Khamis, 24 Disember 2009

Hukum Meraikan Krismas




Jawapan dari al-Imam al-Walid `Abdul `Aziz bin `Abdullah b.Baz(Bekas Qadhi Arab Saudi:Pemikir agung Saudi Arabia):

Tidak boleh bagi setiap muslimin dan muslimat berkongsi perayaan Yahudi,atau Nasrani(kristian),atau perayaan dari agama-agama lain.Bahkan wajib meninggalkannya,hal ini kerana sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia termasuk dikalangan kaum itu,Rasul sallallahu`alaihiwasallam telah mengancam kita daripada menyerupai mereka(kaum kafir) dan berperangai dengan perangai mereka.


Maka menjadi kewajipan ke atas muslimin dan muslimat berjaga-jaga daripada perkara tersebut, dan hendaklah kita tidak turut sama membantu menyambut perayaan-perayaan tersebut dengan apa-apa cara sekalipun kerana ianya merupakan perayaan-perayaan yang menyalahi syariat Allah,dan yang menyambutnya ialah musuh-musuh Allah,maka tidak boleh berkongsi dalam menyambutnya, dan jangan saling tolong menolong membantu orang-orang yang menyambutnya, dan jangan membantu mereka dengan apa-apa cara sekalipun. tidak dengan teh, kopi dan tidak dengan memberi hadiah dan yang selain darinya.

Allah juga berfirman bermaksud:

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. [al-Maaidah[5]:2]

Perkongsian bersama orang-orang kafir dalam menyambut& membesarkan perayaaan-perayaan mereka salah satu bentuk saling membantu dalam berbuat dosa dan pelanggaran.Maka wajib bagi muslim dan muslimah meninggalkan perkara tersebut.

Menjadi kewajipan bagi kita juga melihat perkara ini mengikut syariat Islam dan apa yang datang darinya, bukan dengan melihat urusan majoriti manusia kerana sesungguhnya sangat ramai manusia yang tidak mempedulikan dengan apa yang disyari`atkan oleh Allah swt sepertimana firman Allah swt:

Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).

[al-An`aam[ [6]:116]

Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman, walaupun kamu sangat menginginkannya. [Yusuf[12]; 103]

Maka perayaan-perayaan yang menyalahi syari`at Islam tidak boleh kita menyambutnya,membesarkannya walaupun ianya dilakukan ramai manusia sekarang(termasuk umat Islam),dan seorang mukmin hendaklah menilai perbuatan-perbuatannya dan ucapan-ucapannya serta perbuatan orang ramai dengan al-Quran & As-Sunnah.Dengan keduanyalah apa yang menepati kedua-duanya maka ianya adalah diterima,walaupun ianya ditinggalkan ramai manusia,dan apa yang menyalahi kedua-duanya atau salah satu darinya maka ianya adalah tertolak walaupun ianya dilakukan oleh ramai manusia.

Moga Allah mengurniakan taufik dan hidayah kepada kita semua.


Diterjemah dari sumber: http://www.sahab.net/home/index.php




1) Mengucap tahniah sempena perayaan tersebut.

Syeikh Mustafa Zarqa di dalam kitabnya ‘Al-Fatawa’ menyatakan bahawa tidak mengapa seorang muslim mengucapkan tahniah kepada bukan muslim sempena perayaan ‘Eidul Masih’ (Krismas) jika ia setakat ‘mujamalah’ iaitu menjaga hubungan dengan mereka bukannya mengakui agama dan aqidah mereka atau bersetuju dengan mereka. (Fatawa Mustafa Zarqa MS 355-356)


Dr Yusof Qaradhawi juga mengeluarkan pandangan yang sama di dalam kitabnya ‘Fatawa Muaasyirah’ (Lihat Fatawa Muaasyirah jil 3 ms 668-673)


2) Melibatkan diri dengan perayaan mereka.

Syeikh Islam Ibnu Taimiyah membincangkan masalah ini dengan panjang lebar di dalam kitabnya ‘Iqtidhous syirotul mustaqim’. Kesimpulan apa yg telah dibinncangkan beliau ialah haram sama sekali kita melibatkan diri dengan perayaan-perayaan atau majlis-majlis keagamaaan mereka. (Ms 29-34)


Imam Al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sohih bahawa Abdullah bin Umar berkata : ‘Sesiapa membina bangunan di negeri orang ajam (bukan Islam) dan mengadakan majlis perayaan mereka dan mengikut cara mereka sehingga mati, nescaya ia dibangkitkan bersama mereka pada hari kiamat”


Dr Yusof Qaradhawi juga menentang dengan keras penglibatan orang Islam dengan mana-mana perayaan orang bukan Islam seperti perayaan krismas dll.


Peringatan:

1. Perlu kita membezakan di antara perayaan keagamaan dan kebudayaan. Yang haram ialah melibatkan perayaan keagaaman mereka sahaja.

2. Walaupun kita diperintahkan untuk berdakwah kepada mereka tetapi ada batasan-batasan yang perlu dijaga .Matlamat tidak menghalalkan cara. (Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku)

3. Konsep dakwah tidak sekali-kali bercanggah dengan mana-mana konsep dalam aqidah atau syariah, tetapi ia perlu beriringan antara satu sama lain. (Akhir-akhir ini kedengaran ada suara yang seolah-olah menganggap dakwah dan syariah ada perbezaan dan percanggahan.)

4. Sesiapa yang ingin keterangan lanjut sila rujuk kitab-kitab yg disebutkan di atas.Wallahua’lam. Sila rujuk blog milik Ust Khairul Azmi Al-Muqry di http://al-muqry.blogspot.com


24 Disember 2009, 7 Muharram 1431 Hijrah,

2.31 petang, Malaysia Timur

Zahid Hamidi-Enjin Jet TUDM dan Pengerusi BN P.Pinang



1) Seperti yang diketahui umum, beliau adalah penyokong kuat Anwar Ibrahim sebelum berlakunya Reformasi 98. Pernah ditahan di bawah ISA, akhirnya beliau mengambil keputusan bersama dengan UMNO dan BN, dan tidak bersama Anwar.

2) Bermula dengan Menteri di JPM dalam hal ehwal agama Islam, beliau menegaskan meskipun beliau bukan dari aliran agama, namun beliau adalah bekas pelajar sekolah agama dan mampu mentadbir hal ehwal agama dengan baik.

3) Setelah memenangi Naib Presiden UMNO, beliau kelihatan terus mendaki hirarki kepimpinan tertinggi negara dengan diamanahkan sebagai Menteri Pertahanan. Namun, isu yang meletup kini yang berkaitan dengan beliau adalah, tentang kehilangan enjin jet TUDM dan desakan beliau sebagai Pengerusi UMNO P.Pinang agar jawatan Pengerusi BN P.Pinang diberikan kepada UMNO, atas alasan Gerakan tidak membuat kerja setelah tewas PRU Mac 2008.

4) Persoalan yang menghinggap di benak pemikiran rakyat, mengapa setelah 2 tahun kehilangan enjin jet TUDM berlaku, baru kini didedahkan? Mengapa ia hilang dari laporan Audit Negara? Sebagaimana analisis pemerhati politik, untuk menjual enjin jet bukan sesuatu yang mudah. Sudah pasti transaksi yang melibatkan puluhan juta ringgit ini direstui oleh pihak yang berkuasa.

5) Justeru, ada yang berpandangan ia mungkin strategi Zahid untuk menekan Najib dalam memperoleh kepentingannya. Walau apapun spekulasi, isu kehilangan enjin jet TUDM ini sudah menjadi sindiran rakyat. Jika enjin jet pun boleh hilang, apatah lagi enjin motosikal, kereta dan sebagainya.

6) Kita mengharapkan kes ini tidak ditutup. Hadapkan mereka yang bersalah ke muka pengadilan sebagaimana janji Peguam Negara. Isu Pengerusi BN P.Pinang juga agak mengejutkan Najib yang kini sibuk mempromosi konsep I Malaysia. Ternyata Zahid dilihat berani dalam isu ini!



24 Disember 2009, 7 Muharram 1431 Hijrah,

9.41 pagi, Malaysia Timur

Selasa, 22 Disember 2009

Kredit buat Senator Yusof Hussin, jasamu dikenang!



1) Tertarik hati saya membaca berita di bawah, iaitu seorang bekas polis sanggup datang dari Kedah semata-mata ingin megucapkan terima kasih kepada Senator Yusof Hussin yang kini merupakan SU PAS Kedah.

2) Ternyata, jasa Senator Yusof Husin yang menyelamatkan nyawanya dari diperlakukan apa -apa oleh sekumpulan 200 penyokong PAS, sangat membekas di jiwa beliau dan sangat terhutang budi dengan Senator Yusof Hussin.

3) Bagi saya, ini merupakan bukti bagaimana apabila kita berbudi, jasa kita akan dikenang sampai mati apatah lagi melibatkan nyawa. Selain itu, Senator Yusof Husin juga bertindak secara objektif dan profesional, apabila menenangkan penyokong PAS yang ketika itu, pastinya marah akibat perbuatan pihak polis dalam tragedi Memali 1985 yang menjadi sejarah hitam negara.

4) Buat Senator Yusof Hussin sekalung tahniah buatmu!


Bekas Ketua Polis Baling, Tunku Muzafar Tunku Ibrahim, hari ini bertemu seorang anggota PAS yang menyelamatkannya
daripada diserang dalam peristiwa Memali pada tahun 1985.

Ketika mengimbas kembali kejadian itu, Tunku Muzafar berkata ketika beliau sedang menuju ke Kampung Memali menaiki sebuah kereta peronda, kenderaannya dikepung 200 penyokong PAS tetapi tiba-tiba beliau terdengar satu suara memekik:

"Ini Pak Tunku OCPD Baling, jangan apa-apakan dia, saya biasa berbincang dengan dia, saya tahu dia boleh dipercayai."

Tunku Muzafar, 67, hari ini buat pertama kalinya selepas 24 tahun berlakunya peristiwa itu, bertemu semula dengan orang yang menyelamatkannya, Muhamad Yusof Husin (sekarang senator) di lobi Parlimen.

"Muhamad Yusof-lah orang yang memainkan peranan sehingga dapat meredakan kemarahan penyokong PAS sehingga saya terselamat," kata Tunku Muzafar kepada pemberita selepas pertemuan yang diaturkan oleh abangnya Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Tunku Muzafar datang dari Kedah semata-mata untuk menemui Muhamad Yusof kerana berasa terhutang budi kepadanya kerana dapat mententeramkan keadaan yang amat getir ketika itu.

Muhamad Yusof, 55, yang ketika itu seorang anggota jawatankuasa PAS Baling, berkata beliau menahan penyokong PAS daripada menyerang Tunku Muzafar kerana menghargai sikapnya yang adil terhadap semua tanpa mengira fahaman politik mereka.

"Ketika kejadian, saya masih muda iaitu 31 tahun, tetapi ia tidak menghalang saya daripada berfikir secara rasional untuk menghargai nyawa orang lain," kata Muhamad Yusof, kini setiausaha perhubungan PAS Kedah.

Dalam kejadian pada 19 Nov 1985 itu, seramai 18 orang terbunuh dan ramai lagi tercedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya. BERNAMA




22 Disember 2009, 5 Muharram 1431 Hijrah,

9.55 pagi, Malaysia Timur

Siapa dalang di sebalik kehilangan enjin jet TUDM?



1) Isu kelemahan sistem keselamatan pengawalan jentera penting di Kementerian Pertahanan mula diragui.

2) Ini berbangkit akibat kehilangan bukan satu, tetapi 2 enjin jet TUDM. Semestinya kejadian ini sesuatu yang serius, kerana ia melibatkan benteng pertahanan negara yang mudah dicerobohi dan dikhianati orang dalam yang tidak berintegriti.

3) Kehilangannya seawal 2007 sewaktu Najib menjadi Menteri Pertahanan dan kembali panas pada akhir tahun 2009 sewaktu Zahid Hamidi sebagai menterinya.

4) Rakyat mula tertanya-tanya tentang isu sebenar yang berlaku. Zahid Hamidi menafikan seorang Brigider Jeneral diarahkan bersara kerana kes ini selepas dilaporkan akhbar semalam.

5) Dan komitmen PM untuk tidak menutup kes ini dialu-alukan. Cuma yang sedikit musykil, mengapa setelah 2 tahun enjin jet pesawat TUDM bernilai RM50 juta hilang, baru diketahui kini? Adakah di sana ada konspirasi untuk mencemarkan imej Najib, sebagaimana hampir tumbangnya kerajaan UMNO dan BN, akibat ramai dari ahli Parlimen mereka yang tidak hadir sewaktu meluluskan bajet?

6) Kita berharap agar dalang di sebalik kehilangan enjin jet ini dihadapkan di muka pengadilan meskipun mungkin melibatklan VIP.



22 Disember 2009, 5 Muharram 1431 Hijrah,

9.18 pagi, Malaysia Timur

Isnin, 21 Disember 2009

Pakatan Rakyat ke Putrajaya?



1) Selesai Konvensyen Pakatan Rakyat kali pertama Sabtu lepas, dilihat sebagai pembetulan fokus arah tuju Pakatan Rakyat.

2) Setelah Mac 2008, Pakatan Rakyat dilihat bergelut dengan masalah dalaman masing-masing.

3) Masalah calon yang tiada integrti dan ketidakupayaan menangani asakan UMNO dan Barisan Nasional, dilihat sebagai kekangan dalam pentadbiran Pakatan Rakyat.

4) Namun begitu, dengan termeterainya 4 dasar utama oleh Pakatan Rakyat, menunjukkan di sana masih ada harapan Putrajaya ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

5) Dengan syarat, Pakatan Rakyat mesti mengatasi UMNO dan BN dari sudut integriti, kebijaksanaan mentadbir, keupayaan menangani masalah serta kecekapan melaksana dasar dan ketepatan dalam membuat keputusan.

6) Kritikan rakyat kini seimbang kepada UMNO dan BN serta Pakatan Rakyat. Hanya kelompok yang terbaik dalam menwarkan khidmat dan dibuktikan dengan prestasi terbaik, akan menjadi pilihan rakyat di dalam PRU ke-13 akan datang.




21 Disember, 4 Muharram 1431 Hijrah,

2.19 petang, Malaysia Timur

Isnin, 7 Disember 2009

Kita merancang, Allah SWT menentukan



1) Di dalam akhir surah Luqman, Allah SWT menyatakan di antara rahsia Allah itu adalah, seseorang anak Adam tidak tahu apa yang akan dilakukan pada esok harinya.

2) Meskipun kita sudah merancang perjalanan/program/ percutian dan sebagainya, namun apabila bertembung dengan perancangan Allah, ia mengatasi kudrat lemah kita sebagai seorang hamba.

3) Saya hanya merancang untuk pulang ke Semenanjung pada hari Khamis, 10 Disember sempena mengiringi adik ipar yang akan melangsungkan pernikahannya di Semporna, Sabah pada hari Sabtu, 12 Disember.

4) Namun begitu, ketentuan Allah lebih berkuasa. Saya mendapat berita kecemasan bahawa ibu mertua saya di wad ICU, Selangor Medical Centre akibat suspek H1 N1. Dan natijahnya, saya perlu pulang segera pagi ini ke Semenanjung dan terpaksa mengambil cuti. Benarlah duit boleh dicari, tetapi nyawa tidak dapat ditukar ganti. Meskipun tiket kapal terbang pastinya mahal, saya tidak kisah asalkan dapat pulang menemui ibu mertua yang dikasihi.

4) Sehingga saat ini, beliau masih berada di ICU. Berumur 58 tahun dan mempunyai 23 orang cucu, saya mengharapkan agar pembaca blog dapat mendoakan ibu mertua saya agar kembali sihat sebagaimana biasa. Sebagai seorang menantu dan suami, tugas menenangkan perasaan ayah mertua dan isteri yang disayangi, amat perlu dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

5) Kepada Allah SWT, saya berdoa moga ibu mertua saya diselamatkan dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa. Amin.



7 Disember 2009, 20 Zulhijjah 1430 Hijrah,

7.41 pagi, Malaysia Timur

Ahad, 6 Disember 2009

Leburkan keegoan diri



1) Setiap orang ada egonya tersendiri. Rasa diri pandai, hebat, tak pernah buat silap, menuding kesalahan orang lain dan sukar menerima teguran.

2) Penyakit ananiyyah/keakuan amat merbahaya. Bahkan dalam hadith Qudsi dinyatakan, takabbur(membesarkan diri) adalah selendang Allah. Maka siapa kita hamba yang hina berhak memakai selendang tersebut?

3) Dalam organisasi, kadangkala watak sebegini wujud. Justeru, ubatnya ialah berlapang dada, berjiwa besar dan sentiasa mengutamakan husnu al-zon berbanding su'u al-zon.

4) Tiada orang yang dirinya sempurna. Jika merasakan orang lain salah, maka diri kita juga banyak salahnya.

5) Namun, yang menjadi barah apabila sukar dan tidak mahu mengakui kesalahan diri. Kembalilah kepada asas nasihat oleh Umar-"Hisab/Nilai/Hitung/Muhasabah diri kamu sebelum diri kamu dihisab/dinilai/dihitung oleh Allah SWT".



6 Disember 2009, 19 Zulhijjah 1430 Hijrah,

11.54 pagi, Malaysia Timur

Sabtu, 5 Disember 2009

Bantulah yang dizalimi dan menzalimi



1) Nabi SAW bersabda "Bantulah saudara kamu yang dizalimi dan yang menzalimi. Para sahabat bertanya "Kami boleh membantu mereka yang dizalimi, tetapi bagaimana membantu mereka yang menzalimi?" Nabi berkata "Cegahlah mereka dari melakukan kezaliman".

2) Sesungguhnya di antara doa yang sangat dimakbulkan Allah SWT, dan tiada hijab dengan Allah ialah doa orang yang dizalimi.

3) Justeru, tidak mustahil kadangkala mereka yang menzalimi orang lain, akan dibalas cash oleh Allah di atas dunia lagi.

4) Di antara cara pencegahan kepada penzalim ialah, dengan menyedarkan mereka dengan ingatan dan nasihat yang tegas.

5) Oleh itu, doa Tuan Guru Nik Aziz agar PM berubah fikiran memberikan royalti kepada Kelantan dan jika tidak akan ditimpa bala, merupakan manifestasi pencegahan yang dianjurkan oleh agama agar penzalim tidak melakukan kezaliman.

6) Menukar istilah wang royalti kepada wang ihsan, disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan tidak melalui kerajaan negeri Kelantan, adalah lambang kepada kezaliman yang akan berlaku.

7) Maka, ada baiknya doa yang dilafazkan itu, menyedarkan PM, UMNO dan BN agar tidak sewenang-wenangnya menafikan hak rakyat dan kerajaan negeri Kelantan, dari mendapat manfaat royalti petroleum tersebut!



5 Disember 2009, 18 Zulhijjah 1430 Hijrah,

11.32 pagi, Malaysia Timur

Jumaat, 4 Disember 2009

Antara Taubat dan Tau buat



1) Tidak dinafikan kita ini insan lemah yang banyak dosa.

2) Setiap kali kita berdosa, maka dianjurkan bertaubat nasuha.

3) Dosa ada 2 kategori. Kepada Allah dan sesama manusia. Dosa kepada Allah, boleh terhapus dengan taubat nasuha, manakala dosa sesama manusia tidak akan terangkat selagi mana kita tidak meminta maaf kepada manusia yang kita tindas dan zaliminya.

4) Bukan sahaja melakukan maksiat berdosa, tetapi menangguhkan taubat juga berdosa. Ada orang membuat dosa dan bertaubat, namun tetap kembali melakukan dosa kerana mungkin taubatnya tidak menepati syarat yang ditetapkan-menyesal atas dosa yang dilakukan, bertaubat nasuha dan berazam tidak mengulanginya lagi.

5) Sebab itu ada beza di antara taubat dan tau buat. Jika taubat-dimaksudkan taubat nasuha, kesannya ternampak dengan dia tidak mengulangi dosa yang silam. Namun tau buat, dia bertaubat dengan tidak sepenuh hati.

6)Moga Allah menerima taubat kita dan bukan tau buat, yang akhirnya menjenamakan kita manusia hipokrit di depan Allah SWT.



4 Disember 2009, 17 Zulhijjah 1430 Hijrah,

3.53 petang, Malaysia Timur

Khamis, 3 Disember 2009

Istiqamah di atas agama



1) Bukan mudah untuk istiqamah dalam melaksanakan perintah agama.

2) Kadangkala kita terbabas, mencuaikannya, melalaikannya dan akhirnya jadilah kita golongan yang berdosa.

3) Apatah lagi, sebagai pendokong agama, banyak dugaan dan cabaran akan dihadapi. Fitnah, diumpat, tikam belakang, konspirasi, hasad dengki, merasa diri hebat, di antara penyakit di dalam gerakan membantu agama.

4) Namun, ubat yang paling berkesan untuk istiqamah di atas agama adalah dengan merenung asal kejadian kita, dari mana kita datang dan ke mana kita akan pergi.

5) Godaan hawa nafsu dan syaitan senantiasa berusaha menyesatkan kita. Justeru, berdoalah kepada Allah agar ditetapkan hati dalam urusan membantu agamaNya.



3 Disember 2009, 16 Zulhijjah 1430 Hijrah,

2.16 petang, Malaysia Timur

Rabu, 2 Disember 2009

BTN dan UMNO



1)Saya pernah mengikuti beberapa kursus BTN. Di dalamnya terkandung pelbagai modul dan menguji kita samada penyokong dasar kerajaan atau pembangkang.

2) Dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan fasilitator sebagai pembimbing, isu yang dibincangkan adalah pelbagai tajuknya.

3) Ada yang berkaitan dengan perlu atau tidak ISA, kesatuan Melayu dan ancaman jika kaum lain memerintah negara.

4) Dari satu sudut mungkin ada manfaatnya, tetapi dengan peredaran zaman dan masa kini, modul BTN didapati bersifat terlalu perkauman. Bagi mahasiswa, ditayangkan muka-muka pimpinan kampus yang pro-pembangkang.

5) Bagi penjawat awam, didedahkan betapa PASTI di bawah PAS telah menjadi tapak merekrut kononnya militan dan pengganas.

6) Ternyata, BTN selain beberapa agensi yang lain seperti Kemas, JASA dan RTM dimanipulasi demi kelangsungan kuasa UMNO dan BN yang semakin tenat. Justeru, apabila Selangor mengharamkan BTN, ia dilihat sebagai tekanan kepada UMNO dan BN untuk merombak modul BTN yang telah out of date. Apatah lagi Najib memperkenalkan konsep 1Malaysia, yang sama sekali tidak dilambangkan dalam modul BTN!




2 Disember 2009, 15 Zulhijjah 1430 Hijrah,

2.35 petang, Malaysia Timur

Selasa, 1 Disember 2009

Kemelut PAS Kelantan; Mencari Kejernihan dalam Kekeruhan



1) Kini, usaha untuk merosakkan imej Tuan Guru Nik Aziz hebat dipropagandakan.

2) Dengan kenyataan beliau sudah lama sebagai MB Kelantan, tidak stabil, memperalatkan agama, mendoakan bala kepada PM-dilihat sebagai isu yang boleh merosakkan kredibiliti Tuan Guru Nik Aziz.

3) Apatah lagi pergeseran di antara Ariffahmi dan Syed Azidi(Kickdefella), menjurus ke arah perletakan jawatan Ariffahmi sebagai CEO PMBK. Isteri beliau tetap mendokong suaminya dan menegaskan bahawa, suaminya difitnah atas konspirasi yang telah dirancang.

4) Kedengaran juga, suatu perhimpunan akan diadakan di hadapan pejabat MB Kelantan, untuk mendesak Tuan Guru Nik Aziz meletak jawatan.

5) Ini boleh dianggap suatu lagi ujian hebat buat PAS Kelantan, dalam mengekalkan rekod baik sepanjang hampir 18 tahun pemerintahan bertemakan Membangun Bersama Islam.

6) Isu dalaman dilihat lebih banyak mendominasi suasana kini, di saat musuh tidak ketinggalan mencari peluang untuk meruntuhkan kestabilan kerajaan negeri.

7) Harapan saya hanya satu; agar dalam kemelut yang melanda Kelantan kini, dapat dicari kejernihan dalam kekeruhan. Amin



1 Disember 2009, 14 Zulhijjah 1430 Hijrah,

12.09 tengahari, Malaysia Timur

Cabaran bila berseorangan



1) Kembali ke Kuching untuk memulakan tugas tanpa isteri dan anak-anak di sisi, meskipun hanya untuk 10 hari, merupakan cabaran yang besar.

2) Makan sendiri, gosok baju sendiri, basuh baju sendiri adalah lumrah apabila tinggal berjauhan dengan keluarga tersayang.

3) Baru saya sedar dan mengalaminya, bagaimana peritnya mereka yang menempuh alam PJJ(Perkahwinan Jarak Jauh). Namun, demi kebahagiaan rumahtangga, dan karier yang telah dibina, dipendam perasaan rindu dan kasih sayang apabila berjauhan.

4) Anak-anak kadangkala tidak kenal dengan rapat siapa ayah dan ibu mereka, namun pertemuan yang dirancang mungkin 2 kali sebulan atau setiap minggu, setelah penat bekerja di hari biasa, boleh mengeratkan lagi kasih sayang.

5) Sesungguhnya begitulah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim ke atas isterinya-Siti Hajar dan anaknya-Nabi Ismail. Di atas menjunjung perintah Allah, sanggup dikorbankan kasih sayang kepada isteri dan anak yang masih kecil, yang ditinggalkan di lembah yang kering kontang.

6) Pengorbanan bertambah hebat, apabila diperintah Allah untuk menyembelih anaknya sendiri. Benarlah firman Allah " Ada kemungkinan apa yang kamu suka, buruk untuk kamu, dan apa yang kamu benci, baik untuk kamu ".

7) Tidaklah saya bermaksud menjadi seorang yang lemah bila tiada isteri dan anak-anak di sisi, namun merasai sendiri pengorbanan sahabat PJJ, amat menginsafkan saya.



1 Disember 2009, 14 Zulhijjah 1430 Hijrah,

12.01 tengahari, Malaysia Timur

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude