorang itu menguasai isi kandungan sesuatu bidang ilmu dan menyebabkan seseorang itu mempunyai autoriti untuk memperkatakan sesuatu dalam bidang berkenaan. Beliau akan menjadi pakar rujuk (reference and expertise power) untuk bidang berkaitan. Antara beberapa cadangan untuk melengkap para dai’e untuk aspek pengetahuan ialah;


1. Para dai’e perlu menyediakan diri mereka dengan tahap kelayakan akademik pada tahap tertinggi. Ilmu agama yang dimiliki akan bertindak menadi ilmu teras dan ilmu bantu adalah perlu untuk membolehkan para dai’e berperanan secara cekap dan berkesan dalam tugas hakiki (core business) mereka. Adalah tidak memadai untuk para dai’e untuk berpuashati dengan tahap kelayakan akademik yang mereka ada, jika mereka ingin berperanan secara berkesan di dalam tugas hakiki mereka. Usaha untuk meningkatkan tahap akademik para dai’e perlu diberi perhatian serius oleh organisasi berkaitan. Pelan pembangunan sumber manusia yang sistematik dan terancang perlulah disediakan. Kerjasama dengan institusi pengajian tinggi dan pusat-pusat kemahiran tinggi lain perlu dirancang dengan serius. Konsep pendidikan seumur hidup dan perkongsian pintar (smart partnership) adalah perlu dilaksanakan secara cekap. Antara contoh aktiviti bercorak pembangunan pendidikan yang dapat dijalankan, adalah program berkembar dengan mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf. Aktiviti yang dapat dijalankan perlulah menepati tiga konsep utama yang dibincangkan iaitu latihan, pembangunan dan pendidikan.

2. Perlu dirancangkan latihan dan pembangunan yang bersesuaian dengan tugas hakiki mereka. Dalam konteks ini analisis keperluan latihan perlulah dijalankan dengan sistematik dan sempurna.

B) Kemahiran (Skill)

Setiap tugas hakiki yang ingin dijayakan dengan sempurna, memerlukan seseorang itu memiliki kemahiran yang tinggi. Kemahiran itu adalah dalam pelbagai bentuk dan merangkumi dua kategori ilmu iaitu ilmu teras dan ilmu bantu. Kemahiran yang dimiliki oleh seseorang dai’e itu adalah menjadi penentu kejayaan pelaksanaan tugas hakiki bcrkenaan. Kemahiran yang pada tahap sederhana sahaja adalah tidak memadai. Berikut adalah beberapa langkah yang dapat diambil untuk tujuan penambahbaikan kemahiran yang ada pada seorang dai’e :

1. Penambahbaikan berterusan berkaitan dengan aspek kemahiran utama (primer) dan sekunder bagi menjayakan tugas hakiki melalui usaha latihan yang sistematik dan terancang. Antara kemahiran yang perlu ada pada setiap pendakwah ialah kemahiran kornunikasi berkesan, kemahiran pengurusan diri dan penampilan, kemahiran insaniyah (softskills), kemahiran menjalankan penyelidikan tindakan dan kemahiran-kemahiran lain yang bersifat semasa dan kontemporari.

2. Perlu ada program khas bagi tujuan semakan dan pemantauan kemahiran yang dimiliki oleh seorang dai’e. Program latihan berbentuk akademi dan mentor dan bersifat pendedahan secara sebenar (life) adalah difikirkan perlu.



C) Sikap dan Sifat (Attitude and Aptitude)



Sikap adalah merujuk kepada pandangan atau perspektif seseorang tentang sesuatu perkara. Sikap yang dimiliki akan menentukan tindakan atau perlakuan yang akan dilakukan oleh seorang dai’e. Sifat pula adalah berkait dengan karektor diri yang dimiliki oleh seseorang. Sikap positif dan personaliti diri yang bersifat proaktif perlu ada pada diri seorang dai’e. Sikap kecewa dan mudah berputus-asa perlulah diminimakan dan digantikan dengan pembentukan jati diri yang tahan lasak, mempunyai aura tersendiri, kontemporari dan berpandangan jauh (contemporary and forward looking). Pembentukan sikap dan sifat adalah mengambil tempoh yang panjang dan perkara ini dapat dipupuk dan diasuh melalui usaha pembangunan kerjaya yang diadakan (career development program) dari masa ke semasa oleh organisasi.


Petunjuk Utama Prestasi (Key Performance Indicator) Para Dai’e



Kakitangan yang bertugas dengan jabatan kerajaan dalam pelbagai jawatan dan tanggungjawab utama mempunyai tugas dan peranan tertentu. Ianya terkandung di dalam deskripsi tugas yang telah ditetapkan. Tugas utama ini menjadi kayu ukur utama kepada prestasi seseorang pekerja. Prestasi pekerja secara tahunan adalah diukur dan aspek-aspek berikut iaitu aktiviti dan sumbangan (5%), kualiti kerja (70%), pengetahuan dan kompetensi (10%), cini-ciri personaliti (10%) dan kerja berpasukan scrta kerjasama (5%). Selain dari petunjuk di atas, fenomena dan peristiwa yang berlaku dalam masyarakat dan negara juga dapat diteliti untuk memberi gambaran umum tentang prestasi seseorang dai’e. Sungguhpun demikian, disedari bahawa perbandingan yang dibuat adalah tidaklah tepat dan hanya sekadar untuk menjadi bahan renungan dari segi keberkesanan umum seorang dai’e yang tugasnya untuk menggalakkan yang baik dan mencegah yang rnungkar. Berikut adalah beberapa data dan maklumat yang mungkin dapat digunakan untuk mengukur kejayaan dan keberkesanan kita semua iaitu penganut Islam. Ini adalah kerana, pada diri setiap individu Islam itu terdapat peranan sebagai dai’e yang perlu dimainkan.



1. Kadar pertambahan jumlah penganut Islam yang memberangsangkan (Konvensyen Ke 2 dan Majlis Tilawah Al-Quran Ke 3 Saudara Kita akan dihadiri oleh 220 orang peserta yang terdiri daripada kalangan saudara kita seluruh Sarawak).

2. Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) mengesan pada tahun 2005, seramai 32,808 orang menagih dadah. Seramai 23,699 orang atau 72.23 %, adalah golongan belia yang berusia 16 hingga 39 tahun. Kaum Melayu mencatatkan bilangan pcnagih teramai iaitu 22,344 orang berbanding Cina iaitu 5,131 orang dan India (3,228 orang).

3. Bagi angka jangkitan HIV dan kes Aids sehingga Disember 2004, seramai 64,439 adalah pembawa HIV dan 9,442 pesakit Aids dikesan di seluruh negara. Mereka yang berusia 20 hingga 39 tahun menjadi kelompok terbesar pembawa dan penghidap penyakit berbahaya itu.

4. Perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat pula menunjukkan sebanyak 6,056 kes juvana dilaporkan pada 2004. Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 1,058 kes juvana berbanding kes yang dilaporkan pada tahun 2003.


5. Berdasarkan statistik BPR, sebanyak 8,614 aduan berhubung salah guna kuasa dan rasuah sejak awal Januari hingga hujung September tahun 2006. 1,079 kes disiasat, 339 ditahan, manakala 205 didapati bersalah oleh mahkamah.

6. Terdapat 170, 481 kes jenayah (jenayah kekerasan, harta benda, komersil dan narkotik) dilapor kepada PDRM untuk hulan Januari hingga September 2006.

7. Pertambahan kes murtad yang berlaku dalam masyarakat.


Cadangan



Berdasarkan perbincangan di atas, berikut adalah beberapa cadangan yang perlu diambil kira dan diberi perhatian serius oleh para dai’e dan agensi kerajaan yang terlibat untuk memastikan para dai’e dapat menjalankan tugas mereka dengan berkesan.

1. Aspek keilmuan dan kelayakan tertinggi para dai’e perlulah dipertingkat. Sijil, diploma atau ijazah pertama sahaja yang dimiliki adalah tidak lagi memadai. Agensi terlibat perlu memikirkan perancangan jangka masa panjang untuk membolehkan para dai’e dibantu mempertingkan kelayakan akdemik mereka.

2. Para dai’e dan agensi terlibat perlu berfikir secara kritis dan ‘out of the box’ untuk penyediaan para dai’e. Konsep-konsep utama yang relevan dengan peranan seorang dai’e perlulah dihayati sepenuhnya (konsep khalifah, hamba, azan, zakat, salam dan lain-lain).

3. Peranan dan prestasi para dai’e perlulah dijalankan proses audit yang telus.

4. Anjakan paradigma perlulah diketengahkan dalam usaha dakwah.

5. Pembelajaran berterusan dan pengalaman dakwah agama lain perlulah dijalankan.

6. Kepimpinan dakwah perlulah memikirkan perancangan strategik dan bersifat sistematik untuk usaha dakwah yang dijalankan.

7. Mempelbagaikan bentuk dan mekanisme usaha dakwah yang dijalankan. Konsep kontemporari yang diminati ramai perlulah dikenalpasti.


Kesimpulan



Menjadi tugas dan tangungjawab setiap para dai’e untuk mcnyiapkan din mereka dengan pelbagai ciri-ciri dan sifat-sifat yang perlu untuk menjadi seorang dai’e yang unggul. Selain dari peranan individu itu sendiri, peranan yang tidak kurang pentingnya adalah terletak pada barisan kepimpinan badan dakwah berkenaan. Dalam konteks ini, aktiviti berbentuk latihan adalah dikesan sebagai antara aktiviti utama dan relevan. Latihan tidak dinafikan lagi peranannya ke arah penyediaan para dai’e, yang memiliki ciri-ciri dan sifat-sifat ‘the towering personalitiy’. Penyediaan para dai’e yang berdasarkan aktiviti latihan pula mestilah menyentuh segala persiapan yang bersifat menyeluruh, komprehensif dan total. Tiada satu aspek pun, yang lebih penting dari yang lain melainkan semuanya adalah bersifat saling lengkap-melengkapi dari segi peranan dan tanggungjawab yang dimainkan. Walau bagaimanapun, penyediaan seorang dai’e yang mantap, perlulah diberi perhatian yang amat serius untuk mewujudkan dai’e yang miliki darjat taqwa dan sentiasa meletakkan tanggungjawabnya untuk mencari keredhaan Allah pada tahap yang tertinggi.

Rujukan

Abdul Ahad Dawud (1978). Muhammad in The Bible, Kyodo-Shing Loong Printing, Singapore

Alexander. J. (2004). Clients are people too! Jaico Publishing House, Mumbai.

Muhammad Abdul Wahhab (2006). Riwayat hidup Nabi Muhammad S.A. W, Jasmine Enterprise, Kuala Lumpur.

Covey S.R. (2005). The 8” Habit: From effectiveness to greatness, Free Press, New York.

Ibrahim Mamat (2001), Reka Bentuk dan Pengurusan Latihan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

H. Zainuddin Hamidy, H. Fachruddin Hs., H. Nasharuddin Taha, Johar Arifin dan A. Rahman Zainuddin (2005) (terj.) Shahih Bukhari (Jilid 1), Klang Book Store, Kuala Lumpur.

Shahrezad Ibrahim, Hawa Abdullah dan T. Vijayarani (2002). Kamus Dwibahasa: Bahasa Inggeris- Bahasa Melayu (Edisi Kedua,1, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Sheikh Othman Sheikh Salim (1993), Kamus Dewan, Edisi Baru, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude